3 Kaki Untuk Buat Marketing

Saya ingat lagi tahun 2015.

Saya pernah hadir kelas MB2000 anjuran Nasihat Niaga.fa

Speakernya masa itu Tuan Faisal Abdullah.

Daripada sesi pembelajaran dari 8.30 pg hingga 6 petang ini.  Berikut antara poin-poin penting yang saya sempat catit.

Untuk pastikan iklan kita dapat respon yang tinggi, 3 benda ini anda kena semak:

  1. Market?
  2. Mesej?
  3. Media?

Dalam artikel ini saya akan bantu anda untuk faham dalam masa yang singkat.

Sebelum itu, jom kita ‘go through’ satu per satu bahagian ini.

market

1# – Market: “Siapa pelanggan anda?”

Ia mesti spesifik.

Elakkan kata; “Pelanggan saya semua rakyat malaysia. Laki dan perempuan. Dari kecik sampai tua.”

Kita dengar pun tak logik.

Melainkan kalau anda jual beras. Kebanyakkan orang makan. Tapi, beras pun ada gred ABC.

  • Basmathi untuk nasi baryani
  • Beras siam wangi untuk nasi lemak.
  • Beras nasional untuk makan harian

Sasaran pelanggan nya tetap berbeza.

So, what?

Maksudnya, masalah & keinginan setiap orang itu berbeza. Seharusnya kita kena tentukan dahulu:

“Siapa yang kita nak serve?”

Lagi spesifik, lagi bagus. Lagi mudah kerja kita. Lagi mudah kita nak fokus.

Bila kita dah tahu siapa pelanggan kita.

Kita hanya perlu fokus dekat kelompok ini sahaja.

Bukankah ia lebih mudah?

 

mesej

2# – Mesej: “Apa yang kita tawarkan? (Ayat Iklan)”

bonBila dah tahu siapa pelanggan kita.

Baru kita fikir, apa kita nak beritahu & tawarkan kepada mereka.

Tawaran ini kena secocok dengan masalah sedia ada mereka.

Ingat!

“Setiap manusia membeli bersebab”

Untuk tunjukkan sebab yang kuat.

Apa yang kita nak beritahu, mesti ada kena-mengena dengan diri mereka:

  1. Sama ada beritahu untuk selesaikan masalah mereka.
  2. Atau beritahu kita boleh bantu untuk capaikan impian mereka.

Sampai mereka rasa; “Eh… ini macam ada kena-mengena dengan aku jer”

Itu petanda awal mereka akan beli produk kita.

 

media

3# – Media: “Dekat mana nak paparkan ayat iklan?”

Yang terbaik, dekat depan mata prospek kita.

Bila dah sedia ayat iklan.

Tugas kita seterusnya adalah memaparkan iklan tersebut dihadapan mata prospek yang betul.

Sekarang tiba masanya kita pilih;

  • “Media mana kita nak gunakan untuk letak iklan ini?”
  • “Radio, TV, Akhbar, Facebook Ads, Google Adwork, Blog …”
  • “Bagaimana caranya untuk letak iklan disitu?”

Banyak pilihan kita boleh pilih & gunakan.

Jika produk kita baru & orang ramai belum kenal. Facebook antara pilihan yang sesuai untuk memperkenalkan produk baru.

Boleh gunakan sistem Facebook Ads untuk semak ciri-ciri pelanggan ideal anda.

 

Nak belajar buat iklan di Facebook Ads tanpa pergi seminar atau kelas?

Download Pakej Video Facebook 101

Video dihasilkan oleh pakar Facebook Marketing Tuan Firdaus Azizi. Berpengalaman lebih 5 tahun & mahir ilmu teknikal Facebook. Ada ‘cable’ dengan team Facebook Malaysia.

Saya doakan perjalanan mula anda dipermudahkan. Amin.

Comments 14

  1. Mr Zack
  2. Aida

Leave a Reply

CommentLuv badge

Ebook - Bagaimana Nak Jual Apa Sahaja Produk Kepada Pelanggan Yang Spesifik?
Kalau saya bagi PERCUMA hari ini, anda nak?
Dimana saya nak hantar fail ebook ini?
Ebook - Bagaimana Nak Jual Apa Sahaja Produk Kepada Pelanggan Yang Spesifik?
Kalau saya bagi PERCUMA hari ini, anda nak?
Dimana saya nak hantar fail ebook ini?