Apa newbie boleh buat jika baru berniaga?

Pada tahun 2013.

Saya selalu berfikir, macam mana saya boleh bersaing dengan ‘otai’ yang dah lama bertapak dalam industri?Faris Osman

Selepas buat beberapa kajian (pada waktu ketika itu).

Saya jumpa satu artikel berautoriti luar negara (Kissmetric) bercerita tentang algorithm Facebook.

Nampak menarik & mudah dilakukan sebenarnya.

Dulu saya pernah share rahsia ini dekat sebuah group tertutup Mazhab Copywriting Junior. (Pandai-pandailah anda cari group tu dekat Facebook)

Tapi hari ini saya nak kongsikan sekali lagi.

Supaya anda tahu, bagaimana saya mula positionkan diri di laman maya ini.

Ini kisah lama saya: penulis.

Apa saya buat lepas baca artikel tersebut.?

 

3 perkara yang saya sarankan anda buat:

  1. Maksimumkan fungsi algorithm Facebook.
  2. Kongsi ilmu sebanyak mungkin.
  3. Asingkan geng ‘freebies seeker’ dan ‘premium member’.

Saya akan hurai maksud poin di atas berdasarkan pengetahuan & pengalaman saya. Tapi sebelum itu ada beberapa peringatan …

Nota: Mungkin ketika anda baca artikel ini, ada beberapa perubahan yang Facebook telah ubah.

Saya menulis artikel ini pada 17 Jun 2015. (semakan 26 November 2016)

 

2

1# – Maksimumkan fungsi algorithm Facebook.

Tahukah anda!

Facebook ada sebuah sistem robot yang bagus.

Sistem ini yang ‘mengurus & menyusun’ setiap post status kita setiap hari.

Dan sistem itu-lah dipanggil ‘algorithm’ Facebook.

Siapa yang mahir tentang cara sistem ini bekerja, mereka akan dapat banyak manfaat.

Apa manfaat bila kita tahu cara sistem ini bekerja?

  • Post kita banyak like, komen & share.
  • Follower makin bertambah.
  • Ramai prospek berminat nak tahu produk kita.

Saya akan ceritakan lebih tentang algorithm Facebook di penghujung artikel ini.

Tungguuu …

 

3

2# –Kongsi ilmu sebanyak mungkin.

Manusia suka follow individu berilmu.

Kenapa?

Sebab mereka takut silap atau digelar jahil.

Sepanjang pemerhatian saya, ada beberapa punca seseorang itu punyai ramai pengikut. Ini antaranya …

 

i. Kekayaan peribadi.

Siapa ada duit, dia boleh pengaruhi orang lain.

Lihat sahaja di Facebook, berapa ramai yang terpedaya dengan duit & kemewahan.

Tunjuk sahaja kereta, ramai yang akan terpengaruh.

Tak caya? Jangan cuba.

 

ii. Jawatan.

Jawatan atau kedudukan.

Manusia kebanyakkannya berkepentingan.

Lihat saja orang yang kerja berjawatan tinggi & ahli politik.

Seseorang yang punyai kedudukan tinggi dikalangan masyarakat.

Pengaruhnya kuat & ramai pengikut.

 

iii. Keilmuan.

Golongan berilmu & ulamak.

Golongan inj punyai pengaruh yang luar biasa.

Manusia takut akan kejahilan. Sebab itu orang yang berilmu sentiasa ada pengikut.

Tak kira apa sahaja bidangmilmu. Bila orang itu berilmu, pasti akan ada pengikut.

Walaupun ilmu yang entah apa-apa.

 

Jadi, kita mahu pilih yang mana satu?

Terpulang. Pandai-pandai pilih sendiri ya. Janji niat kena betul. 🙂

 

4

3# – Asingkan geng ‘freebies seeker’ dan ‘premium member’.

Apa itu freebies & premium?

Ia adalah dua kelompok manusia yang berbeza mindset.

Freebies Seeker adalah golongan yang inginkan sesuatu yang percuma sampai bila-bila.

Mereka takut melabur untuk ilmu.

Tak hirau akan offer atau tawaran daripada kita.

Pada mereka;

“Buat apa aku beli sedangkan aku boleh dapat percuma”

Mereka ini tak tahu yang kita ada ilmu lebih berharga nak bagi.

Elakkan jadi ‘Freebie Seeker’.

Golongan premium adalah golongan yang sanggup & mampu laburkan sedikit wang untuk perbaiki nilai hidup mereka.

Mereka lebih fikirkan ‘result’.

Mereka lebih berani buat keputusan.

Saya lihat ramai sungguh jenis ini yang mudah & cepat temui hasil kejayaan.

Persoalannya, tentu anda nak tahu bukan …

Macamana saya asingkan dua geng ini?

Dengan bayaran komitmen. Walaupun RM1.

Biasanya saya akan asingkan mereka dalam senarai list pelanggan saya.

Saya ada artikel percuma tentang copywriting, ada servis yang berbayar.

Saya asingkan mereka berdasarkan komitmen.

Ada yang suka belajar depan-depan…

Mereka ambil personal couching, ada yang beli produk, terpulang kepada kemampuan mereka.

Sudah nampak bagaimana saya asingkan mereka?

Ok, berbalik pada topik. Saya akhiri artikel ini dengan membongkarkan …

 

Cara saya manipulasi Algorithm Facebook 2013-2015.

  1. Sebelum saya post apa-apa status,
  2. Saya akan like, komen atau share status follower saya.
  3. Lepas tu baru saya post status.

“Simple macam itu jer ke?”

Ya. Nampak biasa bukan. Cuba buat.

Itulah penerangan paling mudah & cepat faham tentang sistem robot ni.

Anda akan lihat post anda selepas ini, akan jadi paparan utama pada wall Facebook follower anda.

WOW! Seronokann..

Jangan percaya cakap saya. Buat jer dulu.

Lama-lama nanti dah popular, jangan lupa saya yer. Saya perhatikan jer, ada yang dah popular. Tak tegur pun saya.. hehehe 😉

Sekian itu sahaja perkongsian daripada saya.

Bagi mereka yang berminat nak jadi ‘Premium member’, baca pesanan di bawah …

 

Ingin tahu cara saya tukar kelompok ‘Freebies Seeker’ kepada ‘Premium Member’?
(Dapatkan Panduan Video Di Bawah Ini)

Download Pakej Video Close Sales Pro 2016/2017

Ini bukan tip close sales yang anda boleh dapat dekat Google/Youtube.

Ia dihasilkan oleh sahabat saya yang berpengalaman lebih 5 tahun & telah membantu syarikat SME menghasilkan jualan 8 angka (puluhan juta) setahun.

Saya doakan agar anda boleh cepat-cepat tukar golongan Frebie kepada Premium.

Jangan bazir masa anda belajar ilmu yang tak ada ‘proven result’.

Tetapi jika anda pemilik Syarikat SME (yang dah buat jualan RM5k sebulan) inginkan ‘personal touch’ daripada saya untuk naikkan sales.

Nak jumpa saya ‘depan-depan’ untuk semak kempen iklan bisnes anda.

Boleh klik butang di bawah …

Klik Sini Untuk Set Masa Konsultasi Premium ‘Copywriting’

Nanti team kami akan bantu anda susun jadual pertemuan. Insyaallah.

Comments 10

Leave a Reply

CommentLuv badge

Ebook - Bagaimana Nak Jual Apa Sahaja Produk Kepada Pelanggan Yang Spesifik?
Kalau saya bagi PERCUMA hari ini, anda nak?
Dimana saya nak hantar fail ebook ini?
Ebook - Bagaimana Nak Jual Apa Sahaja Produk Kepada Pelanggan Yang Spesifik?
Kalau saya bagi PERCUMA hari ini, anda nak?
Dimana saya nak hantar fail ebook ini?