Bagaimana Nak Jadi Unik Dalam Pasaran Online?

Bagaimana Nak Jadi Unik Dalam Pasaran Online? | Dalam artikel kali ini, ada cerita disebalik tabir tentang Tesco Vs Seven11.

Namun sebelum itu, elok saya ceritakan dulu tentang persoalan di atas. Bagaimana nak jadi unik dalam pasaran online?

Asas untuk menjawab persoalan ini adalah kenal pasti USP bagi bisnes tuan-puan.

Dengan mengenalpasti USP bagi bisnes kita. Maka, ia lebih mudah untuk kita kenal pasti apa yang menjadikan kita unik dalam sesebuah pasaran bisnes.

Disebabkan itu, hari ini kita lebih kepada membincangkan tentang bagaimana mencipta USP tersendiri?

Agar soalan yang saya bangkitkan terjawab, sebaik sahaja tuan-puan habiskan bacaan artikel ini. Ya, inilah akronim yang akan sembang:

U – Unique

S – Selling.

P – Proposition.

Untuk apa kita perlu unik?

Merendah diri sudahlah, jangan jadi unik sangat. 🙂

Kalau saya tanya tuan-puan, kenapa saya patut beli produk ini daripada tuan-puan, sedangkan saya boleh dapatkan produk ini di tempat lain?

Apa yang tuan-puan akan jawab?

Adakah dengan menyatakan produk tuan-puan terbukti berkesan? Atau adakah tuan-puan akan cakap, tuan-puan adalah orang yang boleh dipercayai?

Jika itu jawapannya,

Bagaimana pula dengan status pesaing kita? Adakah mereka itu tak boleh dipercayai? Atau adakah produk pesaing kita tidak cukup bagus?

Semua orang akan menyatakan produk mereka bagus. Semua orang akan kata diri mereka adalah orang yang boleh dipercayai.

Tapi, percayakah tuan-puan. 90-95% manusia akan skeptikal dengan info yang diberikan daripada orang yang mereka tak kenali?

Ini bermakna, hanya 5-10% sahaja yang membuat pembelian buat kali pertama. (data daripada PUIM: Persatuan Usahawan Internet Malaysia)

Maka jawapan untuk persoalan “Untuk apa kita perlu unik?” secara umumnya untuk nampakkan kita lain daripada pesaing kita.

Belum habis satu soalan. Maka, persoalan baru timbul?

Untuk apa perlu nampak lain dari lain?

Senang cerita nak habaq mai, untuk beritahu pelanggan kita;

“Jika awak beli daripada saya, awak akan dapat kelebihan ini. Dimana kelebihan yang kita beri tak akan jumpa di tempat lain. Tak akan dapat tawaran ini di tempat lain. Hanya disini sahaja.” – Fullstop!

Haa, boleh ikut tak setakat ni?

Itulah sebab kenapa artikel ini diterbitkan. Sangat ramai yang bertanya, menyebabkan saya berhasrat menjawab sebahagian kekusutan yang melanda usahawan online.

Jadi unik ini bukan bermaksud, kita jual barang yang lain daripada lain. Tapi, lebih kepada pendekatan kita ‘approuch’ prospek kita dalam urusan jual beli.

Tanpa buang masa, ini adalah …

Apa yang kita akan belajar?

Ada banyak sangat trik yang kita boleh rancang & praktikkan untuk bina USP tersendiri. Cuma dalam artikel kali ini, saya cuba untuk kongsikan tip basic tapi awesome.

Nak tahu caranya?

Ini tipnya,

Baca elok-elok, saya boleh caj tuan-puan RM700 untuk dapatkan tip ini. Apa yang tuan-puan perlu buat sekarang adalah perhatikan elok-elok kata-kata ini:

Analisa pesaing tuan-puan dalam bidang yang sama dan perhatikan apa yang pelanggan mereka perlukan tetapi tidak disediakan oleh mereka. Tugas kita hanya mengisi kekosongan (perkara yang diperlukan pelanggan mereka) tersebut.

Dah itu sahaja tipnya!

Pada mulanya, memang agak payah dan leceh. Tapi, ini adalah jalannya. Jika tuan-puan nak ikut, saya ada sediakan pelan dan langkah-langkahnya.

Ada 3 langkah yang perlu tuan-puan lakukan, Langkah-langkahnya adalah:

  1. Kaji pesaing kita & kenal pasti kekurangannya.
  2. Kaji apa pelanggan pesaing kita inginkan, tapi tak diselesaikan pesaing kita.
  3. Kita masuk ibarat ‘Sang Hero Malaya’ menyelesaikan masalah itu.

 

Bagaimana dah nampak sikit caranya? 

Bagi memudahkan tuan-puan faham terus, Ini saya bagi contoh. Saya suka cerita bagi habis, supaya orang yang baca tak tertanya-tanya.

(Walaupun kadang-kala, saya kerap menulis gaya ‘drama tergantung’) 🙂

.

.

.

 

Saya beri beberapa contoh yang mungkin boleh memberi suluhan ilmu yang amat bernilai untuk bisnes tuan-puan.

tesco vs seven11

Contoh pertama: Tesco vs Seven11.

Tesco adalah syarikat gergasi dalam menyediakan barang-barang keperluan. Manakala, Seven11 juga syarikat gergasi dalam menyediakan barangan keperluan.

Tapi persoalannya,

Bagaimana mereka ini boleh bertahan dalam industri yang sama?

Tak bankurap pulak!

Jawapannya, target market yang berbeza. Saya tahu, sebilangan kita ada yang berkerut dahi. (seolah-olah kebingungan dengan istilah ini)

Apa pulak target market ni? Aduhai …

Mudahnya, target market adalah sasaran pelanggan kita.

Siapa pelanggan kita?

Cuba tanya diri tu, kita nak berbisnes ni untuk selesaikan masalah siapa? Haa, soalnya siapa ini adalah soalan yang paling penting dalam dunia online.

Kenapa saya cakap begini?

Sebabnya, dalam dunia online berlambak orang jual barang yang sama. Berbondong-bondong orang tawarkan servis yang sama macam kita.

Jika kita tak tetapkan target market,

Alamat apa bezanya kita dengan pesaing kita yang lain?

Nampak tak poin yang saya cuba sampaikan?

Tesco boleh bertahan sebab dia ada target matket dia yang tersendiri. Dalam masa sama, dana pemasaran dia banyak gila. Dia besar boh.

Lagi satu, orang memang dah kenal lama. Tapi, besar mana pun syarikat. Dia mesti ada pesaing jugak. Antaranya, Giant, Carrefour, Jusco & banyak lagi.

Biasanya jenama-jenama besar ni, mereka akan buat tagline tersendiri untuk nampakkan mereka unik. Contohnya, macam pasaraya Melayu yang terkenal: Sakan.

Taglinenya, “Ingat murah, ingat sakan”. Contoh lain; Mydin. “Beli barang runcit dengan harga borong”.

Tagline yang akan membezakan mereka ini.

Macam-mana pula dengan Seven11?

Dah la jual barang mahal. Kedai kecik pulak tu. Tapi, masih boleh bertahan. Tak pelik ke?

Ini special sikit. Kalau saya tanya tagline Seven11, hapah saya pun tak ingat.

Sebenarnya, mereka tak buat tagline khas untuk syarikat Seven11. Tapi, cara mereka untuk menjadikan seven11 unik adalah dengan …

Kenal pasti siapa target market dia?

Haa, ramai yang tak perasan. Saya pun masa mula-mula tak perasan keunikan Seven11 ni. Tapi, bila saya baca dan buat sedikit kajian.

Rupa-rupanya,

Manusia ni ada pelbagai jenis ragam & tabiatnya tersendiri. Ada masalah & keinginannya tersendiri. Maka, disebabkan itu Seven11 datang tanpa disedari pesaing mereka.

Antara masalah dan keinginan yang Seven11 selesaikan adalah untuk:

  • Orang yang segan jumpa ramai orang.
  • Orang yang nak cepat beli barang runcit.
  • Orang yang hanya nak beli produk berasaskan makanan ringan, peralatan mandi & alat tulis sahaja.
  • Orang yang tak nak tengok baju, tv, perabot dan lain-lain.
  • Orang yang tak suka tolak troli.
  • Orang yang tak suka beratur panjang dekat kaunter.
  • Orang yang ada nama atau dikenali ramai. Seperti tokoh politik, artis, selebriti. (Serabut kepala layan peminat)
  • Orang yang balik kerja lepas 12 malam. Tesco, Giant tu semua tutup 10 malam. Ini yang diisi Seven11.
  • Orang suka jalan malam-malam lepas tu penat.

Banyak lagi kelompangan yang Seven11 cover. Yang mana Tesco dan syarikat gergasi lain tak cover.

Tugas kita adalah buat analisa yang pesaing kita tak cover.

Customer Segmentation

Contoh lain dalam bidang copywriting: Mazhab Copywriting.

Bila sebut fasal copywriting, ramai nama-nama tertentu yang akan muncul dalam otak kita.

Betul ke tidak?

Selain tim mazhab copywriting, banyak lagi syarikat yang menawarkan khidmat copywriting & bercerita perihal copywriting ini.

logo kecil terbaruTapi, kenapa kami boleh lagi survive dalam lautan ilmu copywriting ini?

Jawapannya, sama macam situasi Tesco vs Seven11.

Saya suka menganalisa pesaing saya dalam bidang yang sama. Kemudian ambik satu masalah pesaing dan cuba selesaikan masalah itu.

Kadang-kadang bukan pesaing tak tahu, itu adalah masalah mereka. Tapi, pesaing kita sebenarnya tak akan mampu cover semua, percayalah cakap saya.

Sebesar mana pun kita dalam satu industri, kita pasti tak dapat cover semua masalah yang pelanggan mahukan.

Sebabnya mudah sahaja,

Kemampuan produksi kita besar mana?

Produksi ini adalah kemampuan kita memenuhi permintaan (demand) pasaran yang kita masuk.

Kita mungkin boleh buat seminar, bengkel, ebook, dvd dan banyak lagi. Tapi, apa pula nasib orang yang tak mampu pergi seminar & bengkel.

Apa pula nasib orang yang memang dilahirkan sebagai seorang yang lambat faham bila baca ebook atau dvd panduan.

Maka, sebab itu wujudnya servis, couching & sebagainya.

Haa, nampak tak apa saya terangkan ni?

.

.

.

Baiklah, saya beri contoh lagi agar tuan-puan rasa berbaloi baca artikel kali ini.

Contoh bidang kecantikan.

Tuan-puan berniaga produk kecantikan?

Beribu produk kecantikan dah ada. Ada yang hilangkan jerawat. Ada yang kasi putih. Ada yang tegangkan kulit. Senang cerita, banyak gila produk kecantikan ini.

Jadi, bagaimana untuk jadikan produk kecantikan kita unik berbanding orang lain, walaupun kita ini agen dropship sahaja?

Jawapannya, sama macam cerita Tesco vs Seven11.

Hehe, mesti ada yang geram dengan saya kali ini. Asyik bagi jawapan sama je.

 

Nak buat macam mana, memang itu jawapannya.

Ingat balik tiga langkah yang saya ceritakan di awal artikel ini:

  1. Kaji pesaing & kenal pasti kekurangannya.
  2. Kaji apa pelanggan pesaing kita inginkan, tapi tak disediakan oleh mereka.
  3. Kita masuk dicelah-celah kelompangan masalah itu & cuba selesaikan.

Apa yang tuan-puan perlu buat adalah, cari pesaing yang jual benda yang sama & follow dia.

Follow ini maksudnya – Ikut perkembangan skil pemasaran mereka (kang ada yang tak faham, saya habaq awal-awal)

Bila tuan-puan dah follow,

Catat kelebihan mereka. Catat kekurangan mereka.

“Faris, macam mana nak tahu kelebihan dan kekurangan tu?”

Baca komen atau respon pelanggan mereka. Apa yang mereka nak? Apa masalah mereka?

Jangan lupa catat lagi sekali. Lepas dah catat kelebihan & kelemahan pesaing kita. Dah catat apa respon pelanggan mereka.

Kemudian, cuba selesaikan salah satu masalah pelanggan mereka.

“Faris, saya tak tahu nak selesaikan masalah tersebut?”

Jika tuan-puan tanya saya soalan tu,

Saya akan jawab; “Mana saya tahu nak selesaikan masalah yang bukan bidang saya.”

Kalau tak tahu, nasihat saya tak payah bisnes bidang tu. Tutup buku bisnes.

Sambung kerja makan gaji. (haa, marah ni tau)

Kita nak jadi usahawan, hati mahu kering. Jangan miliki hati tisu yang senang terkoyak.

Sentap tak? 🙂

Kadang-kadang memang kena kasi sentap sikit, baru terbuka minda kita. Barulah idea mencurah-curah. Faham ke faham? – versi Dr. Azizan. 🙂

Ok, kita sambung.

Bagi yang kata; “Faris, saya tak tahu nak selesaikan masalah?”

Sebab itu, saya kata. Pilih salah satu sahaja dulu daripada beratus masalah mereka.

Jangan tamak nak jadi ‘Hero Malaya’ untuk semua masalah dalam sesuatu industri. Nanti tak terlayan. Percayalah kata-kata saya ni.

Cuba jadi hero kampong dulu, bila dah dapat tawan kampong. Baru masuk kawasan cawangan. Bila dah tawan cawangan, baru berjinak ke bandar.

Jalannya, sama macam ahli politik.

Orang politik ni naik, sebab pengaruh!

Ingat senang ke nak jadi menteri tiba-tiba kalau tak ada kabel dalam (gurau je). Realitinya, berapa ramai bapak-bapak menteri yang memang bermula daripada bawah, naik pelan-pelan tanpa orang atas yang tarik?

Tak ramai.

Sebab, tak ramai yang sanggup tunggu masa bina pengaruh daripada peringkat bawah. Lambat, penat & leceh.

Jika tuan-puan nak bina pengaruh ini ada 3 alat. Boleh pilih dua antara tiga:

  • Duit.
  • Ilmu.
  • Personaliti.

Nak dikenali dan disayangi sebagai seorang yang berduit banyak. Atau nak dikenali dan disayangi disebabkan berilmu tinggi.

Ataupun memang tuan-puan mempunyai personaliti yang mengagumkan. Contohnya, pandai bercakap, senang didekati, tampan, cantik & lain-lain sifat kesempurnaan manusia.

Tapi biasanya,

Pilih 2 antara 3 pun sudah cukup menyebabkan kita diminati ramai orang. Jika tak ada antara 3 ni, maka tak ada orang yang mahu dekat dengan kita.

Tak percaya?

bina pengaruh

Meh sini saya uji dengan satu permainan.

Cuba tuan-puan petik mana-mana nama yang tuan-puan kenal. Dah petik nama tu, simpan dalam fikiran kita.

Kemudian, cuba fikir kenapa kita kenal dia?

Haa, dapat tak jawapannya. Kalau dia tak ada duit yang banyak, mungkin dia ada ilmu yang banyak. Atau memang personaliti dia yang kita kagum. Seterusnya menyebabkan kita kenal dia.

.

.

.

Nak bina USP juga sama, tuan-puan ada duit. Tuan-puan boleh laburkan untuk pemasaran iklan macam Lazada dan Zalora buat.

Tapi, masalahnya kita ni kecik.

Duit pun tarak lagi. Nak bersaing macam mana? Apa macam mahu melabur? 

Sebab itulah, tuan-puan kena ada keunikan yang tersendiri. Contohnya, tuan puan pilih pilihan kedua untuk jadi orang yang berpengaruh; iaitu banyak ilmu.

Moral of story, cari USP secepatnya.

Agar bila ada prospek tanya kita, “Apa beza saya beli dengan awak berbanding orang lain?”

 

Kita sudah siap sedia jawapannya.

“dengan orang lain saya tak tahu, tapi sekiranya encik beli daripada kami. Ini yang encik bakal dapat ….”

Amacam nampak dah topic berkaitan USP kali ini?

Saya doakan agar kita semua berjaya selongkar dan bina USP kita tersendiri.

Ini pesanan terakhir saya:

  • Nak berjaya, kena ada ilmu. Jika tak ada, sila cari. Nak cari di mana? Dengan siapa? Ilmu apa? Berapa banyak ilmu kena cari? Saya tak tahu apa-apa?
  • Tuhan jadikan telinga untuk mendengar. Jadikan mata untuk membaca. Banyakkan mendengar, banyakkan membaca. Insya-allah akan jadi insan yang berilmu.
  • Jangan dengki orang lain. Jangan dengki sesama bangsa. Jangan dengki sesama manusia. Kita nak hidup, pesaing kita juga nak hidup. Jika dengki, nanti semua mati.
  • Jika ada orang datang minta tolong, tolonglah dia dengan kemampuan yang kita ada.
  • Jangan sombong, kita tak tahu orang yang kita tolong itu apa nasibnya di masa akan datang.
  • Mungkin orang yang kita tolong itu, akan jadi partner kita. Mungkin orang yang kita tolong itu, lebih berjaya daripada kita. Mungkin orang yang kita tolong itu, malaikat berupa manusia yang didatangkan untuk uji kita.
  • Jika dah berjaya, jangan bongkak. Jangan riak. Selongkar lagi ilmu yang kita belum ada.
  • Banyakkan bersedekah. Tak mampu bagi duit, bagi ilmu. Tak mampu beri ilmu, doakan orang yang beri ilmu kepada kita.

 

Ok, itu dulu daripada saya. Semoga artikel kali ini, memberikan pencerahan yang bermakna dalam hidup tuan-puan.

Saya ada satu permintaan,

Boleh tak tuan-puan kongsikan artikel ini kepada orang lain (usahawan lain). Mungkin mereka sangat perlukan artikel ini.

Semoga niat kita berkongsi itu. Menjadi penyebab kejayaan kita di masa akan datang + agar orang lain juga nampak apa yang mereka perlu buat sekiranya bercerita tentang Unique Selling Proposition.

“Jangan takut rezeki di ambil orang, kena rezeki tak pernah sesat mencari alamat penerimanya”

Sekian daripada saya,

Jumpa lagi di artikel yang berikutnya.  Jika terbuka hati nak kongsi artikel ini, boleh copy+paste link ini di ruangan Facebook, Twitter dan mungkin di blog tuan-puan. 🙂

Ini link nya –> http://farisosman.com/usp/

Comments 10

  1. nurul fatrah
  2. Siti noriah ismail

Leave a Reply

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.