Asas Split Testing, Baca Data & Review VIPER Reloaded – Didedahkan!

Tool pemasaran Facebook Ads sudah tidak asing bagi kita.

Biasa kalau kita cerita tentang Facebook Ads, maka akan keluar 1001 mazhab tok guru dengan pelbagai perancangan taktikal:

  • Ada yang suruh anda buat iklan Like dulu.
  • Ada yang kata buat je ‘Boost Post’ letak RM250 sehari.
  • Ada yang kata kena guna Teknik Tembikai.

Saya tak kata semua teknik ini karut, malah ada yang berkesan sehingga ke hari ini.

Pengasasnya pula merupakan guru-guru yang saya hormati & sangat besar sumbangan-nya pada peniaga online. Banyak saya belajar daripada mereka …

Tapi hari ini, sempena saya review Pakej VIPER Reloaded, saya nak ajak anda berfikir. Apakah 1 prinsip pengiklanan yang tak banyak berubah sejak 100 tahun dahulu?

Ya, prinsip pengiklanan.

  • Tak kira buat iklan online atau pun offline.
  • Tak berubah ikut peredaran zaman.
  • Evergreen (masih diguna pakai zaman berzaman)

Cuba teka apa satu prinsip & konsep tersebut? Kalau anda tanya saya, jawapannya adalah …  Split Testing & Tracking.

Nanti saya beritahu, kenapa Split Testing & Tracking ini penting & siapa yang mempopularkan dua istilah ini …

Sekarang, mungkin anda tertanya-tanya …

“Faris, macamana saya nak tahu. Saya buat Split Testing & Tracking dengan betul atau tidak?

Nak tahu mudah jer, cuba tanya soalan ini dekat diri sendiri …

—> Pernah tak anda track …

Jualan anda hari ini datang dari iklan yang mana satu?

Ya, anda pernah tanya soalan di atas …

Contoh hari ini, anda berjaya close sales 30 orang. Anda tahu atau tak sales tu datang daripada iklan yang mana?

  • Adakah daripada iklan Boost Post?
  • atau Iklan flyer yang anda baru edar dekat masjid?
  • atau daripada surat khabar atau majalah XYZ

Jika tak pernah, itu petanda awal. Anda belum buat split testing & tracking dengan betul.

“Habis tu macamana Faris, boleh ajar saya?”

Boleh. Insyaallah.

Cuba anda perhatikan gambar di bawah elok-elok …

split-test

Antara iklan A … iklan B … iklan C.

Mana satu yang beri jualan paling tinggi?

“Akak jawab A” – Kata Kak Gayah.

“Pak cik jawab B” – Kata Pak Mat Tempe.

“Mira jawab C” – Kata Mira Pilzah.

Jawapannya… Iklan C (Ya, betul … Tahniah, mira.. dah la cantik, bijak plak … hehehe)!

Ala gurau pun tak boleh. Ok, ini contoh visualnya …

data-iklan

Bilamana kita nak tahu iklan mana yang berkesan, kita mesti tengok data.

Jika data menunjukkan, iklan C lebih banyak menghasilkan jualan. (walaupun pada kita, iklan tu nampak hodoh).

Kita terpaksa terima hakikat, iklan C adalah “Winning Ads” (Pemenang) 

“Advertising is all about experimenting & tracking”

Bagi yang baru tahu …

Ya, inilah ‘Split Testing’!

John Caples - Bapak Pemodenan Pengiklanan

Satu kaedah yang dipopularkan oleh seorang Lagenda Pengiklanan Antarabangsa – John Caples.

Sebelum beliau mati pada usia 90 tahun (1990), beliau ada tinggalkan sebuah buku iaitu – Tested Advertising Method.

Satu buku yang mengajar peniaga (macam saya & anda) jangan bazir duit iklan mengkhinzir buta.

Prinsip John Caples dalam pengiklanan,

“Kalau 1000 flyer yang dia edarkan. Dia mesti nak tahu, berapa X respon yang dia dapat?”

Kalau tak boleh jawab soalan ini, ia bukan cara yang bagus untuk beriklan.

Antara syarat wajib bagi sebuah kempen pengiklanan yang bagus bagi John Caples adalah Trackable & Measureable.

  • Trackable – Boleh dikesan ia datang daripada iklan yang mana.
  • Measureable – Boleh diukur prestasinya & boleh ditambah baik (Optimize).

Oleh itu, saya melihat …

Method (kaedah) yang beliau popularkan ini, patut diambil berat oleh peniaga online yang belum ada peruntukan bajet yang tinggi untuk iklan.

Bahkan kalau tinggi bajet sekalipun, nasihat ini patut diambil perhatian penuh. Sebab ia melibatkan:

  • Berapa duit keluar. (Kos Iklan)
  • Berapa duit masuk. (Unit Jualan)

Kesimpulan daripada cerita John Caples ini adalah:

“Ketahui sehabis baik. Jualan itu datang daripada iklan yang mana satu”

Berita baiknya …

Pada hari ini, kita akan bercerita bagaimana kita boleh gunakan John Caples’s Method ini pada zaman sekarang & boleh digunakan untuk iklan di Facebook.

Anda nak belajar caranya?

Ok, kita masuk bab review yang menjadi tunjang utama tajuk perbincangan kita.

Bagi yang baru tahu. Baru-baru ini, dunia internet marketing di Malaysia bersinar kembali dengan pelancaran video panduan VIPER Reloaded dari Tuan Firdaus Azizi.

Seorang yang tidak asing dalam Dunia Facebook Marketing di Malaysia.

siapa-firdaus-azizi

Maka dengan itu …

Hari ini saya dengan rela hatinya.

Nak kongsikan review (ulasan) saya tentang VIPER Reloaded:

  1. Adakah saya berpuas hati?
  2. Adakah VIPER Reloaded ini scam atau betul membantu?
  3. Adakah saya rasa berbaloi atau tertipu?

Saya akan ceritakan di dalam artikel ini… (dan sebahagiannya saya kongsikan dalam bentuk video)

Bagi yang belum dapatkan VIPER Reloaded ini, eloklah baca dulu review ini. Saya cuba sampaikan dalam suasana yang harmoni & tidak bias. (berat sebelah)

3 penyesalan kalau anda terbeli sebelum baca review:

  1. Anda mungkin terbeli produk yang salah.
  2. atau anda tertipu dengan janji hype dari banyak pihak.
  3. atau produk ini memang tak sesuai dengan niche bisnes anda.

Jadi, ambik masa 5-10 minit …

Baca review ini dengan hati yang terbuka. Kosongkan minda. Hadamkan satu per satu.

  • Jika sesuai dengan niche & produk anda, baru beli.
  • Jika tidak sesuai. Tolong jangan bazirkan duit anda…

Dah bersedia?


Bagi memudahkan anda faham satu per satu poin.

Saya bahagikan review ini kepada 2 bahagian utama:

Bahagian #1 – Pengenalan tentang VIPER Reloaded.

Sebagai pembukaan review, saya akan kongsikan dalam bentuk teks.

  1. Apa itu VIPER Reloaded?
  2. Siapa pengasas VIPER Reloaded?
  3. Scammer (penipu) atau ada kredebiliti tertentu?

Bahagian #2 – Review Penuh Dalam Bentuk Video

Jika anda nak tahu lebih lanjut, saya ada kongsikan dalam bentuk video review. [PERCUMA]

  1. Apa yang saya cerita dalam video?
  2. Kelebihan bagi mereka yang tonton video review saya.

Bahagian #1 – Pengenalan tentang VIPER Reloaded.

Apa itu VIPER Reloaded?

VIPER Reloaded adalah John Caples’s Method versi Power Editor.

Ia adalah video tutorial yang membantu anda hasilkan ‘Split Testing’ yang bervariasi dengan beberapa klik … supaya anda boleh jumpa ‘Winning Ads’ dengan lebih cepat.


1.1 – Bagi yang tak tahu, apa itu power editor?

Power editor – Sistem yang Mark Zukerberg (pengasas Facebook) cipta khas untuk bantu peniaga online buat Split Testing dengan lebih CEPAT & TERSUSUN berbanding Ads Manager atau Boost Post

Perlu diingatkan, ia hanya sistem & tiada benda ‘magik’ pada sistem.

Sistem hanya bantu kita merealisasikan apa yang kita nak buat (split testing) lebih cepat. Jika kita tak tahu nak split test apa, tak jadi jugak.

Dalam VIPER Reloaded …

Anda akan faham dengan lebih jelas bagaimana sistem Power Editor ini berfungsi & bagaimana anda boleh gunakan John Caples’s Method dengan penuh yakin. 🙂

Boleh faham setakat ini?

Ok, mungkin anda tertanya-tanya dan ada sedikit skeptikal.

Siapa pengasas VIPER Reloaded ini? Boleh percaya ke …

1.2 – Siapa pengasas VIPER Reloaded?

Beliau adalah Tuan Firdaus b. Azizi.

Nama beliau Firdaus, bapak dia Azizi (sekadar makluman). Sebab ada jer orang yang panggil dia azizi. Hehehe 😉

Bagi yang baru dengar nama ni, siapa beliau sebenarnya?

Seorang ayah kepada 3 orang anak & merupakan warga Sg. Petani, Kedah.

Jika di Malaysia, beliau lebih dikenali sebagai Facebook Marketing Expert. Kalau peniaga-peniaga online ada masalah besar tentang ‘Ilmu Teknikal Facebook’.

Beliau antara ‘somebody’ yang mereka (peniaga Facebook) rujuk.

Berkecimpung dalam dunia online sejak tahun 2010. Ada perniagaan sendiri & pencapaian yang boleh dibanggakan dalam niche (barang bayi, kanak-kanak, kesihatan, produk digital, dll).

Telah berkongsi ilmu Facebook Advertising kepada lebih 4000+ pelajar  menerusi bengkel, kelas & panduan video seperti VIPER Reloaded yang saya akan ulas ni.

Daripada segi kelayakan, beliau pernah dipanggil oleh banyak agensi untuk Training seperti:

  • Pihak Berkuasa Zakat Malaysia
  • Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC)
  • Permodalan Usahawan Nasional Berhad (PUNB)
  • Persatuan Pengeluar Ubat Tradisional Melayu Malaysia (PURBATAMA)
  • Shaklee (distributor)
  • Coway (agent)
  • Online Business Academy (OBAC)
  • MYNIC Berhad

Daripada segi profile …

Jika anda tanya saya: “Adakah beliau layak berkongsi ilmu VIPER Reloaded?”

Jawapan saya … Ya, ini memang bidang beliau.

Ok selesai cerita tentang pengenalan VIPER Reloaded & pengasasnya. Sekarang kita masuk kepada bahagian kedua yang agak kritikal. Ia memerlukan anda buat pertimbangan rasional dengan ulasan yang saya beri.


Bahagian #2 – Review Penuh Dalam Bentuk Video.

Sebenarnya saya dah tulis bentuk artikel, tapi jadi panjang gila …

Jadi saya buat keputusan untuk merakam video dengan suara ala-ala DJ Radio ni. Saya dah siapkan khas untuk anda.

2.1 – Apa yang saya cerita dalam video?

  1. Saya akan terangkan lebih jelas tentang Split Testing. (FREE)
  2. 7 Prinsip Hidup Saya Tentang ‘Advertising’.
  3. Bagaimana Nak Gunakan John Caples’s Method Dalam Power Editor?
  4. Kelebihan & Kekurangan VIPER Reloaded. (Pros n Cons)
  5. Saya tunjuk apa yang anda akan dapat setiap bab secara jelas.
  6. Special Bonus dari saya bernilai RM97.

2.2 – Kelebihan bagi mereka yang tonton video review saya:

  • Anda lebih jelas tentang konten sebenar VIPER Reloaded.
  • Anda mampu pertimbangkan ia sesuai atau tidak untuk diri anda?
  • Anda nampak ia relevan ke tak digunakan untuk produk/servis anda?

Ok, tanpa membuang masa. Anda boleh klik butang bewarna merah di bawah  untuk tonton full review daripada saya.

Dengan segala hormatnya, dipersilakan …

FREE Video – Klik Sini & Tonton Review Penuh VIPER Reloaded

Comments 4

Leave a Reply

CommentLuv badge

Ebook - Bagaimana Nak Jual Apa Sahaja Produk Kepada Pelanggan Yang Spesifik?
Kalau saya bagi PERCUMA hari ini, anda nak?
Dimana saya nak hantar fail ebook ini?
Ebook - Bagaimana Nak Jual Apa Sahaja Produk Kepada Pelanggan Yang Spesifik?
Kalau saya bagi PERCUMA hari ini, anda nak?
Dimana saya nak hantar fail ebook ini?