Selalu Stuck & Bertangguh Bila Nak Mulakan Sesuatu? Anda Wajib Baca Artikel Ini.

Saya nak kongsi dua perkara hari ini.

  1. Cara nak memulakan sesuatu.
  2. Cara kekalkan momentum.

Artikel ini pendek, mungkin anda hanya perlukan masa kurang daripada 2 minit.

Kenapa artikel ini penting untuk hidup anda?

Sebab saya percaya …

“Saya percaya sikap seseorang mempengaruhi perbuatan & tindakan

Dulu saya ingat, seseorang itu tidak boleh bermula disebabkan dia tak tahu.

Ya, mungkin ada benarnya.

Namun, anggapan saya meleset selepas saya sendiri beritahu caranya dan seseorang itu tetap tidak buat.

Dalam fikiran saya;

“Tak mungkin dia tak tahu. Aku dah bagitahu caranya. Tapi dia tetap tak buat apa-apa”

Bila saya banyak baca buku tentang Human Psychology.

Baru saya sedar.

Seseorang itu tidak mulakan sesuatu, bukan disebabkan dia tak tahu.

Tapi, lebih kepada sikap & mindset individu tersebut.

Jadi pada hari ini, saya nak kongsikan dua benda penting untuk perubahan hidup anda.

 

Ada dua perkara saya nak ‘highlight’ disini:

  1. Utk memulakan sesuatu, kita perlukan TEKAD yang tinggi.
  2. Utk kekalkan momentum, kita perlukan TEKUN & TABAH.

Izinkan saya explain. Saya percaya.

Untuk melakukan apa sahaja perkara baru yang belum pernah kita buat.

Pasti. Pasti. Pasti.

Ada satu bisikan ‘iblis jahat’ tiba-tiba muncul;

  • Susahnya nak buat.
  • Betul ke boleh berjaya ni.. ๐Ÿ™
  • Macamana kalau gagal.
  • Apa orang kata nanti..
  • Syukurlah apa yang ada.
  • Aku masih ok hidup macam sekarang.

Dalam masa sama …

Kita sebenarnya nak ‘sedapkan’ hati daripada buat sesuatu untuk hidup kita.

Itulah sebabnya…

 

1) Kita perlukan TEKAD yg tinggi.

Bila mana kita dah tahu nak buat.

Kita memang dah belajar daripada guru yang betul.

Baca juga: 7 Tip Pilih Guru Yang Betul Untuk Ajar Kita.

Tekad jer..

Rancang sikit-sikit & buat dulu.

Saya pernah tonton dokumentari perfileman.

Sewaktu itu. David Teo (pengarah Filem) ada sesi temubual bersama Dato’ Siti Nurhaliza.

Dato’ Siti bertanya dua soalan.

  1. Macamana filemnya boleh banyak Box Office?
  2. Apa pandangan dia tentang persaingan?

Jawapannya simple.

David Teo kata; “Sekiranya saya bertangguh, saya kalah selama-lamanya”

Dua soalan, satu jawapan.

Nampak tak mindset orang yang berjaya?

Bertangguh ni racun.

Ingat! Bila ada idea. Tekad & buat jer dulu. Fikir banyak-banyak pun tak jadi pape.

Ok selesai perkara pertama.

Kemudian, kita pindah kepada cara nak kekalkan momentum pula …

 

2) Kita perlukan sikap TEKUN & TABAH.

Apa beza tekun dengan tabah?

TEKUN ini rajin & konsisten.

Ada orang dia jenis rajin kejap-kejap. Mula-mula je semangat. Lepas tu jadi lemau.

Orang yang tekun, dia rajin & berterusan.

Manakala TABAH maksudnya sabar berpanjangan.

Walau apa pun terjadi, dia akan tetap sabar & teruskan berusaha.

Biarpun ada cabaran atau halangan.

Dia terus tabah & teruskan buat sehingga dapat hasil apa yang dia inginkan.

Mesti anda nak tahukan?

Cara untuk ubah mindset kita untuk terus TEKUN & TABAH.

Tukar cara kita berfikir …

  1. Elakkan berfikir: “Betul ke boleh berjaya ni?”
  2. Tukar kepada: “Benda ni mesti boleh jadi?”

Itu lah cara saya.

Kalau tanya saya, saya lebih dominan kepada TABAH.

Sebab bila saya semak semula hidup saya. Saya tak berapa nak tekun sangat.

Selagi tak dapat, saya akan teruskan.

(saya pun sedang perbaiki diri)

 

Momentum ini kita kena betul-betul kuat. Baru kita boleh capai apa yang kita inginkan.

Insyaallah.

 

Akhir kata daripada saya …

Sekiranya anda ada apa-apa idea sekarang;

  • Bertekadlah utk memulakannya.
  • Tanamkan mindset yang betul.
  • Baca artikel ini berulang-kali.

Saya akhiri artikel dengan sebuah kata-kata dari Thomas Alva Edison (pencipta lampu):

โ€œAkan ada 1001 alasan untuk menyerah, namun orang yg berjaya adalah orang yg tidak memutuskan untuk menyerah. Dia selalu menemukan satu alasan untuk tidak menyerahโ€ฆโ€

Sekian daripada saya,

Faris Osman. (Baca kisah saya disini)

Jika anda rasa artikel ini bermanfaat & nak simpan dalam WALL FB PROFILE anda.

Anda boleh klik butang share di sebelah artikel ini.

Mudahkan?

Salam kejayaan daripada saya!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

6 Comments

  1. assalammualaikum,,,,memang terbaik,,,inilah kata-kata yang diperlukan oleh bangsa melayu,,,kerana bangsa kita termasuk saya sendiri terlalu banyak memberi alasan……harapan setinggi gunung tetapi hanya mampu melihat daripada mengatur langkah untuk menggapainya…. semoga kita semua terus positif…..inshaallah….

    1. Waalaikumsalam… Alhamdulillah sama-sama tuan.
      Semoga artikel ini memberi manfaat kepada kita semua. Amin. ๐Ÿ™‚

  2. Sblm sye baca blog ni sye sllu tnya diri sye boley ke sya buat bisness..mampu ke sya..bgaimana kalau ggal..sering bertangguh2..tp bila dh baca ape yg encik tulis saya pasti akan buat!!! Kalau boley encik ajar cra nak buat bisness online mengunakan fb..sya bersyukur sgt…Tq

    1. Hai Nurshafiza.

      Alhamdulillah, terima kasih kerana sudi membaca.
      Insyaallah, boleh ja belajar. Yang penting, buat sikit2. Tapi berterusan. ๐Ÿ™‚

    1. Alhamdulillah… terima kasih tn Adam kerana singgah di blog ini. ๐Ÿ™‚
      Jumpa lagi…