Terma & syarat yang perlu dipatuhi:

1. Persetujuan Bersama.

Sekiranya anda bersetuju untuk download, install, atau mendapatkan apa sahaja servis di bawah Mazhab Copywriting sama ada percuma atau berbayar, anda terikat dengan terikat dengan terma & syarat ini. Segala tindakan anda terhadap produk atau servis dianggap anda telah baca & faham segala butiran yang di terangkan.

Kami berhak menukar, menambah atau mengubahsuai (termasuk istilah lain yang sama maksud) terma-terma ini pada bila-bila masa. Anda mesti rujuk kembali terma ini di http://farisosman.com/servis/term untuk pastikan anda faham terma ini sebaiknya.

2. Penafian Pendapatan.

Mazhab Copywriting atau Faris Osman Dot Com tidak meletakkan apa-apa jaminan keberkesanan hasil atas usaha anda atau menjana apa-apa pendapatan melalui produk/servis kami.

Kami hanya beri jaminan kepuasan terhadap produk atau servis kami mengikut persetujuaan bersama dalam masa 7/30/90/365 hari bergantung kepada produk tertentu yang kami jual.

Jika anda tidak berpuas hati dengan produk atau servis yang kami tawarkan. Anda berhak menuntut wang dikembalikan mengikut kadar persetujuan dua belah pihak.

Anda bertanggungjawab 100% terhadap keputusan dan tindakan anda semasa mengamalkan strategi, teknik atau taktik yang kami berikan. Kami tidak akan bertanggungjawab atas apa-apa kehilangan, pengurangan atau apa-apa kesan negatif terhadap anda atau organisasi syarikat anda.

3. Akaun Anda.

Anda bersetuju untuk memberikan maklumat yang tepat dan betul bila anda daftar di laman web ini. Anda juga bersetuju membenarkan kami untuk simpan maklumat peribadi anda di dalam simpanan kami dan menggunakannya seperti dalam Privacy Policy.

4. After Sale Support.

Sebahagian produk atau servis kami menyediakan media bantuan selepas pembelian. Ia termasuk bantuan sokongan seperti di Facebook Group, Whatsapp, Telegram atau media yang kami tidak letakkan di sini. Disebabkan itu, anda diminta agar:

  • Ini link rasmi untuk anda bertanyakan soalan berkaitan produk atau servis yang anda dapatkan.
  • Respek ahli komuniti lain.Apa sahaja respon yang negatif, lucah, kejam atau ayat menyerang akan dihapuskan (deleted), dibuang (removed) atau kami akan tanya maksud sebenar anda sekiranya perlu.
  • Dilarang menjual.Apa sahaja ayat, gambar, video, animasi, perkongsian link atau sebagainya yang membawa maksud menjual sama ada untuk produk sendiri, dropship, affiliate, servis atau apa sahaja yang memberi keuntungan sebelah pihak akan diambil tindakan.
  • Mengumpul data.Apa sahaja bentuk platform (autoresponder, survey, whatsapp, telegram, sms, borang opt-in) yang membawa maksud mengumpul data seperti nama, emel, nombor telefon, alamat atau sebagainya adalah salah dan boleh diambil tindakan seperti amaran, dibuang dari group atau hukuman lain yang setimpal.
  • Konten.Segala konten, artikel, infografi atau apa sahaja paparan ilmu yang tidak relevan untuk dipraktikkan akan dibuang, dihapuskan atau diubahsuai untuk
    kepentingan ahli komuniti oleh kami.
  • Breaking the policy.Amaran bagi yang melanggar terma, syarat & polici ini akan di beri amaran buat kali pertama atau akan terus dikenakan tindakan tanpa pemberitahuan. Anda akan dikeluarkan daripada komuniti selama 10 hari. Selepas hari ke-10, anda dibenarkan untuk join semula sekiranya diizikan atas sebab yang munasabah. Sekiranya anda melanggar lagi buat kali kedua, anda akan di ban selamanya tanpa notis.

5. Hakmilik produk berada di bawah Akta Hak Cipta 1987.

  • Tidak boleh diulang cetak tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik produk.
  • Tidak boleh dijual kembali (melainkan anda punyai lesen Resell Right daripada penulis)
  • Tidak boleh mengaku produk anda sesuka hati.
  • Tidak boleh diberikan secara percuma.
  • Tidak dibenarkan untuk beli secara berkongsi & sebarkan kepada rakan perkongsian.
  • Boleh diamalkan segala ilmu & informasi dalam ebook.

6. Terma jaminan pulangan wang.

Bergantung kepada apa yang tertulis di surat jualan. (14 hari/30 hari/setahun) Sekiranya anda nak refund, ia dibenarkan pada bila-bila masa bergantung kepada Refund Policy. Jawapan akan diberi dalam masa 24 jam.

Untuk maklumat lanjut, boleh rujuk ‘Refund Policy’

7. Jangka masa produk diberikan.

  • Jika produk pre-launch / pre-sell. Produk akan diberikan sebahagian sahaja atau bila ia sudah siap sepenuhnya.
  • Jika produk sudah siap. Anda akan diberitahu melalui emel yang anda isi & daftarkan. Sila semak emel anda sentiasa untuk ketahui pemberitahuan terkini.

8. Kami berhak menukar terma & syarat ini pada bila-bila masa.

Jika berlaku pertindihan antara masa tempahan & ubahsuai terma syarat. Maka, yang terakhir akan
diutamakan. Sekiranya terma dan syarat diubah selepas anda membuat pembelian. Kami akan mengira terma & syarat yang terbaru. Walaupun begitu, sekiranya ia bercanggah dengan mana-mana polisi di laman web ini sewaktu persetujuan bersama. Kami akan mempertimbangkan keputusan tersebut.

10. Servis bantuan.

Jika anda ada soalan atau cadangan berkaitan produk atau servis kami, boleh tanya menerusi link rasmi kami. Semoga ia memudahkan anda berurusan dengan kami.