5 Benda Yang Anda Kena Cek, Bila Prospek Diam Lepas Bagitahu Harga

“Saya dah cerita semua. Bila tahu harga terus senyap. dah follow up pun masih tiada jawapan. Macamana ya? Ada cadangan tak?” – Fans Mazhab Copywriting.

Jika anda guna iklan berbayar (spesifiknya Facebook Ads) & masih close sales guna Whatsapp, ini 5 benda yang anda kena semak.

Kita mulakan dengan …

1) Harga produk.

Berapa harga untuk seunit produk/servis anda?

Credit: Wired.com

Adakah produk anda dikategorikan sebagai biasa-biasa atau premium?

Siapa kelompok sasaran pelanggan anda?

Sesuaikah mereka untuk beli produk anda yang harga RMXXX tu?

Cuba duduk & muhasabah balik.

Kadang-kadang tak perlu fikir terlalu kompleks. Ikut logik akal pun boleh selesai.

Lepas semak harga produk, cuba semak semula iklan anda …

2) Kepada siapa iklan ini ditujukan.

Budak sekolah atau orang dewasa?

Masih belajar atau sudah bekerja? Bujang atau berkahwin?

Status prospek memainkan peranan disini. Sebab itu penting untuk anda buat kajian pelanggan. Atau dalam bahasa fancy-nya Customer Avatar‘.

Ada orang memang MAHU produk anda tapi mereka tak MAMPU.

Contoh: Produk Kecantikan.

Budak sekolah nak cantik. Orang dewasa nak cantik. Orang tua pun nak cantik.

Tapi persoalannya;

“Adakah mereka mampu? atau mereka ini sekadar mahu?”

3) Umur.

Berapa umur yang anda set dekat targeting?

Cuba tanya diri sendiri;

“Kalau aku berada pada usia ini, adakah aku mampu untuk beli produk yang berharga RMXXX”

Contoh: Jual jubah premium chiffon silk.

Harga RM239. Target umur 18-25.

Cuba tanya diri kita.

Cuba bayangkan hidup mereka yang berumur 18-25?

Tak perlu jumpa konsultan. Boleh fikir logik. Umur sebegini majoritinya masih sengkek. Masih mengharap duit mak ayah.

Mana lah diorang ni mampu nak beli yang mahal-mahal. Duit belanja pun masih mengharap PTPTN.

Kalau jual mahal, target lah yang umur 30 ke atas. Walaupun kelompok ini biasanya banyak hutang, tapi sekurangnya income mereka ni dah stabil la jugak. 😉

4) Tempat.

Iklan anda ditujukan kemana?

Arah kampung atau bandar? Semenanjung atau sabah/sarawak?

Cuba semak balik ‘borang pos laju’ sebelum ini.

Produk anda banyak terbang kemana? Siapa yang selalu beli?

Dah jumpa kawasan pelanggan anda, utamakan tempat itu dulu.

Kalau jual produk mahal, target lah tempat orang berduit. Bandar-bandar besar. Singapura (opsss hihi)

Pandai-pandai lah fikir ya.

Nak belajar shortcut target prospek berkualiti & berduit, boleh tengok video Viper Reloaded.

5) Semak cara closing.

Haa.. last sekali baru semak cara closing.

Adakah anda layan dengan baik?

Respon lambat atau cepat? Menjawab soalan atau tidak?

Bagaimana cara anda present manfaat produk? boleh dipercayai atau tidak? Ada bukti atau sembang kosong?

Masih guna cara lama atau dah mula guna gaya konsultan?

Nota: Cara lama yang saya maksudkan adalah yang jenis copy paste template panjang berjela. Jenuh prospek kena scroll 2-3 kali tak habis.

Prospek tak tanya, tapi dia dah jawab panjang giler. Itu cara lama.

Cara baru, anda kena pandai bermain soalan. Kena bijak. Mindset memang nak tolong orang. Bukan jenis fikir sales semata-mata.


Akhir sekali pesanan saya.

Tak guna cara ‘mengayat’ close sales anda power.

Tapi prospek yang masuk tak berkualiti.

Sebab itu, saya susun semak cara close sales pada poin nombor 5. Tak dinafikan. Memang majoriti peniaga ada masalah close sales.

Tapi kalau targeting ke laut. Prospek yang masuk tak berkualiti. Pakar close sales pun boleh serender awal. 🙂

KATA KUNCINYA:

“Adakah anda dah menapis orang yang betul pada ayat iklan, supaya prospek yang masuk whatsapp adalah mereka yang berkualiti & mampu beli?”

Fikir-fikirkan & selamat beramal.

p.s: Nak belajar close sales guna Whatsapp tahun 2017? Saya ada buku nak kongsikan dekat anda. Boleh dapatkan di sini. Buku ini pre-order. Untung siapa beli dulu. Best!

Leave a Reply

CommentLuv badge