Mazhab Copywriting sangat menitik beratkan hak persendirian anda. Polisi ini diwujudkan untuk menunjukkan kepada anda bagaimana kami menggunakan data peribadi anda di dalam laman web ini.

‘Anda’ membawa maksud orang yang berurusan dengan Tim Mazhab Copywriting. Maksud ‘Kami’ disini adalah Faris Osman atau tim Mazhab Copywriting yang sah. ‘Laman web’ merujuk kepada farisosman.com & farisosman.com/servis.

1. Apa yang kami buat dengan maklumat peribadi anda?

Apabila anda mendapatkan sesuatu di laman web ini sama ada anda mendapatkan ia secara percuma, trial atau beli. Maklumat anda seperti nama, emel, alamat, nombor telefon & internet protokol (IP) akan disimpan di suatu tempat khas dalam sistem kami.

Ia bertujuan untuk pemberitahuan tentang kemaskini produk, pengurusan data pelanggan, bantuan selepas pembelian, produk baru, tawaran terkini, konten premium atau apa sahaja dengan kebenaran daripada anda.

2. Pendedahan identiti.

Kami tidak akan menjual, menyewa atau memberikan apa sahaja maklumat peribadi anda kepada pihak-pihak berkepentingan. Maklumat anda mungkin akan didedahkan sekiranya undang-undang negara yang meminta ia didedahkan.

Sekiranya kami memerlukan plugin, software atau bantuan daripada syarikat lain khusus untuk menaik taraf laman web ini, maklumat anda mungkin akan dipindahkan ke syarikat tersebut untuk tujuan tertentu sahaja. Ia tidak dipindahkan untuk kepentingan syarikat tersebut.

3. Simpanan data.

Sistem tempahan kami di kendalikan oleh syarikat hosting Gempak Box, WordPress dan plugin/software tertentu. Data anda selamat daripada digodam oleh pihak-pihak tidak bertanggungjawab.

Sekiranya anda membuat pembayaran menggunakan kad kredit/debit. Kami menggunakan khidmat syarikat Paypal untuk mengendalikan urusan transaksi anda. Segala maklumat nombor akaun, nombor kad, nombor keselamatan akan dihapuskan setelah transaksi berjaya.

4. Keselamatan.

Untuk melindungi maklumat peribadi anda seperti nombor akaun kak kredit/debit. Kami menggunakan ‘Secure Socket Layer’ (SSL) yang akan simpan & kunci maklumat sulit akaun anda di satu tempat khas. Jangan kuatir, ianya 100% selamat. Insyaallah.

5. Cookies.

Kami menggunakan ‘cookies’ untuk tujuan tertentu. Ia termasuk sekiranya anda terlupa emel atau ‘password’, kami akan menggunakan cookies untuk mendapatkan maklumat itu kembali.

Kami juga akan kesan ‘pixel’ (Facebook, Google Analytic, dsb) untuk mengukur dan mengenalpasti daripada mana sesuatu trafik itu datang dan ia juga digunakan untuk ‘retargeting’ di Facebook (dan lain-lain)

6. Perubahan Polisi.

Kami berhak menambah, mengurangkan atau mengubah suai polisi ini bila-bila masa, jadi baca kembali jika ada polisi yang telah berubah.

PERHATIAN: Anda akan dikira telah membaca, faham & hadam polisi ini seusai anda bersetuju membeli, membayar, mendapatkan atau apa sahaja terhadap produk atau servis kami.