Faris Osman mula terlibat dalam dunia bisnes online sejak tahun 2009 & aktif berkongsi kepakaran beliau dalam copywriting sejak tahun 2013.

Disebabkan beliau suka berkongsi ilmu tentang teknik & strategi penulisan iklan, beliau telah dijemput sebagai Trainer & Speaker untuk beberapa syarikat dan badan kerajaan seperti:

  • Program Enterwip 2016 anjuran Kementerian Wilayah Persekutuan.
  • Program E-Usahawan di bawah Malaysia Digital Economy Corporation. (MDEC)
  • Perbadanan Usahawan Nasional Berhad. (PUNB)
  • Group Mentoring Copywriting anjuran Persatuan Usahawan Internet Malaysia. (PUIM)
  • Bengkel Facebook Marketing, Firdaus Azizi Training & Consultancy.
  • Syarikat Kosmetik Ternama Mary Jardin.
  • Penapis Air Bio Ultra. (HQ)
  • Syarikat Sejagat Global Sdn. Bhd.

Bermula tahun 2017, beliau telah dilantik menjadi Ketua Copywriter sepenuh masa di agensi pengiklanan Facebook Ads Malaysia (FA Marketing Sdn Bhd | 1192365-A) untuk membantu lebih ramai usahawan jalankan servis pengiklanan & pemasaran online.

Antara produk/syarikat yang beliau pernah uruskan:

  • Syarikat Buku Online.
  • Produk kesihatan.
  • Produk minuman koko.
  • Produk fesyen.
  • Produk kulit bayi.
  • Produk ibu menyusu.
  • Penapis air.
  • Servis Baiki Laptop.
  • Program cuti sekolah (mengaji, memanah, dll)

Setakat hari ini, jumlah klien premium yang pernah beliau uruskan adalah 17 buah syarikat dengan produk & servis yang berbeza-beza.

Dengan pengalaman sebagai trainer, konsultan pengiklanan & penyedia servis, beliau ada kemahiran untuk ‘baca’ apa yang berkesan & tidak berkesan digunakan untuk pemasaran online.

Jika anda nak belajar dengan beliau, boleh mulakan langkah di sini. Beliau ada kongsikan daripada zero sehingga anda boleh tulis iklan sendiri kurang 24 jam.