5 Punca Pelanggan Tak Membeli Dari Anda

Tahun 2016, pelanggan semakin bijak:

  • Bijak memilih.
  • Bijak menilai.
  • Bijak buat keputusan.

Disaat ekonomi sedang gawat, mereka lebih berkira-kira.

Adakah aku perlukan produk/servis ini segera?

Dalam masa yang sama, mereka juga ada persoalan yang menghantui pemikiran mereka. Mengganggu rasionalisasi pemikiran mereka. Antaranya:

  • “Betul ke produk ini boleh bantu aku?”
  • “Macam mana kalau tak berhasil?”
  • “Aku dah pernah kena tipu, nak beli ke tak?”

Ia dinamakan – Ragu-ragu.

Ini perkara biasa yang berlaku kepada semua manusia.

Fitrah manusia akan selalu timbul syak wasangka. Syak wasangka ini ada dua:

  1. Syak wasangka baik.
  2. Syak wasangka buruk.

Masalahnya, syak wasangka buruk itu selalu datang terlebih dahulu.

Jadi, setelah saya lihat fenomena ini. Saya dapat ringkaskan ia kepada 5 punca utama pelanggan tidak membeli.

#1 – Tidak Kenal Penjual

Ya, penting untuk pelanggan kenal kita.

Siapa sanggup laburkan duit kepada orang yang dia tak kenal.

Lebih-lebih lagi dalam dunia maya. Lubang-lubang penipuan berlaku di mana-mana. Oleh itu, sebelum berurusan dengan seseorang, perkenalkan diri dahulu.

Tak perlu panjang-panjang.

Cukup sekadar beritahu nama, dari mana, sebab perkenalan & beritahu mereka tentang kredebiliti kita.

“Tidak wujud satu transaksi tanpa kepercayaan”

Ingat tu.

Kalau namanya bisnes. Bila orang sanggup bagi duit, itu tanda dia percaya kita boleh bantu dia.

Yang kedua pula …

#2 – Desperate Ketika Menjual Produk.

Ini fakta.

“Manusia tidak suka rasa dijual, tapi mereka suka membeli dengan rela”.

Kebanyakkan pelanggan bukan tidak mahu beli, tapi mereka rimas dengan penjual.

Kenapa rimas?

Sebab kita menjual tak kena cara, tempat dan waktu.

Cuba bayangkan ketika di tengah bulan, masa poket kering. Kita tengah syok makan tengah hari dekat restoran mamak.

Tiba-tiba datang seorang adik nak jual buku dekat kita:

“Abang, kami dari pertubuhan ABC… Kami ada jual buku XYZ, RM10 sahaja.”.

Fuh, sungguh merimaskan. Ini contoh berniaga tak kena tempat.

“Tak salah jual buku, yang salahnya adalah cara dan waktu adik menjual tu… :)”

Biar pelanggan buat keputusan membeli, bukan kita yang bersungguh paksa dia beli.

Boleh dapat poinnya? OK.

#3 – Tidak Sedar Kepentingan.

Saya suka cara pemasaran Yakult.

Mereka ada dua pendekatan:

  1. Direct-Sell seperti di pasar raya. Mereka letak produk dan harga.
  2. Content-Marketing. Mereka kongsi manfaat. Jadikan Yakult minuman harian kita.

Tahun 2012.

Saya ada buat rombongan ke Kilang Yakult di Seremban.

Saya dapati, sesiapa sahaja melawati kilang mereka akan dapat ilmu didikan percuma berkaitan penyakit dan cara mengubatinya:

  • Mereka terang punca penyakit itu muncul.
  • Bagaimana kita boleh terjebak dengan jangkitan
  • Bagaimana Yakult boleh dijadikan alat bantu sembuh.

Apa yang menariknya, mereka sediakan cara untuk mencegah.

Teorinya mudah.

Semakin banyak didikan yang kita semai dalam jiwa pelanggan, semakin selesa pelanggan berurusan dengan kita.

Dalam bahasa inggeris, ia digelar ‘Seeding Trust’.

#4 – Susah Untuk Berurusan.

Ada kalanya, pelanggan memang berminat nak beli.

Tapi, disebabkan cara untuk hubungi terlalu rumit. Pelanggan terus lari membawa diri.

Kita sering kali bayangkan diri pelanggan macam diri kita. Sebaliknya, kita kena bayangkan kita berada ditempat pelanggan.

Apa yang kita sangka A, kadang-kala sebenarnya B.

Kita sangka, semua pelanggan tahu cara nak beli melalui online.

Padahal mereka tak pernah ada pengalaman beli di online. (sangkaan kita tak semestinya betul)

Kita harus tahu, tak semua pelanggan biasa jual beli di online ni.

  • Ada yang baru pertama kali.
  • Ada yang pernah beli tapi barang tak sampai.
  • Ada yang takde bank online, kena pergi bank transfer.

Setiap pelanggan itu pengalaman-nya berbeza-beza.

Penjual yang baik adalah mereka yang mudahkan urusan pelanggan.

Boleh-boleh?

#5 – Takde Permintaan.

Jual syok sendiri.

Itulah kata-kata paling lembut saya boleh kasi.

Jual benda yang orang tak mahu. Senang cerita takde permintaan. Memang la tak laku.

Bila anda nak pilih tempat menjual (contohnya Facebook), anda kena pastikan yang pelanggan anda ada di situ.

Kalau takde. Sampai kesudah tak boleh nak jual.

Sebab itu pentingnya:

Supaya anda tidak terlalu rugi dalam menjual di online.

Boleh-boleh?

 


Anda dapat sesuatu dalam artikel ini?

Jika anda ada idea atau sebarang penambahbaikan, boleh kongsikan diruangan komen. Komen anda penting untuk saya bagi konten yang lebih berkualiti di masa akan datang.

Sebenarnya ada banyak lagi puncanya. Dari luar, dari dalam. Kalau hurai sampai kesudah tak habis.

Tapi cukup sekadar ini dahulu. Fahamkan elok-elok moga anda dapat faham sebaiknya.

Terima kasih kerana membaca. 🙂

Sekian daripada saya,

Faris Osman.
Copywriter & Founder Mazhab Copywriting
Jika ada yang berminat nak jumpa? Klik Sini.

Comments 8

  1. faris
  2. AzzA

Leave a Reply

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.