Kenapa ‘Sistem Barter’ sudah tidak digunakan sekarang?

Pernah tak anda terfikir soalan di atas?

Jawapannya ada dalam artikel ini. Tapi sebelum saya jawab. Apa kaitan sistem barter dengan aktiviti menjual?

Nak tahu kaitannya?

Ok saya cerita. Tapi baca satu-satu perkataan untuk faham. Sebab artikel kali ini perlukan ketenangan hati.

Kita undur dulu zaman tok nenek kita berniaga…

Dalam dunia perniagaan & pengiklanan turun-temurun…

Asas menjual tidak pernah berubah.

Bilamana kita nak beriklan, kita kena tahu dulu menjual.

Ironinya, bila kita nak menjual sesuatu, kita kena faham betul-betul apakah proses-proses yang perlu ada semasa menjual.

Jadi bila kita nak dapat jualan yang banyak, kena faham apa itu menjual.

Ramai yang terus nak belajar menulis iklan tanpa faham proses menjual yang betul. Itulah realitinya. Kita kadang-kala lari fokus.

Anda nak jadi usahawan ke penulis?

Sila tanya diri sendiri. Nak tulis copywriting untuk menjual. Bukan untuk jadi penulis hebat.

Adakah anda dah betul-betul faham proses menjual, sebelum diterjemahkan dalam bentuk penulisan?

Jika anda ada masalah ini, luangkan masa untuk anda baca artikel ini.

Serius anda tak akan rugi baca. Jom kita mulakan dari asas …

jual

 

1) Apa maksud menjual sebenarnya?

Menjual adalah proses pertukaran nilai.

Bila kita nak dapat sesuatu, kita kena beri sesuatu. Barulah proses pertukaran itu wujud.

Jika kita inginkan duit orang lain, kita kena fikir apa nilai kita boleh beri kepada mereka.

Barulah wujud situasi menang-menang.

Untuk faham menjual, kita kena tahu juga …

 

2) Apa itu duit?

Alat pertukaran nilai.

Jika kita baca sejarah penciptaan duit, ia telah wujud lebih 2000 tahun sebelum masihi lagi.

Cuba baca buku sejarah tingkatan 4.

Sistem wang wujud disebabkan kelemahan sistem barter. Ia berikutan kesukaran masyarakat menukar nilai sesuatu barang.

Cuba bayangkan kita nak beli tepung waktu zaman tu.

Kita adalah penoreh getah. Tak semua penjual tepung perlukan getah kita.

Jadi macamana nak beli?

Itulah kelemahan sistem barter. Maka, pada zaman tu wujudlah manik, kulit & emas sebagai alat tukar nilai.

Sistem wang kertas mula dicipta pada tahun 1880. (dan dunia mula berubah ke arah pemodenan)

Dah faham tentang sistem wang? Barulah anda patut tanya …

 

3) Bagaimana nak dapatkan lebihan wang?

Setelah kita undurkan masa memahami fungsi sistem wang.

Dapatlah kita fahami, wang/duit hanyalah alat tukar nilai pada zaman sekarang ni.

Nak dapat lebihan wang?

Anda kena ada lah nilai lain yang boleh ditukar ganti.

Nilai adalah benda yang subjektif.arai

Ada benda yang bernilai bagi kelompok A, tapi tak bernilai bagi kelompok B.

Nilai sebuah Helmet Arai yang berharga RM20,000 terlalu bernilai bagi mat-mat motor.

Tapi tiada nilai, bagi seorang wanita.

 

4) Saya bagi contoh lain ‘Power Bank’.

Power bank wujud disebabkan masalah smartphone.

Power bank laku disebabkan nilai yang dibekalkan.

Mari kita berfikir …

Apa masalah kebanyakkan smartphone dekat kocek anda?

Salah satunya adalah bateri tidak tahan lama.

Bila ada orang nak beli power bank, mereka sebenarnya bukan nak beli disebabkan namanya power bank.

Mereka beli sebab ‘nilai’ yang power bank itu boleh beri.

 

5) Apa nilai yang Power Bank bekalkan?

Power bank ada nilai memanjangkan hayat bateri.

Sekali lagi nilai ini subjektif.

Ada nilai yang orang sanggup bayar, ada nilai yang orang berfikir-fikir nak bayar.

Power bank sangat bernilai bagi pengguna smartphone tapi kurang bernilai bagi pemilik handphone nokia 3310.

Bateri Nokia 3310 seminggu boleh tahan.

Jadi, mereka tak cukup kuat untuk memiliki power bank ini. Maka, nilainya pun berkurang.

Ada produk yang laku bile dijual pada kelompok A, tapi tak laku bagi kelompok B.

Oleh itu …

 

6) Semakin besar masalah yang ingin diselesaikan …

Semakin mudah sesuatu produk/servis terjual.

Sebelum kita jual apa-apa produk/servis. Cuba tanya:

  • Apakah nilai yang kita boleh beri?
  • Siapa yang perlukan sangat nilai yang aku nak ada ni?
  • Bagaimana cara ingin beritahu mereka?

Jika kita sendiri tidak faham, berapa besar nilai yang kita boleh beri. Lagi susah kita nak menjual.

Ingat! Orang beli sebab nilai, bukan beli sebab produk.

 

7) Semakin tinggi nilai kita, semakin kita kaya.

Jika anda tanya saya, siapakah orang paling kaya?

Saya akan kata, orang yang paling kaya adalah orang yang paling banyak nilai.

Persepsi masyarakat kita hari ini …

Kenapa orang yang banyak duit itu diiktiraf sebagai orang kaya?

Sebab masyarakat memandang duit adalah item yang bernilai.

Orang kaya ada nilai (iaitu duit) yang boleh ditukarkan mengikut kehendak dia. Dia nak beli apa sahaja boleh.

Sebab dia ada alat tukar nilai yang banyak.

Sebab itu mereka digelar orang kaya.

Namun begitu …

 

8) Nilai bukan hanya duit.

Nilai adalah apa sahaja yang boleh beri manfaat pada manusia.

Sejujurnya dalam hidup ini, kita bukan nak duit. Tapi kita berkehendak dengan apa yang duit boleh tukar.

Setuju?

Misalnya, kita nak melancong. Melancong perlukan duit. Jadi kita bersusah payah cari duit.

Adakah kita nak duit?

Tidak. Kita bukan nak duit. Kita nak melancong. Nampak tak?

 

9) Boleh kita simpulkan …

Anda nak jual apa pun pastikan..

  • Anda tahu berapa nilai yang anda ada.
  • Berapa nilai yang anda boleh beri pada orang lain.
  • Duit hanya alat pertukaran nilai.
  • Menjual adalah proses pertukaran nilai.

Nak dapat duit yang banyak?

Anda kena tambah nilai pada diri anda supaya ia boleh ditukar dengan duit.

Nak menjual dengan bagus?

Anda kena tahu cara yang betul menerangkan nilai.

 

10) Akhir kata …

Ilmu adalah benda paling bernilai.

Jika anda tak tahu menjual & nak dapat ilmu menjual?

Ubatnya adalah berguru.

Berguru dengan orang yang dah biasa menjual. Biasa terangkan nilai. Sangat berbeza.

Tuhan suka kita berdoa selepas bertindak & berusaha dengan betul.

Kita hanya boleh berusaha dengan betul, jika kita faham cara yang betul.

Siapa yang berusaha lebih untuk tambah nilai hidup dia. Dia akan ada nilai yang cukup banyak untuk ditukarkan kepada duit.

Semoga artikel kali ini membuka minda anda.

 

Nak belajar hasilkan skrip close sales yang menjual?

17-orang-pm

Download Ebook Ini Sekarang

Khas untuk produk kecantikan & kesihatan. Langkah demi langkah. Siap contoh. Siap full screenshot. Supaya anda mudah tiru & inovasi untuk bisnes anda.

Saya doakan anda kaya, berjaya & diberkati. Amin.

Leave a Reply

CommentLuv badge

Ebook - Bagaimana Nak Jual Apa Sahaja Produk Kepada Pelanggan Yang Spesifik?
Kalau saya bagi PERCUMA hari ini, anda nak?
Dimana saya nak hantar fail ebook ini?
Ebook - Bagaimana Nak Jual Apa Sahaja Produk Kepada Pelanggan Yang Spesifik?
Kalau saya bagi PERCUMA hari ini, anda nak?
Dimana saya nak hantar fail ebook ini?