Jangan Bersaing, Baca 5 Langkah Elak Persaingan!

Adakah persaingan itu umpama:
  • Bertarung di medan peperangan?
  • Mesti ada kalah & menang?
  • Mesti ada orang yang untung & rugi?

Jika sekarang, anda menjual produk atau servis yang ramai pesaing…

saya ada cara untuk selesaikan masalah anda. Saya ada idea bagaimana anda boleh elak bersaing & menang dalam persaingan?

Bunyi macam hype bukan?

Elak bersaing tapi menang dalam persaingan

Luangkan 5 minit & saya akan kongsikan caranya pada anda.

 

Peperangan-Syria-02

Sudah sedia?

Kita mulakan dengan definisi terlebih dahulu.

 1 – Apa Maksud Persaingan?

Persaingan dalam Bahasa yang mudah difahami bermaksud.

“Dua atau lebih kelompok yang serupa, berebut untuk mendapatkan pelanggan yang sama, dalam waktu yang sama, menggunakan pendekatan atau tempat yang sama”

persaingan-pasar

Disclaimer: Ini bukan definisi dewan bahasa pustaka.

Sengaja saya buat begitu.

Supaya kita lebih mudah nampak apa yang dimaksudkan dengan persaingan itu.

Kita mahukan kefahaman, bukan mahu hafal definisi sahaja.

Mari saya huraikan;

“(1) Dua atau lebih kelompok yang serupa…”

Maksudnya niche yang sama.

Pesaing jual produk A. Kita jual produk A.

Jual benda yang sama. Jenama yang sama. Design yang sama.

Harga yang sama.

Yang mana sekali pandang, orang tak nampak apa-apa perbezaan.

Situasi ini berlaku bila kita jadi agen/drophipper produk tertentu. Atau kita jadi agen affiliate produk orang lain.

Kiranya kita bersaing untuk satu jenis produk atau servis yang sama.

“(2) berebut untuk mendapatkan pelanggan yang sama..”

Bersaing untuk mendapatkan pelanggannya sama.

Kelompok yang sama.

Status yang sama. Identiti yang sama.

Minat & masalah pelanggan yang sama.

Situasi ini berlaku apabila kita jual produk kepada kelompok yang ramai orang target.

CTH: Cikgu.

Bila kita nampak cikgu ada potensi beli produk kita.

Semua target cikgu. Sampai rimas cikgu dengan kehadiran anda. 😉

“(3) dalam waktu yang sama…”

Buat pemasaran pada waktu yang sama macam orang lain buat.Orang promote pagi, kita promote pagi.

Orang promote malam, kita promote malam.

Orang buat promosi akhir bulan.

Kita pun buat juga.

“(4) menggunakan pendekatan yang sama.”

Maksudnya guna media yang sama.

Platform pemasaran yang sama. Saluran yang sama. Tempat yang sama.

Cara yang sama.

Pesaing guna Facebook, kita guna Facebook. Pesaing guna Google, kita guna Google.

Jadi bagaimana untuk elak persaingan?

Kita lihat poin nombor dua.

2 – Kenali Pesaing Anda.

0000037674Anda kena kenal betul-betul siapa pesaing anda.

Saya pernah terbaca sebuah cerita tentang kungfu.

Ada seorang sifu ni kata;

“Kalau nak kalahkan satu kungfu, anda kena tahu kungfu tersebut”

Hanya orang yang kenal sahaja tahu cara mengalahkannya.

Namun begitu, Sun Tzu pula berkata;

“Jalan terbaik dalam peperangan adalah jangan berperang”

Saya suka kata Lagenda Cina ini.

Elak berperang. Tak ada siapa yang mati. Tak ada siapa yang kalah & menang.

Hidup aman.

Ok sekarang ni, maknanya anda kenalah kenal pesaing anda.

Baru boleh elak persaingan.

“Bagaimana nak kenal seseorang itu pesaing atau bukan?”

Tengok balik definisi yang saya beri.

“Dua atau lebih kelompok yang serupa berebut untuk mendapatkan pelanggan yang sama dalam waktu yang sama menggunakan pendekatan yang sama”

Ada tak yang sama?

Maksudnya sekiranya sesuatu kelompok itu tidak sama pada salah satu pecahan definisi ini.

Mereka bukanlah pesaing kita.

Make sense bukan?

Kalau mereka tak sama dengan kita, mereka bukanlah pesaing kita.

Saya beri contoh.

Anda tahu Seven11?

Anda perasan ataupun tidak.

Sebenarnya Seven11 tak bersaing dengan Tesco, Giant, Mydin atau mana-mana pasar raya besar yang lain.

Nak tahu kenapa?

Sebab sekurang-kurangnya ada 2 pecahan definisi persaingan yang Seven11 tak sama dengan pasar raya besar yang lain;

1.    Masa Operasi.
2.    Pendekatan/Tempat.

Seven11 berurus niaga 24 jam.

Makna ia tidak bersaing secara langsung dengan pasar raya besar yang buka sehingga jam 10 malam.

Pendekatan Seven11 lebih kepada Mini Market setempat.

Sebuah kedai runcit premium yang hanya memerlukan rumah kedai untuk membuka cawangan.

Walaupun mungkin sasaran pelanggan mereka sama.

Setidak-tidaknya mereka mempunyai dua perbezaan, untuk mereka mengelak daripada persaingan secara langsung.

“Faris, Seven11 ada modal besar. Boleh lah. Kalau macam kita peniaga kecil, bagaimana nak buat?”

Mari lihat poin ketiga.

3 – Apa Yang Ada Pada Pesaing?

Ya, kita tetap kena kaji pesaing.

Kita kena tahu apa yang ada pada pesaing kita.

Ingat! Tak semua orang yang jual produk sama itu pesaing kita.

kunci-sukses-menghadapi-persaingan-300x218Mereka jual produk yang sama.

Tapi mungkin sasaran pelanggan mereka berbeza. Tempat mereka berniaga pun berbeza.

Nak tahu sama ataupun tidak, kita kena lah buat kajian.

Baca semula definisi persaingan yang saya berikan di atas.

Sebab itu kita kena faham definisi.

Barulah kita tahu cara untuk elak persaingan;

1.    Kena kena catit siapa pesaing kita. (Download Checklist Ini)
2.    Kena kena catit 4 pecahan definisi yang saya sebutkan.

Gambar Ecover

Apa 4 pecahan itu?

“Dua atau lebih kelompok yang serupa, berebut untuk mendapatkan pelanggan yang sama, dalam waktu yang sama, menggunakan pendekatan yang sama”

  • Adakah mereka jual produk yang sama? Atau mereka menjual produk/servis yang sama niche dengan kita?
  • Adakah mereka mensasarkan pelanggan yang sama seperti kita?
  • Adakah mereka buat pada waktu yang sama?
  • Adakah mereka gunakan pendekatan/platform/tawaran yang sama macam kita?

Sekiranya anda belum mahir kenali pesaing anda.

Jangan panik. Buat pelan-pelan.

Senaraikan soalan-soalan itu dalam kertas A4. Dan buat kajian hari-hari.

Anda juga boleh gunakan checklist ini untuk rujukan.

Anda tanya sahaja 4 soalan di atas kepada setiap produk/servis yang anda jual.

Selepas anda dapatkan semua butiran ini.

Anda lihat poin keempat.

4 – Apa Kelebihan Pesaing?

spy-gamesYa, kelebihan mereka.

Daripada 4 pecahan yang anda lihat & dapat.

Apa kelebihan mereka?

Apa yang mereka tawarkan yang anda tak mampu nak beri?

Contohnya;

“Kalau mereka ada staf yang buka tempahan 24 jam. Maka anda catit, ok kelebihan mereka dekat masa operasi”

Begitu juga dengan situasi di bawah ini;

“Jika ada benda yang mereka tawarkan yang anda rasa susah untuk ditunaikan. Maka catit tawaran yang mereka berikan”

Begitulah seterusnya.

Untuk permulaan ini, anda kaji 3 pesaing sahaja dulu.

Kerja ni nampak macam leceh, tapi benda inilah yang saya lakukan sebagai copywriter.

Alhamdulillah, ia sangat membantu saya menulis ayat pemasaran.

Anda dah tahu benda ini, insyaallah pemasaran yang anda lakukan menjadi lebih mudah.

Ok, kemudian apa yang anda perlu buat?

5 – Apa Kekurangan Yang Kita Boleh Isi?

Selepas anda tahu apa kelebihan mereka.

“Secara tidak langsung, sebenarnya akan akan nampak apa kelemahan yang mereka tak perasan atau tak mampu tunaikan.”

tips-menghadapi-persaingan1Pasti ada, insyaallah.

Sebesar mana pun sebuah syarikat. Pasti akan ada kekurangan yang mereka tak boleh tampung.

CTH: Mcdonald.

Mcdonald antara syarikat yang terbesar di dunia.

Mereka kumpul billion dolar setahun.

Menurut Neil Patel, seorang International Strategist Business mengatakan, jumlah jualan terkumpul Mcdonald pada tahun 2014 adalah 27 billion;

 

 

Namun begitu, Mcdonald tetap ada kekurangannya.

Tak semua orang akan makan burger Mcdonald. Dan Mcdonald pun tahu benda ni.

“Dia tak akan mampu penuhi hasrat semua orang”

Anda dah tahu definisi persaingan kan?

Jadi saya ada soalan nak tanya;

Anda pernah lihat orang jual Burger tepi jalan?

“Anda rasa mereka tu bersaing dengan Mcdonald ke tidak?”

Anda mungkin jawab, mereka bersaing kot. 😉

Ya, secara tersurat memang nampak macam bersaing, tetapi sebenarnya tidak.

Kenapa saya berkata sedemikian?

  • Mereka memang dalam niche yang sama. Tapi burger mereka berbeza.
  • Sasaran pelanggan mereka berbeza.
  • Pendekatan mereka juga berbeza.
  • Tempat jualan mereka pun berbeza.

Sentiasa cari kekurangan pesaing kita.

Jadi, jangan takut apabila anda rasa ramai orang bersaing dengan anda.

Persaingan menunjukkan niche atau industri itu ada permintaan.

Kajilah elok-elok apa kekurangan mereka.

Apabila anda dah tahu kekurangan mereka, maka anda masuklah untuk penuhi kekurangan tersebut.

Sebenarnya syarikat-syarikat besar ni pun sedar mereka anda kekurangan.

Tapi nak buat macamana, susah mereka tutup semua kekurangan tu.

Penutup

Nasihat pertama saya.

Buatlah kajian serba sedikit tentang niche anda.

Ini sebahagian kajian yang saya biasa buat sebelum saya mula menulis iklan.

Mula-mula jer anda akan rasa susahnya.

Lama kelamaan, ia akan lebih mudah untuk dilakukan.

Nasihat kedua saya,

Jika anda tidak mahu persaingan. Jangan bersaing! 😉

Jangan bersaing tak bermaksud anda jual benda yang orang lain tak jual.

Mesti ada sebab orang lain tak jual benda tu.

Mungkin juga sebab benda tu tiada permintaan… hehe

Sentiasa ingat;

“Bila ada persaingan, itu menunjukkan adanya permintaan”

Oleh itu, jangan takut dengan persaingan.

Persaingan hanya akan wujud apabila kita sama dengan orang lain.

Saya harap artikel ini membantu anda untuk kekal lama dalam industri ini.

Jika anda rasa artikel ini bermanfaat untuk anda.

Boleh bantu saya?

Saya jemput anda untuk download checklist ini & sebarkan dekat rakan usahawan lain.

Tak perlu takut untuk sebarkan ilmu.

Semakin anda sebar, semakin ramai orang sayang anda.

Cara nak sebar hanya klik share disebelah kiri laman ini.

Ya, itu sahaja.

Silap-silap pesaing anda terbuka hati nak JV dengan anda.

Bukankah itu rezeki?

Jika anda ada sebarang komen atau cadangan tentang artikel ini.

Boleh komen di bawah ya. Jumpa di artikel lain. 😉

Jaga diri elok-elok!

Leave a Reply

CommentLuv badge

Ebook - Bagaimana Nak Jual Apa Sahaja Produk Kepada Pelanggan Yang Spesifik?
Kalau saya bagi PERCUMA hari ini, anda nak?
Dimana saya nak hantar fail ebook ini?
Ebook - Bagaimana Nak Jual Apa Sahaja Produk Kepada Pelanggan Yang Spesifik?
Kalau saya bagi PERCUMA hari ini, anda nak?
Dimana saya nak hantar fail ebook ini?