Kopi Saya Laku 2 Paket Sahaja – Memalukan!

Hari ini saya nak cerita pengalaman berniaga di ekspo. Pengunjung ramai. Produk power. Tapi jualan ciput!

“Kisah Kopi Arabica – RM60 (1 Kotak)”

Pada 26/6/2014, saya cuba pasarkan kopi ini.

Berbekalkan ilmu pemasaran online, saya sahut cabaran Ibu. Niat dalam hati; “Hari ini boleh laku 6 kotak kot.. realitinya memalukan. Hahaha”

Niat pun dah salah. Padan muka. Nak tahu apa yang terjadi?

Kopi saya laku 2 paket sahaja – RM5. 

Ingatkan daripada 10 kotak yang saya bawa berniaga. Tinggallah satu kotak bawa balik rumah.

Nak tunjuk dekat Ibu saya berjaya jual.  Akhirnya, satu kotak pun tak laku. Yang peliknya, kawan sebelah saya tu, laku berkotak-kotak susu kambing dia. Hmmm…

Apalagi, balik rumah saya semak semula kekurangan & kelebihan kopi ini.

Apabila saya muhasabah balik, ada yang tak kena dengan strategi kali ini.  Maka, ada beberapa kesilapan yang saya sempat rekod, antaranya:

1) ILMU TENTANG PRODUK

Terus terang, saya tak tahu benda tentang kopi ini.

Bila ada orang tanya, apa kelebihan kopi ini. Saya cerita. Tapi saya tak tahu secara mendalam. Saya tahu minum jer. Memang patut tak laku. 😉

Solusi:

Jadi pakar tentang kopi. Setiap kali orang tanya, cuba korek apa masalah orang tu. Kemudian serasikan dengan manfaat kopi kita.

Contoh:

Pak Mat – Sakit Lutut

“Pak Mat, kopi ni ada cendawan dari Guang Zhou. Cendawan ni hilangkan sakit lutut. Ia berfungsi macam ‘minyak gris’. Inilah rahsia orang dulu-dulu kekal sihat… Meh cuba satu”

2) TAK AMBIL TAHU PENDAPATAN PENDUDUK.

Kopi RM60. Kita cerita punyalah panjang. Tapi respon:

“Tak apa dik, saya pusing dulu. Nanti saya datang balik”

Kalau keluar ayat di atas ini. Tak perlu berharap sangat. Anggap je, bila ada jodoh. Kita bertemu lagi. Yang pasti bukan hari itu. Hehehe.

Bila diselidik. Rupanya harga kopi yang berharga RM60 ini terlalu mahal.

Solusi:

Jual secara loose. Tak ada orang yang sanggup ambil risiko beli sekotak terus. Lagi-lagi tak tahu, entah berkesan ke tidak.

Contoh:

Kopi RM60 ada 23 paket. Bila dibahagikan, 1 paket lebih kurang RM2.60. Jual 4 paket RM10. Ia lebih mudah terjual.

3) BUKTI TAK CUKUP.

Kalau perang, kita sediakan bom, senapang, peluru berpandu & lain-lain. Sebagai senjata.

Dalam berniaga, social proof adalah alat perang kita. Antara social proof yang bagus adalah, respon pelanggan yang pernah cuba produk kita.

Bahasa Bisnes – Testimoni.

Kesilapan saya. Hanya bawa kopi. Alat bantuan promosi semua tinggal kecuali flyer. 🙁

Solusi:

Boleh cetak testimoni dalam bentuk SMS/Whatsapp dari pelanggan terdahulu. Kalau tak ada, pergi juma pelanggan terdahulu, tanya & rekod.

Contoh:

Cik Seri – Pelanggan A.

“Salam Cik Seri, apa khabar? Macamana, boleh minum ke kopi hari tu? Tekak boleh terima?”

Ok, itulah 3 poin utama dalam cerita kali ini.


Mari saya simpulkan, apa lagi 7 kesilapan menjual di ekspo yang anda boleh jadikan pengajaran.

1) Produk kualiti tak menjamin, jualan berdesup laju.

Jika pelanggan tak tahu tentang kualiti tersebut. Kualiti itu subjektif.  Kalau mereka tahu pun, belum tentu ‘KUALITI PRODUK’ sesuai dengan masalah yang mereka nak selesaikan.

2) Kualiti produk dengan tempat jual – Tidak sesuai.

Bayangkan kasut Adidas Original jual dekat bundle. Kemudian letak harga RM200+. Itulah perumpamaannya. Jual biar kena dengan tempat. Barang kualiti, jual dekat tempat murah. Akan jadi murah.

3) Harga produk tidak sekufu <-> Dengan pendapatan penduduk.

Senang cerita, salah target market (sasaran pelanggan). Ramai orang mahu, tak menjamin produk itu boleh laku. Selain mahu, kita juga kena sasarkan iklan kepada mereka yang MAMPU.

4) Orang kampung itu tidak kenal saya.

Jual dekat orang yang dah kenal lebih senang. Oleh itu, jika nak jual kepada orang asing. Buat mereka selesa dulu dengan kita. Biar mereka rasa macam kita ni kawan. Baru mula menjual.

5) Testimoni tak cukup kuat untuk menjentik emosi pelanggan.

Sediakan sekurang-kurang 10 testimoni. Kalau boleh pelbagai penyakit. Bila ada orang tanya sakit sendi, terus tunjuk orang sakit sendi. Satu testimoni, khas untuk satu masalah sahaja.

6) Ilmu tentang produk – Masih cetek.

Kena banyak tambah ilmu tentang produk sebelum menjual. Lagi banyak ilmu, lagi senang kita serasikan produk kita dengan diri pelanggan. Jualan pun terhasil.

7) Rezeki Allah yang tentukan.

Hebat mana kita. Walaupun ilmu berlambak-lambak. Kalau Allah tak izinkan. Percayalah, tak akan laku walaupun satu. Caranya, cek balik diri. Betulkan niat. Doa kepada Allah sebelum berniaga.

Insya-allah, walaupun lakunya sedikit tapi berkat.


Ok, itu sahaja cerita saya tentang kopi RM60.

Semoga artikel ini beri idea dan manfaat pada anda. Yang mana boleh dipraktikkan. Dipersila untuk amalkan.

Comments 14

  1. dayang
  2. dayang
  3. dayang
  4. wahab

Leave a Reply

CommentLuv badge

Ebook - Bagaimana Nak Jual Apa Sahaja Produk Kepada Pelanggan Yang Spesifik?
Kalau saya bagi PERCUMA hari ini, anda nak?
Dimana saya nak hantar fail ebook ini?
Ebook - Bagaimana Nak Jual Apa Sahaja Produk Kepada Pelanggan Yang Spesifik?
Kalau saya bagi PERCUMA hari ini, anda nak?
Dimana saya nak hantar fail ebook ini?