Siapa Pelanggan Ideal Untuk Produk Kita?

Pernah buat ayat iklan di FB, IG atau Flyer?

Macamana responnya? Ok ke KO. Kalau kurang aummm. Ini penyelesaiannya….

Cara sebenar bagaimana nak dapat jualan yang pantas daripada sebuah kempen pengiklanan?

Guna sahaja formula asas bisnes yang ramai bisnesman guna.

Pertama, mari saya berikan formulanya dulu;

Formula #1:

“Product Quality + Audience Targeted + Irresistible Offer = Sale Osemm! (PAI)

Ia juga boleh diterbalikkan seperti ini;

Formula #2:

“Audience Targeted + Product Quality + Irresistible Offer = Sale Osemm! (API)

1.0 – Apa beza antara dua formula ini & untuk siapa?

Formula #1 – untuk orang yang sudah ada produk.

Formula #2 – untuk orang yang belum ada produk.

 

(Al-kisah disebalik artikel ini…)

Saya menjalankan servis penulisan ayat iklan.

Sesetengah klien servis saya, mereka sudah ada produk.

Manakala sesetengah yang lain, masih lagi tercari-cari produk untuk diniagakan.

Itulah sebabnya saya asingkan 2 formula ini.

 

1

 

Untuk memudahkan kefahaman anda.

Saya bahagikan artikel ini kepada 2:

  1. Pembaca yang sudah ada produk.
  2. Pembaca yang belum ada produk.

Bagi pembaca yang sudah ada produk, saya saran guna Formula #1:

(Tak perlu scroll ke atas. Ini saya salin semula)

“Product Quality + Audience Targeted + Irresistible Offer = Sale Osemm! (PAI)

Perhatian bagi yang dah ada produk!

Fahamkan betul-betul apa yang nak disampaikan ini:

>>> Product Quality

Bagi yang dah ada produk.

Kebiasaannya saya akan minta mereka tentukan dimana kualiti produk tersebut.

Soalan yang selalu ajukan seperti berikut:

  • Apa 1 manfaat besar produk ini boleh selesaikan?
  • Ada sesiapa yang pernah guna? Ada sesiapa pernah beli?
  • Bagaimana respon mereka, berkesan atau tidak? Puas hati atau tidak?

Jika jawapannya, ya.

Maka, prosesnya mudah.

Kita hanya perlu ambil salah satu manfaat utama produk tersebut untuk dijadikan bahan pengiklanan.

Jika jawapannya, tidak.

Mereka kena fikir semula masak-masak.

Nak teruskan dengan produk tersebut atau tidak?

Sebab, kualiti sebuah produk memberi pengaruh besar kestabilan sebuah perniagaan.

Produk kualiti akan ‘menjual’ dirinya sendiri. 🙂

Kita teruskan lagi…

>>> Audience Targeted.

Bila kita dah tentukan satu manfaat produk.

Kemudian tanya;

“Siapa yang perlukan manfaat produk aku ni?”

Setiap produk ada pembelinya tersendiri.

Cuma kita kena pandai tonjolkan kualiti produk kepada audience yang betul-betul mahukannya.

Senang cerita, kena pandai sesuaikan manfaat produk dengan audience yang targeted.

Contoh: Jual Power Bank

Power bank ada banyak jenis:

  1. Ada yang kecik.
  2. Ada yang tahan lama.
  3. Ada yang boleh caj banyak kali.
  4. Ada yang jenamanya terkenal.
  5. Ada yang ada lampu suluh.

Tugas kita, pilih satu manfaat utama produk tersebut & senaraikan prospek yang mungkin berminat.

Contoh manfaat yang dipilih: Boleh caj banyak kali.

Tugas kita seterusnya adalah fikir secara logik dahulu.

Siapa yang sangat perlukan manfaat >>> ‘boleh banyak kali caj’:

  1. Orang yang suka travel jauh.
  2. Orang yang selalu masuk hutan.
  3. Orang yang berkeluarga, boleh kongsi power bank.

Sentiasa buat research untuk mencari audience targeted untuk produk kita.

Bila dah settle part ni.

Barulah fikir tentang tawaran.

>>> Irresistible Offer.

Cara paling mudah buat tawaran adalah tanya mereka terus:

  • Apa yang mereka nak kita tawarkan?
  • Apa yang boleh menghilangkan kerisauan mereka beli dari kita?
  • Apa yang menghalang mereka dari terus beli?

Kita memang dah ada produk yang berkualiti.

Tapi, itu tak menjanjikan orang akan beli daripada kita.

Apa yang membezakan kita dengan orang lain adalah ‘Irresistible Offer’.

Tawaran yang sukar ditolak.

Mungkin satu hari nanti, saya akan kupas bahagian ini sahaja.

Namun untuk hari ini, kata-kunci untuk buat tawaran yang sukar ditolak adalah dengan tanya mereka:

  • Apa yang mereka nak kita tawarkan?
  • Apa yang boleh menghilangkan kerisauan mereka beli dari kita?
  • Apa yang menghalang mereka dari terus beli dari kita?

 


 

Sekarang masuk bahagian kedua.

Khas untuk mereka yang belum ada produk.

Saya saran guna Formula #2:

#F2: “Audience Targeted + Product Quality + Irresistible Offer = Sale Osemm! (API)

Jika sebelum ini kita bermula dengan kualiti produk.

Bagi yang belum ada produk, saya tak sarankan anda cari produk dulu.

Sebaliknya, anda wajib kenal dulu siapa yang anda nak bantu?

>>> Audience Targeted.

Anda mungkin terfikir:

  • Macam mana aku nak tentukan siapa yang aku nak bantu?
  • Produk pun belum ada lagi.
  • Nak jual dekat siapa?

Jangan gelabah.

Rilek. 🙂

Dunia bisnes muncul disebabkan masalah.

 

air asia

Contoh: Air Asia buat bisnes disebabkan nak bantu orang yang teringin naik kapal terbang tapi tak mampu.

Untuk pengetahuan tuan-puan,

setiap produk yang dicipta di dunia ini adalah untuk membantu selesaikan masalah.

Jadi, kita kena sentiasa lihat persekitaran kita & berfikir:

  1. Apa masalah yang sedang berlaku sekarang?
  2. Apa yang aku boleh bantu untuk selesaikan masalah ni?
  3. Produk apa yang aku kena cari untuk bantu mereka ni?

Dah jumpa masalah yang kita rasa boleh bantu.

Baru cari penyelesaiannya dengan mencari produk yang berkualiti.

Banyak jer produk yang berkualiti di pasaran.

Tinggal nak pilih sahaja.

Masalah kita gagal mengkaji pasaran. Apa yang pasaran nak.

Bila anda sudah ada senarai orang yang mahukan penyelesaian tersebut.

Barulah anda cari & dapatkan produk yang berkualiti.

Bagaimana nak cari produk yang berkualiti?

>>> Product Quality.

Dengan bertanya.

Banyak sebenarnya produk yang berkualiti.

Cuma apa yang kita perlu pastikan adalah;

“Sesuaikan kualiti produk dengan senarai prospek yang kita ada?”

Ironinya, bila timbul satu masalah.

Sebenarnya, orang yang bermasalah ada banyak pilihan penyelesaian.

Contoh: Pesakit Demam Panas:

  • Kemana mereka pergi?
  • Klinik… farmasi… sin sey ubat cina.. hospital … dukun kampung.
  • Ini adalah pilihan yang mereka ada.

Yang mana mereka rasa lebih berkualiti, yang itu mereka akan pilih untuk pergi.

Kualiti perlu disertanya dengan bukti. (testimoni)

Semakin bagus anda menerangkan nilai, semakin mudah mereka beli dari anda.

Boleh faham ke konsep yang saya berikan ni?

  • Dapatkan prospek dahulu.
  • Kemudian baru cari & produk.

(tak faham boleh tanya ruangan komen di bawah) 🙂

Dah settle bab ini, baru fikir apa tawaran aku nak bagi?

Bukan sebarangan tawaran, tetapi tawaran yang …

>> Irresistible Offer.

Tawaran yang sukar di tolak.

Untuk memudahkan kefahaman, saya ambil contoh sebelum ini.

Contoh: Pesakit Demam Panas.

Apa tawaran yang kita nak bagi dekat mereka?

Cuba tuan-puan fikir, apa yang mereka inginkan apabila mereka sakit demam panas?

Susahkan nak fikir.

Sebab kita tak demam panas.

Jadi ambik masa tanya orang yang ada pengalaman demam panas.

Orang demam panas ni dalam otak dia fikir nak cepat sembuh jer.

Jadi tawarkan elemen ‘cepat sembuh’.

Masa tu, dia tak fikir lagi dah pasal harga.

Yang penting cepat sembuh.

Jika kita boleh buktikan produk kita boleh redakan sakit demam panas dengan segera.

Insyaallah, mudah untuk mereka beli.

Asas membina tawaran yang sukar di tolak adalah;

“Bertanya, bukan rasa-rasa”

2.0 – Kenapa saya bahagikan artikel saya kepada dua?

Kalau saya diberi pilihan.

Saya tak nak asingkan.

Saya akan pilih formula Formula #2 untuk semua orang yang nak berniaga.

Namun, kadang-kala klien yang datang ni.

Mereka dah ada produk sendiri. Dan terlampau cintakan produk ciptaan mereka. Nak buat macamana. Produk dah banyak dekat rumah.

Jadi, atas dasar itu.

Saya buat inisiatif untuk asingkan formula ini kepada 2 bahagian.

Saya berdoa agar setiap produk mereka laku terjual. Selagi mana ia membantu selesaikan masalah.

Amin.

3.0 – Jangan lupa untuk validate idea bisnes kita!

Kita sebagai orang yang baru nak mula berniaga,

kena tahu sesuatu produk itu ada permintaan atau tidak?

Atau nama lainnya adalah >>>> Validation.

Validate ni penting supaya kita tak rugi banyak.

Saya belajar validate ini masa tahun lepas dengan Tn Faisal Abdullah.

Rasanya setiap tahun dia ada buat seminar tentang validate ni:

  • Nasihat saya, jika anda belum ada idea nak berniaga apa?
  • Atau anda dah ada idea tapi tak tahu cara nak jual produk di online?

Saya berani rekemen untuk anda hadir seminar ni.

Ia bukan seminar preview.

Ia full chapter untuk jana RM2000 dalam masa 48 jam.

Saya sempat catit 3 poin penting pada seminar tahun lepas: Apa 3 nasihat bisnes tn Faisal Abdullah kepada saya dalam seminar tahun lepas?

Harga tiket tak mahal.

Lebih berbaloi berbanding ilmu yang dia akan ajar anda.

Kalau anda minta saya nak ajar satu-per-satu, anda bayar saya RM700 pun saya tak sanggup. Banyak part kena cover untuk anda nampak, faham & hadam.

Butiran ringkas seminar:

  • Belajar jana income pertama RM2000 sebulan.
  • 9 Pagi sampai 10 malam.
  • Boleh pilih lokasi mana yang dekat.

Bisnes anda boleh bermula dalam 48 jam TANPA:

  • Tanpa perlu belanja iklan seperti FB Ads
  • Tanpa perlu belajar teknik online marketing yang PENING, LAMBAT dan COMPLICATED
  • Tanpa perlu ada produk atau servis

Insyaallah, tak rugi.

Saya sendiri dah untung berlipat kali ganda dengan ilmu yang beliau kongsikan.

Jika rasa nak join & sanggup lapangkan diri belajar. Ini link nya.

Comments 14

  1. amm yna

Leave a Reply

CommentLuv badge

Ebook - Bagaimana Nak Jual Apa Sahaja Produk Kepada Pelanggan Yang Spesifik?
Kalau saya bagi PERCUMA hari ini, anda nak?
Dimana saya nak hantar fail ebook ini?
Ebook - Bagaimana Nak Jual Apa Sahaja Produk Kepada Pelanggan Yang Spesifik?
Kalau saya bagi PERCUMA hari ini, anda nak?
Dimana saya nak hantar fail ebook ini?