Ada 3 persamaan antara ‘Copywriting’ dengan ‘Masakan’.

Apa itu copywriting?

Copywriting – Ayat yang kita gunakan untuk menjual ataupun menyampaikan mesej pemasaran.

Dalam bahasa mudahnya, ayat jualan / ayat iklan / ayat pemasaran.

Apa kaitanya dengan memasak?

Ada kaitan. Tapi tidak secara langsung.

Saya ingin bawakan analogi mudah tentang masakan.

  • Masakan – Adalah hasil tangan seorang tukang masak.
  • Copywriting – Adalah hasil tangan seorang penulis iklan.

Untuk menghasilkan hidangan yang lazat, ada prosesnya. Begitu juga dengan copywriting. Setiap copywriting yang berkualiti dihasilkan selepas melalui beberapa proses.

Tiada jalan singkat untuk berjaya.

Berdasarkan pemerhatian saya …

Ini 3 perkara yang mempengaruhi kualiti sebuah copywriting & hidangan yang enak:

  1. Pengalaman.
  2. Emosi.
  3. Bahan mentah.

Justeru itu, apakah persamaan antara Chef & Copywriter?

 

1 – Pengalaman.

Dalam Masakan:

Orang yang baru belajar masak Nasi Briyani hari ini, tak sama dengan mereka yang dah memasak 10 tahun.

Mustahil ilmu bertahun-tahun dikuasai dalam masa sehari.

Melainkan memang ada S.O.P yang jelas & tersusun.

Dalam Ilmu Copywriting:

Orang yang baru belajar copywriting hari ini, tak sama dengan mereka yang berpengalaman lebih 5 tahun.

Pengalaman itu ada bila kita lakukan hari demi hari.

Titik Persamaan:

Pengalaman membezakan kita.

Pengalaman itu dibina berdasarkan apa yang kita belajar, praktikkan & dibuat secara konsisten.

Penyelesaian:

Teruskan belajar & buat.

Silap sekali, bukan bermakna gagal selamanya.

Disebabkan kesilapan itu, kita belajar supaya tidak mengulangi kesilapan yang sama.

 

2 – Emosi.

Dalam Masakan:

Pernah atau tidak, kita masak ketika marah atau ‘bad mood’.

Jika wanita, pasti mereka akan merasai situasi ini. Kita tengah ‘bad mood’, potong sayur pun rasa tak kena.

Dah siap, suami pulak komen “kurang garam la.. tak berapa menjadi lah”.

Berbulu je telinga menelan kritikan tersebut.

Dalam Copywriting:

Ya, emosi mempengaruhi.

Buat ayat jualan dalam keadaan kita marah & ‘bad mood’ sangat tak digalakkan.

Lagi-lagi kalau ada yang perlekeh kita. Ditambah pula dengan rumah bersepah tidak terurus. Sungguh serabut.

Titik Persamaan:

Kualiti hasilan itu bermula daripada emosi si pemberi.

Tukang masak @ copywriter. Sebab kedua-duanya adalah manusia. Emosi & perasaan tak boleh dipisahkan.

Penyelesaian:

Jika serabut, tenangkan diri dahulu.

Cari tempat-tempat yang nyaman & selesa. Pastikan emosi kita tengah stabil, seronok & gembira.

Baru copywriting kita ada nilai sentimental tersendiri. Orang seni kata, sampai masuk ke jiwa pembaca.

 

3# – Bahan mentah.

Dalam Masakan:

Hebat mana pun memasak, tapi tak cukup bahan masakan, pasti kurang lazatnya.

Nak masak Nasi Baryani Gam yang  marveles, tapi rempah tak cukup.

Tak cukup ummph nya.

Dalam Ilmu Copywriting:

Tetap sama.

Tidak cukup bahan tentang sesuatu produk & pelanggan, menyebabkan kita buntu nak tulis apa.

Tak tahu nak mula. Kadang-kadang nak tulis baris pertama pun terkial-kial 😉

Titik Persamaan:

Tahu resepi. Tapi tak ada bahan-bahan, tak jadi apa-apa.

Tahu susun ayat power. Tapi tak cukup buat kajian.

Tetap tak jadi pape.

Penyelesaian:

Cari lah bahan. Cari lah ilmu. Tanya mentor anda.

Buat kajian. Kumpul dalam satu tempat. Supaya mudah nak dijadikan rujukan.

Bila dah cukup bahan, baru senang nak menulis iklan tersebut.

 

Akhir kata ..

Bila kita nak hasil yang bagus.

  • Jangan fokus pada hasil. Tapi fokus pada proses yang membuatkan ia bagus.
  • Hasil kita tak boleh kawal, sebab ia berkaitan rezeki.
  • Tapi proses kita boleh rekod & buatkan ia berhasil berkali-kali walaupun bukan kita yang buat.

Semoga perkongsian ini membuka minda anda.

Baca Juga: Bagaimana Nak Fahamkan Mindset Menjual Yang Sebenar?

Comments 9

Leave a Reply

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.