Bagaimana Nak Follow-Up Prospek Tanpa Mereka Sedar?

Bagaimana Nak Follow-Up Cara Senyap | Sebagai peniaga, kita taknak lah orang rasa annoying dengan kita. Asal nampak mesej kita, rasa macam nak delete je.

Jadi pada artikel kali ini, saya akan dedahkan. Apa saya buat. Dan bagaimana perkara ini terjadi. Paling best, merekaΒ nampak offer kita, tanpa kita beritahu mereka dekat ruangan mesej.

Saya namakannya sebagai Retargeting Percuma.

Bunyinya menarik-kan? Tapi sebelum saya cerita apa saya buat. Saya nak pastikan anda tahu apa maksud retargeting ini.

Retargeting adalah kita target balik orang yang minat dengan produk kita.

Cara ini berjaya, selagi mana Facebook tak ubah algorithm mereka. Jika sudah berubah, maka teknik ini kurang berkesan. Jadi, apa perlu buat sekarang?

1. Mesti ada akaun Facebook.

Haruslah ada. Jika tiada, boleh buat akaun Facebook dulu. Ok, dah buat? Berjaya step pertama.

2. Dah tahu siapa yang minat produk.

Teknik ini sesuai untuk prospek yang ada Facebook sahaja. Dan paling penting, mereka ini telah berminat dengan produk kita. Cara nak test mereka minat adalah;

  • Mereka pernah menyatakan hasrat nak beli produk kita.
  • Mereka pernah komen ‘pm’ di komen kita.
  • Mereka pernah beli, produk kita sebelum ini.

3. Add mereka sebagai Friend anda.

Ini penting. Apabila prospek dah menyatakan minat. Wajib add mereka sebagai kawan di Facebook. Jika Friend List kita sudah cecah 5000 orang. Buka akaun baru atau unfriend mereka yang tak aktif.

4. Like, komen atau Share status mereka.

Inilah rahsia saya. Bila saya dah tahu mereka minat. Dalam masa sama, saya nak mereka baca tawaran saya. Saya akan pergi ke wall mereka dan like status, komen atau share terus benda yang bermanfaat mereka kongsikan.

Anda mesti ingat. Apabila kita nak pujuk seseorang. Kita mesti buat, benda yang dia suka. Soalan saya adalah;

“Sebelum seseorang update status. Apakah harapan biasa yang mereka inginkan?”

Haa, bijak. Mereka nak status mereka dapat like, komen & share yang banyak. Tak semua orang. Cuma kebanyakkan yang ada di Facebook ini bersifat macamtu. πŸ™‚

5. Buat ketika mereka online.

Sebelum kita like atau komen. Pastikan mereka sedang online. Nak cek senang sahaja. Pergi di ruangan Chat. Lihat ada tak nama mereka. Jika tak ada, cek wall mereka. Post terakhir mereka update bila.

Jika setakat 2-3 minit. Kemungkinan, mereka masih lagi online.

6. Lakukan ketika musim gaji.

Buat tawaran ketika musim orang berduit. Elakkan ketika mereka sesak dengan duit. Insya-allah, jika mereka berminat. Dalam masa sama, mereka mampu. Mereka pasti akan beli. πŸ™‚

7. Selamat mencuba.

Sebelum mencuba, mesti anda tertanya-tanya. Kenapa kita mesti like, komen & share status mereka? Baiklah, saya sengaja letakkan ia di poin yang terakhir, agar anda baca sehingga sini.

Sebabnya adalah;

“Facebook punya aturan setakat bulan Disember 2014. Mereka akan keluarkan status di wall seseorang. Sekiranya orang tersebut paling banyak engagement dengan dia”

Engagement di Facebook adalah Like, Komen & Share.

Siapa kerap like komen seseorang. Maka, status dia akan muncul kerap juga di wall Facebook orang yang dia like. Setakat ini dahulu. Jika nak belajar lebih, daftar percuma di ruangan bawah ini. πŸ™‚ Jumpa lagi.

Comments 8

  1. Siti noriah ismail
  2. Siti noriah ismail

Leave a Reply

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.