Cara Dapatkan Kos Iklan Yang Optimum

Berapa kos iklan anda sekarang?

  • RM100 sehari.
  • RM1000 sehari.
  • RM20000 sehari.

Soalan saya kepada anda.

Adakah anda yakin, kos iklan yang anda laburkan itu berbaloi dengan keuntungan yang anda dapat? Atau memang anda tak pernah kira? Memang selama ini main hentam jer?

Bila sampai hujung bulan. Lepas kira-kira semua. Untung yang mula-mula nampak banyak. Tiba-tiba sedikit jer yang tinggal.

Sebenarnya itu salah satu tanda. Kos iklan yang dilaburkan itu belum cukup di ‘Optimize’ sebaik mungkin.

Namun anda jangan risau, sebab dalam artikel ini. Memang akan didedahkan cara untuk mengatasinya.

Untuk penerangan yang lebih padu.

Saya jemput yang lebih pakar untuk terang, iaitu Tuan Firdaus Azizi (Facebook Marketing Expert) untuk kongsikan tip, bagaimana beliau boleh dapat kos iklan yang optimum, untuk setiap produk & kelas yang beliau anjurkan.

  • Kenapa beliau tak kisah spend besar untuk iklan?
  • Apa mindset asas beliau bila cerita tentang kos iklan?
  • Bagaimana cara beliau optimize iklan menggunakan data?

Dengan segala hormatnya, dipersilakan …

Beliau mulakan perkongsian dengan satu soalan …

Apa tujuan kita buat iklan?

Ada yang kata:

  • Nak dapat kos iklan 0.001 sen.
  • Nak dapatkan banyak like & viral.
  • Nak banyak orang komen ‘PM’

Tapi adakah itu sebenarnya tujuan kita buat iklan? Atau kita sebenarnya dah terlupa tujuan asal kita beriklan. Nak tahu lebih lanjut, baca cerita tuan Firdaus di bawah ini.

Masa mula-mula buat bisnes online dulu, saya selalu rasa pelik.

  • Pelik tengok sifu-sifu online buat duit guna FB Ads.
  • Macam mana mereka dapat kos iklan yang murah?

Saya cuba cari apakah rahsia mereka.

Setahun saya buat ads, tapi tak pernah pun dapat kos ads yang murah macam sifu-sifu ni dapat. Ditakdirkan suatu hari, saya berpeluang untuk belajar dengan se0rang sifu X dalam FB Ads.

Pesanan sifu ini yang mengubah cara beliau berfikir …

Apa pesanan Sifu X kepada Tuan Firdaus Azizi?

Saya tanya dia:

“Sifu X, macam mana nak dapat kos iklan yang  murah?”

Sifu tu jawab:

  • “Kau nak ads murah ke, kau nak sale (jualan)?
  • “Kalau kos murah sale takde, okay tak?”

Teruk jugak otak saya kena sental dengan sifu tu.

Tapi, selepas sesi sental otak, sifu tu akhirnya share juga… macam mana cara nak dapatkan kos yang optimum.

Dan pada hari ini, saya pula sampaikan pesanan itu kepada anda.

Sebenarnya …

Tujuan utama kita buat iklan adalah untuk:

  • Dapatkan jualan.
  • Dapatkan pelanggan.
  • Dapatkan kos iklan yang optimum. (bukan murah)

Ya! kos iklan yang optimum bukan kos murah.

Apa maksud optimum?

Kos yang paling minima untuk mendapatkan pulangan yang paling berbaloi.

Tapi macamana nak kira? Adakah semua bisnes sama kos optimumnya?

  1. Lihat gambar di bawah.
  2. Fokus kita nak cari ‘Titik Warna Oren’ tu.
  3. Macamana? Nanti kita cerita.

 

Cara Kira Kos Iklan

Beliau sambung bercerita.

Contoh jual tanah.

Sekali jual pun komisyen ribu-riban.

Takkan la expect nak cost per engagement RM 0.001 dan spend RM 10 jer sehari.

Maksud beliau,

Kalau jual hartanah. Sekali jual, untung beribu ringgit. Takkan lah hanya sanggup keluar RM10 jer semata-mata nak dapatkan kos murah.

Cuba bayangkan macam ni:

Kalau kos iklan RM10 per komen, dapat 1 pelanggan beli rumah. Untung RM30,000. Tak kan lah, tak berani nak belanja lebih untuk kos iklan/pemasaran.

Biar pun kos iklan kita mahal 10x ganda. Tapi untung kita masih lagi positif.

Kenapa perlu takut?

Ingat ini:

“Siapa berani belanja tinggi (kos pemasaran/iklan) untuk dapatkan pelanggan, dia menang” – Ryan Diess, Digital Marketer.

Disclaimer: Dengan syarat ada ilmu la. Letak bajet RM10000 sehari. Tapi tak dapat track data. Itu mencari nahas namanya. hehehehe 😉

Sebenarnya tiada isu nak dapat kos iklan murah.

Ironinya, kita hanya akan cari kos iklan murah .. jika kita tak tahu nak baca data & ukur keberkesanan kempen iklan yang kita lancarkan.

Poinnya, kita tak tahu iklan ini untung atau tidak? Sebab itu kita kejar kos iklan murah.

Apa yang kita nak sebenarnya – Kos iklan yang optimum.

Bagaimana Tuan Firdaus Optimumkan Kos Iklan Beliau?

Jawapan beliau ini mungkin ramai dah tahu (tahu istilah). Tapi tak ramai yang buat dengan betul-betul berjaya.

Beliau sambung bercerita …

Untuk dapatkan kos ads yang optimum, anda kena selalu buat split test. Kemudian kena optimize dengan ROI (Keuntungan dari setiap RM1 yang dilaburkan).

Itulah rahsia nak dapatkan kos ads yang cun;

  • Buat split test
  • Optimization.

Tu jer rahsianya.

 

Persoalan baru timbul.

Apa itu split test?

Split Test – Satu proses untuk kita mengukur jenis kempen iklan yang macamana lebih menguntungkan dengan bajet iklan yang sama.

(Lihat gambar di bawah untuk fahamkan Split Test dengan mudah)

Kita buat kempen A, B & C. Untuk kita tahu, kempen yang mana satu membawa pulangan yang besar dalam bisnes kita. Itulah ringkasan mudah proses Split Testing.

cc: Insain Solution

cc: Insain Solution (lihat gambar sebagai rujukan)

Bagaimana caranya?

  1. Kita akan buat 2-3 iklan dengan objektif yang sama.
  2. Ubah beberapa benda untuk lihat hasil yang berbeza.
  3. Launch iklan & lihat data yang di berikan.
  4. Iklan yang paling berbaloi diteruskan atau ditambah bajet.
  5. Iklan yang kurang berbaloi dihentikan.

Proses ini akan berterusan sehingga kita jumpa satu iklan yang dinamakan “Winning Ads”. Barulah kita tahu berapakah kos iklan yang optimum untuk produk/servis kita.

Ada tak risiko semasa buat proses split test?

Jawapan ringkas, ada risiko.

  1. Jika anda tidak tahu apa yang perlu di’test’. Ia akan merugikan masa & duit anda. Sebab itu kena tentukan siap-siap apa yang kita nak TEST?
  2. Jika anda tidak tahu cara membaca data. Ia akan merugikan duit iklan yang banyak. Sebab, dalam banyak-banyak iklan. Kebiasaanya hanya ada 10%-20% sahaja yang betul berjaya.
  3. Jika anda tidak membahagikan bajet iklan dengan sekata. Anda tidak akan dapat hasil data yang adil. Jadi proses Split Test & Optimization tidak akan membantu pun sebenarnya.

Jadi berhati-hati ketika buat split test.

  • Ia boleh menggandakan jualan anda 3x-5x ganda ROI/untung.
  • Dalam masa sama, ia boleh merugikan ribuan ringgit kos iklan.
  • Jika anda tidak membuatnya dengan betul & sistematik.

Sekian perkongsian daripada saya tentang ‘Cara Dapatkan Kos Iklan Yang Optimum”.

Bagi mereka yang nak belajar lebih terperinci, sistematik & praktikal.

Tuan Firdaus Azizi ada satu panduan video (41 video setakat ini + free update) yang anda boleh belajar secara Praktikal daripada rumah. Hanya perlu internet, laptop & buku nota.

  • Cara nak buat iklan di Facebook Ads. (Power Editor)
  • Cara nak buat Split Testing yang betul & sistematik.
  • Cara nak baca data agar anda boleh ukur prestasi iklan.
  • Cara nak Optimize iklan yang untung agar lebih untung.
  • Dan banyak lagi ilmu-ilmu premium yang dikongsikan.

Namanya VIPER Reloaded ..

Bagi mereka yang mungkin pernah dengar VIPER Reloaded, tapi macam tak yakin ia membantu .. rasa skeptikal .. Berita baiknya, saya ada bagi full-review dalam bentuk video …

Nak Tonton? Boleh Klik butang Ini

Ok, itu jer nak kongsi hari ini. Kesimpulan daripada artikel ini;

Jangan cari kos iklan murah semata-mata, tapi cari yang paling berbaloi mendatangkan hasil ke dalam akaun syarikat.

 

Comments 8

  1. Faizal

Leave a Reply

CommentLuv badge

Ebook - Bagaimana Nak Jual Apa Sahaja Produk Kepada Pelanggan Yang Spesifik?
Kalau saya bagi PERCUMA hari ini, anda nak?
Dimana saya nak hantar fail ebook ini?
Ebook - Bagaimana Nak Jual Apa Sahaja Produk Kepada Pelanggan Yang Spesifik?
Kalau saya bagi PERCUMA hari ini, anda nak?
Dimana saya nak hantar fail ebook ini?