Bagaimana Naikkan Sales Minimum 30% Dengan ‘Aset’ Syarikat?

Pernah tak anda terima mesej seperti di bawah?

“RM0 Nikmati Hi-Speed Internet di telefon pintar anda dgn Xpax! Dptkan 500 MB – RM10/mggu Htr NET10 atau NET30 ke 28882. Ikhlas Celcom: 1111”

Ya, itu adalah mesej daripada Celcom.

Setiap minggu hantar mesej.

Walaupun kita tak reply mesej tersebut, kenapa mereka tetap hantar secara konsisten?

Sebab mereka tahu ‘Aset’ terbesar sebuah syarikat adalah pelanggan sedia ada

Buktinya …

Tahun lepas sahaja mereka jana keuntungan billion ringgit dengan cara ini …

Shazalli (tengah) bersama Ketua Pegawai Kewangan Celcom, Christopher Tiffin (kanan) dan Timbalan Ketua Pegawai Kewangan Celcom, Jennifer Chui Fen Wong sewaktu umum keuntungan Celcom RM2.4 billion. (Sumber: Sinar Harian)

Shazalli (tengah) bersama Ketua Pegawai Kewangan Celcom, Christopher Tiffin (kanan) dan Timbalan Ketua Pegawai Kewangan Celcom, Jennifer Chui Fen Wong sewaktu umum keuntungan Celcom RM2.4 billion. (Sumber: Sinar Harian)

 

Persoalannya kenapa kita tak buat …

Sebab kita lebih suka benda-benda fancy (software, website canggih, design meletop, dll)

Kajian daripada Forbes & Linkedin mendapati …

Rujukan: How Much Does It Really Cost You To Get A New Customer?

Kos mendapatkan pelanggan baru pada zaman ini 4x ke 10x ganda lagi mahal.

Untuk dapatkan pelanggan baru, anda kena ambil kira kos pemasaran & kos per jualan setiap unit produk.

Contoh: Produk anda berharga RM100

  • Margin untung – Rm50.
  • Kos pemasaran – RM20
  • Kos per jualan – RM10

Jadi jumlah kos untuk anda mendapatkan pelanggan baru maksimum adalah RM30/pelanggan.

Pada tahun 2013-2014.

Dengan kos pemasaran RM20, anda boleh beritahu Facebook supaya paparkan iklan dekat 3000 orang.

Jika copywriting & targeting anda menemui sasaran.

Daripada 3000, kebiasaanya hanya 5%-10% akan klik untuk baca sampai habis. (150 orang)

Biasanya 10% akan whatsapp (15 orang)

Daripada 15 yang Whatsapp, kalau Closing Rate anda bagus atas 30% maka 5 orang akan beli.

Kos per pelanggan baru anda adalah RM4/pembeli. (RM20/5)

Ini situasi pada tahun 2013-2014.

Pada tahun 2016.

Facebook dah tak seindah dulu.

Jangan terkejut jika RM20 yang anda laburkan, hanya 900-1200 orang sahaja yang lihat.

Jika prestasi anda sama seperti tahun 2013-2014. Namun, hasil akhirnya tetap akan jadi lebih mahal.

Paling rendah anda boleh dapat RM15/pembeli.

(3 kali ganda lagi mahal daripada tahun 2013-2014)

Zaman dah berubah.

Baru perasan benda ini berlaku? Tahniah! Anda belum terlambat untuk mengubahnya.

Sekurangnya ada 3 benda yang anda kena semak semula:

  1. Margin keuntungan untuk seunit produk.
  2. Kos pemasaran yang diperuntukan.
  3. Kos per unit jualan.

Berita yang mengejutkan…

Dalam satu produk, ada kos-kos tersembunyi yang anda mungkin tidak perasan.

  • Kos pemasaran.
  • Kos produk.
  • Kos overhead.
  • Kos operasi.

Kos-kos ini jika anda tidak kira dengan teliti.

Ia akan ‘memakan’ margin untung anda.

Margin makin kecik. Silap hari bulan, kos melebihi margin. Bukan tiada untung, malah rugi lagi.

Apa petandanya awalnya …

Anda rasa macam dah jual banyak pada bulan tu.BR

Tapi untung tidak nampak. Bila kira-kira duit dalam simpanan tinggal sedikit jer.

Jangan pelik. Jangan tuduh jin songlap duit. Jangan tuduh orang hantar toyol.

Sebab biasanya kesilapan itu pada ketidak perasan kita kira margin produk.

Menurut Tuan Bukhari Ramli, pengasas BRC Marketing Strategist;

“95% pemilik bisnes di Malaysia yang rasa untung sebenarnya rugi selepas tolak kos yang tersembunyi. Ada yang rasa 50% margin untung. Lepas kira-kira rupanya tinggal 2% sahaja keuntungan”

Ada seorang akak tu menangis kerana baru tahu benda ni.

Bayangkan selama 2 tahun, dia ingat untung RM50 per jualan. Rupa-rupanya lepas kira, dia hanya untung RM2.

Tak ke meroyan dia..

Kos masa & tenaga dia hanya RM2. (jadi berhati-hati lah ya)

Kadang-kala Allah ajar kita dengan melihat kesilapan rakan kita terdahulu.

Usah diulangi kesilapan itu.

Apa nasihat saya?

  • Pergilah belajar kira margin & kos mendapatkan pelangan.
  • Jaga pelanggan lama kita sebaiknya.
  • Sentiasa follow up mereka.

Kita sebenarnya boleh naikkan jualan 30% dengan follow up.

Macam syarikat-syarikat besar seperti Celcom, Digi & Maxis lakukan. Tak perlu alat canggih pun. Guna Whatsapp pun boleh.

Tapi sebelum follow up, pastikan keuntungan kita berbaloi. Baru rasa seronok nak follow up.

 

Nak belajar secara terperinci cara kira margin & kos yang tersembunyi?

Jom Hadir Kelas Kalkulator Bisnes (26 Nov 2016)

Saya tak kisah pun dapat komisyen ke tidak. Asalkan anda hadir. Anda puas hati. Itu sudah cukup menggembirakan saya.

Jumpa anda disana. Insyaallah.

 

Comments 2

  1. Rahi mohamed

Leave a Reply

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.