Antaranya – Belajar Tulis Headline Yang Facebook Suka. Fahamkan poin nombor 4!

Khas untuk pemilik bisnes yang selalu buat iklan guna Facebook Ads.

Anda tak akan terlepas daripada kemungkinan akaun Facebook Ads kena Flagged/Banned. Biasanya, bukan sebab salah setting secara teknikal, tetapi kebanyakkan peniaga terlanggar polisi Facebook.

Iaitu tertulis ayat yang Facebook tak suka.

Nota: Flagged bermaksud akaun iklan anda sudah tidak boleh digunakan. Ini bermakna, anda sudah tidak boleh guna kad kredit/debit yang sama unuk buat iklan berbayar.

Artikel ini ditulis berdasarkan pengalaman seorang rakan saya, saya gelarkan beliau ‘brader H’. Beliau dah hampir 2 tahun beriklan untuk niche panas & ilmu ini saya sudah amalkan untuk iklan klien saya (yang juga niche panas).

Kredit Gambar: Adespresso

Sebelum itu, saya nak buat beberapa penafian. Artikel ini tidak ajar cara nak ‘pujuk’ Facebook, kembalikan akaun anda yang telah di Flagged.

Tetapi artikel ini hanya berkongsi tip & cara untuk elak akaun iklan anda di Flag tanpa notis. Jadi pastikan anda baca satu per satu nasihat ini, demi keselamatan anda sendiri.

Ayat & bahasa yang saya guna mungkin agak advance. Selain itu, saya juga banyak guna bahasa rojak (Melayu & Inggeris) untuk mudahkan kefahaman. Jadi bagi orang yang baru kenal Facebook Ads, anda masih boleh baca. Tapi saya tak janji anda boleh faham.

Saya akan beritahu cara tulis headline yang Facebook suka. Tapi sebelum itu, elok anda baca poin satu hingga tiga dahulu, supaya anda tidak buat silap.

1. Elak Buat Iklan Lebih 1 kempen/adset Serentak.

Jika anda baru siap menulis copywriting.

Dalam masa yang sama, anda tak pasti copywriting itu mematuhi peraturan Facebook atau tidak. Ini perkara yang anda patut elakkan.

Saya percaya ada ramai yang suka run 5-10 adset serentak. Ia memang menjimatkan masa. Tapi dalam masa yang sama, ia membahayakan ‘nyawa’ akaun Facebook anda.

Berdasarkan pengalaman. Jika kempen iklan ada ‘Not Approved’ sebanyak 3 kali berturut-turut. Akaun Iklan anda sedang dalam bahaya. Bila-bila masa mereka (Staf Facebook) akan flag akaun iklan anda tanpa beri sebarang amaran & notis.

Apa patut anda buat?

Run dulu 1 iklan untuk copywriting yang anda baru siap tu. Lihat adakah ia diterima & lulus. Jika lulus, baru fikirkan untuk tambah iklan lain dengan copywriting tersebut.

2. Jika Iklan Anda ‘Not Approve’ Kurang 15 Minit.

Itu satu petanda buruk.

Untuk pengetahuan anda, kebanyakkan iklan yang anda run akan di’review’ oleh robot. Namun begitu, jika robot tak boleh ‘buat keputusan’.

Iklan anda akan direview oleh manusia yang akan ganti robot. Sudah tentu syaratnya lebih ketat. Anda mungkin rasa, staf Facebook tak faham bahasa melayu.

Berita kurang baiknya. Facebook dah buka cawangan di Malaysia bermula tahun 2016. (ada staf yang berbangsa cina, india & juga melayu).

Apa patut anda buat?

Jika iklan masih tak ‘Approve’ lebih 15 minit.

Kalau anda berani tanggung risiko, tunggu sampai 45 minit. Kalau nak selamat, delete iklan tu dan buat iklan baru. Lagi satu, pastikan akaun yang telah ‘Not Approve’ di hapuskan (delete).

Ia bagi mengelakkan ‘maruah’ akaun iklan anda dinilai sebagai ‘berpotensi untuk diflag’.

Info Terbaru: Nak belajar tentang ‘Sales Funnel’? Tahun lepas, saya dapat buku ini percuma. Kini, ia dibuka sekali lagi. 

3. Elak Guna Perkataan Sensitif Secara Berturut-turut.

Perkataan seperti jerawat, gemuk, boroi, buncit, ketat & sebagainya. Walaupun dalam rule Facebook ia antara perkataan panas. Ikut pengalaman saya sendiri. Sebenarnya ia boleh diguna. Cuma…

Jangan diletak pada bahagian headline atau tajuk secara terang-terang. Namun ia boleh diguna di dalam copywriting & syaratnya tidak terlalu kerap.

Contoh yang tak boleh dibuat: “Jerawat tak hilang lagi. Mesti sakitkan bila tengok jerawat tu. Rasa macam nak picit jer. Tapi takut berbekas pulak jerawat ni.”

Perhatikan! Perkataan jerawat diulang banyak kali dalam satu perenggan. Ia memang betul-betul mengundang bahaya untuk akaun ads anda. Berhati-hati lah ya.

Lagi bagus anda guna perkataan lain selain ‘jerawat’. Tapi membawa maksud yang sama. Kena banyak buat survey untuk dapat perkataan ini.

Disclaimer: Setiap situasi mungkin berlainan. Apa yang saya tulis ini berdasarkan pengalaman saya & nasihat daripada brader H. Tiada sebarang jaminan ia 100% berkesan untuk anda.

“Hidup bahagia bila sihat”

4. Fokus Headline Berbentuk ‘Hasil Selepas’ berbanding ‘Kisah Silam’. (Tip Bonus)

Elakkan guna pancing ‘kisah silam’ sebagai umpan dalam headline anda. Sebab akaun iklan anda berpotensi kena Flagged. Caranya adalah tulis headline yang Facebook suka.

Facebook suka kita tekankan hasil selepas. Iaitu hasil yang orang nak selepas guna produk kita. Apa perubahan yang mereka akan rasai selepas habis guna produk kita.

Apa yang orang nak ini banyak. Ia bergantung pada produk. Ada orang nak hensem, nak cantik, nak kaya, nak bahagia & sebagainya. Jadi cari & cuba fokus perkara yang memberi harapan berbanding mengimbau kisah silam mereka.

Boleh faham setakat ini. Baik saya kongsikan contoh headline:

  • “Nak miliki tubuh yang tegap?” (Fokus pada hasil selepas)
  • “Ada masalah perut buncit?” (Fokus pada kisah silam/semasa)

Dua-dua copywriting ini masih berkesan. Cuba dalam konteks pengiklanan berbayar di Facebook. Mereka lebih suka jika kita cerita tentang keinginan prospek berbanding fokus pada masalah semasa.

Dapat belajar sesuatu daripada artikel ini?

Jika anda nak belajar lebih lanjut tentang cara buat iklan guna Facebook Ads, video panduan Facebook 101 ini antara yang sesuai.

Dalam video itu, tuan Firdaus Azizi ada terang lebih terperinci tentang polisi (pantang larang) dari Facebook. Saya sendiri banyak belajar daripada beliau, bila masuk bab teknikal ini.

Apa-apa pun, semoga artikel ini dapat membantu anda faham, apa penyebab sesuatu akaun iklan boleh kena flagged/banned. #Share pada rakan lain.

Comments 2

Leave a Reply

CommentLuv badge

Ebook - Bagaimana Nak Jual Apa Sahaja Produk Kepada Pelanggan Yang Spesifik?
Kalau saya bagi PERCUMA hari ini, anda nak?
Dimana saya nak hantar fail ebook ini?
Ebook - Bagaimana Nak Jual Apa Sahaja Produk Kepada Pelanggan Yang Spesifik?
Kalau saya bagi PERCUMA hari ini, anda nak?
Dimana saya nak hantar fail ebook ini?