Cara Selesaikan Apa Sahaja Masalah

Pernah satu seketika, saya ada banyak gila masalah. Sampai saya rasa, susahnya lah nak hadap satu per satu masalah.

Disebabkan terlampau banyak masalah. Saya buat keputusan untuk biarkan je masalah tu berlalu.

Apa saya buat?

  • Saya buat macam tak ada masalah.
  • Saya buat-buat macam masalah tu dah selesai.
  • Saya tidur, baring, main laptop & buat-buat lupa dengan masalah.

Anda rasa…

Adakah masalah saya selesai?

Untuk ketahuinya teruskan membaca. Ada satu teknik yang saya guna untuk selesaikan masalah ni. Saya namakan ia Teknik CP.

1# – Masalah & Situasi

Sebelum itu, adakah perkara ini sering berlaku dalam hidup anda?

Situasinya, anda terlampau banyak tugasan, sehinggakan anda rasa buntu & bingung tak tahu nak mula dari mana. Anda kena siapkan tugasan pada tarikh tertentu & tak tahu apa yang patut anda lakukan.

Sebenarnya ada 3 kemungkinan perkara ini berlaku dalam diri anda;

  1. Anda sebenarnya tak tahu cara nak selesaikan.
  2. Anda tahu cara tapi tak mampu nak buat.
  3. Anda terlalu memikirkan kesempurnaan.

Ya, ini 3 perkara yang saya dapat simpulkan.

Berita baiknya.

Saya dah jumpa bagaimana untuk selesaikan masalah ini.

2# – Teori Teknik CP.

Benda ni saya perasan dah lama. Cuma baru hari ini saya terbuka untuk berkongsi dengan anda.

Apakah itu Teknik CP?

C – Cari.
P – Penyelesaian.

Ini sahaja cara untuk selesaikan masalah anda tu.
“Cari Penyelesaian”

Anda pening-pening buat apa.
Cuba duduk kejap & fikirkan cara penyelesaiannya.

Anda pening tak dapat jualan.
Carilah org yang boleh bantu anda dapatkan jualan.

Anda pening nak urus stok yg berlambak-lambak.
Carilah org yang boleh ajar urus stok tu.

“Masalah tak akan hilang kalau anda tak selesaikan”

Setuju?

3# – Ramai orang gila.

Kata Albert Enstein.

“Orang gila jer yang mengharapkan perubahan itu berlaku dengan membuat perkara yang sama”

Anda buntu & celaru dalam hidup. Anda dah buat perkara A & ia tak menjadi. Anda gila kalau buat perkara A tu berulang-kali.

Sebaiknya carilah penyelesaian lain. Baru anda dapat perbezaan hasilnya.

Anda ada masalah tapi anda biarkan. Anda balik rumah, duduk dalam bilik, tidur & makan. Kemudian anda mengharapkan keajaiban berlaku.

Adakah anda rasa masalah itu akan selesai dengan anda membiarkannya sahaja?

Jika itu yang anda rasa, anda sebenarnya orang gila.

Ini Enstein yang kata. hehe 😉

4# – Bertindak proaktif.

Proaktif ni maksudnya anda kena lakukan sesuatu.

Anda banyak hutang & tak tahu nak selesaikan. Anda kena lakukan sesuatu. Anda tak boleh terus berdiam & mengharapkan keajaiban.

Hutang tak akan selesai dengan keajaiban.

Anda kena rancang untuk selesaikan hutang. Jika anda rasa dengan berjimat, anda boleh selesaikan hutang.
Silakan berjimat.

Jika anda rasa kena buat side-income, baru hutang selesai. Sila cari guru untuk anda buat side-income.

Jika anda berdiam & tak buat apa-apa. Hidup anda sama sahaja hari ini & hari yg akan datang.

Ingat tu.

5# – Cari penyelesaian yg mudah nak buat.

Situasi masalah setiap orang berbeza.

Bisnesman mungkin ada masalah nak dapatkan pelanggan. Lawyer mungkin ada masalah dengan anak guaman. Cikgu ada masalah dengan tugasan guru & anak murid. Surirumah ada masalah dengan jiran & tugasan di rumah.

Semua orang ada masalah.

Gunakan Teknik CP & pilih perkara mudah anda boleh buat;

  1. Kenalpasti siapa yang boleh bantu anda.
  2. Pergi dekat mereka & tanya.
  3. Ceritakan situasi anda & minta pendapat mereka.

Macam saya sekarang ada buat tesis.

Tesis tu tak akan siap kalau saya hanya duduk diam & termenung.

Apa saya buat?

  1. Saya pergi jumpa pensyarah.
  2. Tanya mereka.
  3. Ceritakan situasi saya & minta pendapat.

Alhamdulillah selesai.

======

Akhir Kata;

Mudahkan?

Teknik CP yang saya kongsikan ni;

  • Ada masalah.
  • Cari penyelesaian. (Teknik CP)
  • Cerita situasi & minta pandangan.

Jika anda rasa tip ini berjaya mengubah sedikit persepsi & mindset anda melihat satu masalah. Jom kongsikan kegembiraan dengan klik butang share di sebelah.

Mana tahu ada kenalan anda yang ada masalah ini.

Leave a Reply

CommentLuv badge

Ebook - Bagaimana Nak Jual Apa Sahaja Produk Kepada Pelanggan Yang Spesifik?
Kalau saya bagi PERCUMA hari ini, anda nak?
Dimana saya nak hantar fail ebook ini?