Bagaimana Nak Tulis Copywriting Yang Selamat Dari Kena Banned di Facebook?

Baru-baru ini, berita tentang akaun iklan kena flagged kembali lagi.

Bukan big player jer kena. Ramai juga peniaga online kecilan yang terkena tempiasnya. Lebih menyeramkan, akaun iklan mereka di flagged (banned, blocked) tanpa notis.

Dah la sales 90% dari Facebook Ads.

Berdasarkan pemerhatian kami di Team Fames, majoritinya disebabkan copywriting yang langgar polisi Facebook.

Disebabkan itu, Team Fames mengambil inisiatif & tanggungjawab, memberikan beberapa penyelesaian, untuk meredakan kegelisahan peniaga online di Facebook.

Pada hari ini, saya akan kongsikan, jenis-jenis copywriting yang selamat, untuk anda gunakan, ketika Facebook buat ‘Spot Check Policy’.

“Sekurangnya, ada 3 jenis ayat iklan, yang biasa Team Fames gunakan, untuk klien servis kami, dalam situasi darurat seperti ini” – Faris Osman, Copywriter.

Team Fames (FA Marketing Sdn Bhd): Syarikat yang jalankan servis Facebook Ads & tulis Copywriting untuk pemilik bisnes di Malaysia.

1) Jenis Softsell.

Cadangan saya yang pertama, jangan buat hardsell.

Sebaliknya kena biasakan – Softsell. Dalam bahasa mudahnya. ‘Ayat menjual yang tak nampak seperti menjual’. Copywriting jenis ini sesuai digunakan, ketika Facebook buat spot-check gila-gila.

Bahkan sekarang, kami di team fames pun sering gunakan style ini untuk beberapa iklan klien. Sebab ia nampak lebih friendly & lebih sosial.

Yela, kita kan beriklan di media sosial. Jadi iklan-iklan macam ini yang Facebook suka. Sebenarnya, ada banyak teknik ‘softsell’.

Cuma hari ini, saya hanya selitkan satu contoh agar anda mudah faham.

Contoh: Peniaga Produk Kesihatan Sakit Lutut.

Susunan ayat seperti: “Sakit lutut sembuh kurang 7 hari” <— Tidak digalakkan. Ia kelihatan seperti menjual secara direct.

Antara cara untuk softsell untuk niche ini, anda boleh mulakan dengan lafaz seperti;

“Alhamdulillah, hari ini saya dapat berita… bahawa Encik Ismail dah boleh berjalan … Saya jumpa dia dekat masjid tadi… kerusi lipat yg biasa dia guna tu, disandarkan di dinding … bla…bla..bla”

Ini contoh ayat santai yang saya gunakan:

Kata kunci: Kongsikan kesyukuran kita dapat bantu orang lain. Ayat seperti ini sebenarnya tetap memberikan mesej menjual. Cuma pembaca perasan atau tidak sahaja.

2) Jenis FAQ Produk.

Cadangan saya yang kedua, gunakan FAQ produk sebagai copywriting.

Untuk pengetahuan anda, kami di team fames sekarang ini, sedang giat perbanyakkan kempen iklan sebegini. Selain daripada terselamat dari risiko diflagged. Ia juga dilihat lebih ‘friendly’, responsif & disukai oleh pembaca.

FAQ – Frequently Asked Question (soalan yang biasa ditanya)

Dalam bank idea saya, terdapat banyak copywriting jenis ini untuk dilancarkan. Mari saya berikan satu contoh.

Contoh: Produk Kecantikan Kulit Muka.

Pada musim flagged, elakkan ayat seperti: “Muka anda kusam? Muka macam baru bangun tido!” <– Tak digalakkan.

Sebaliknya, gunakan soalan pelanggan sebagai bahan untuk kita berkongsi. Contohnya seperti;

“Apa cara selamat untuk muka tak nampak kusam?” <— contoh soalan prospek.

Kita hanya perlu jawab persoalan yang prospek sering tanya.

Kata kunci: Kita gunakan soalan yang biasa ditanya prospek, untuk dijadikan modal untuk kita berkongsi. Buat style ini 30 hari berturut-turut. Anda akan disukai & lebih dipercayai. Silap-silap ada orang panggil anda sifu. Hehehe 😉

3) Jenis Konten.

“More you tell, more you sell” – David Ogilvy, Lagenda Copywriter Antarabangsa.

Ini antara jenis copywriting yang saya suka guna & ia selamat.

Iklan jenis konten didapati begitu berpengaruh membangkitkan kesedaran manusia terhadap sesuatu perkara.

Antara benda yang anda boleh kongsikan adalah info yang prospek belum tahu tapi mereka patut tahu. Antaranya, konten yang dapat hapuskan kerisauan & kebingungan prospek dalam sesuatu perkara.

Contoh: Produk Pendidikan Kanak-kanak. (Khususnya Panduan Mengaji)

Bidang pendidikan ini luas.

Walaupun kita ajar mengaji, tak salah kita kongsikan tip yang berkaitan kanak-kanak kepada ibu bapa mereka. Ia sekali gus merapatkan hubungan kita dengan prospek.

Contoh tajuk konten yang anda boleh kongsikan;

“Cara untuk kuatkan ingatan anak sekolah rendah”.

Bila anda tulis konten, ibu bapa suka viralkan & klik butang share. Kongsikan 1-3 tip sahaja pun sudah cukup.

Bila ibu bapa dah suka dekat anda, jual apa pun akan menjadi mudah. Nak jual panduan mengaji boleh. Mainan kanak-kanak boleh. Al-quran digital boleh. Yang penting, buat orang suka dekat kita dulu.

Ini contoh konten yang saya suka guna:

Cuba teka, konten ini menarik siapa yang baca? 😉

Agak-agak selepas mereka baca & puas hati dengan cadangan yang saya kongsikan. Tiba-tiba akan datang saya keluarkan panduan khas menulis copywriting untuk produk kesihatan. Anda rasa, mereka akan beli atau tidak. Fikir-fikirkan.

Kata kunci: Gunakan konsep ‘Sharing before selling’. Tarik minat prospek untuk suka, apa yang kita kongsikan dulu. Kita kongsi 3 tip, di bahagian bawah kita tawarkan penyelesaian bagi mereka yang berminat belajar lebih.

Takde Idea Nak Tulis Konten Apa?

Terbaru – Dot Com Mastery (Panduan Buat Blog Yang Menjual)

Dalam panduan ini, cikgu saya Tuan Firdaus Azizi akan ajar anda. “Cara dapatkan idea untuk tulis konten yang prospek tengah cari.”

Bila kita tahu apa yang prospek cari, kemudian kita tawarkan apa yang mereka nak dengan guna produk/servis kita. Insyaallah, jualan lebih mudah terhasil.

Ramai orang ingat buat wobsite/blog (.com) ini mahal. Sebenarnya, boleh dapat bawah RM100 sahaja. Blog saya www.farisosman.com pun baru RM115/setahun. Tapi alhamdulillah ada jer jualan. 🙂

Saya tak paksa, tapi fikir-fikirkan masa depan bisnes anda.

“Menulis blog ini umpama bercucuk tanam, anda tanam ‘Artikel’ hari ini. 10 tahun lagi, orang masih boleh jumpa artikel anda secara percuma di Google. Siapa tanam cepat, dia dapat cepat.”

Comment 1

Leave a Reply

CommentLuv badge

Ebook - Bagaimana Nak Jual Apa Sahaja Produk Kepada Pelanggan Yang Spesifik?
Kalau saya bagi PERCUMA hari ini, anda nak?
Dimana saya nak hantar fail ebook ini?
Ebook - Bagaimana Nak Jual Apa Sahaja Produk Kepada Pelanggan Yang Spesifik?
Kalau saya bagi PERCUMA hari ini, anda nak?
Dimana saya nak hantar fail ebook ini?