Tahun 2013, saya antara orang baru dalam bidang copywriting.

Saya selalu berfikir; “Macam mana saya nak bersaing dengan ‘otai’ yang dah lama bertapak dalam industri? Sedangkan saya masih newbie? Orang tak kenal?”Faris Osman

Setiap orang mungkin berbeza matlamat iklannya:

  • Ada yang mahu menjual terus.
  • Ada yang mahu buat branding dulu.
  • Ada yang mahu bina kredebiliti sebagai penyedia servis.

Namun, at the end of the story. Bila kita nak menjual sesuatu. Benda yang paling mustahak adalah kepercayaan. Jika orang tak percaya anda, orang tak akan beli daripada anda.

Cikgu saya pesan: “Tidak akan wujud transaksi duit tanpa kepercayaan”

Jadi mulai sekarang. Jika anda mahu jual apa-apa produk atau servis. Cuba anda fikir, bagaimana nak buat orang percaya dulu. Bila orang dah percaya, baru produk mudah terjual.

Apa yang saya buat waktu tu?

Saya hanya guna formula asas untuk dapatkan kepercayaan;

  1. Buatkan orang kenal
  2. Buatkan orang ingat
  3. Buatkan orang suka
  4. Buatkan orang percaya!

Dalam mana-mana buku perhubungan tentang manusia yang saya baca, untuk buatkan seseorang itu percaya kita. Ia harus bermula dengan KENAL.

Selepas saya buat beberapa kajian (pada waktu ketika itu).

Saya jumpa satu artikel daripada luar negara yang ditulis oleh Marketing Guru Neil Patel, pengasas bersama Kissmetric bercerita tentang algorithm Facebook.

Saya percaya, jika saya kongsikan kepada anda ilmu ini.

Anda pun boleh lakukan perkara yang sama dan insyaallah orang akan percaya anda dalam masa yang singkat.

Anda mahu tahu rahsianya?

Ini 3 perkara yang saya sarankan anda buat bermula hari ini:

  1. Maksimumkan fungsi algorithm Facebook.
  2. Kongsi ilmu sebanyak mungkin kepada pembaca.
  3. Asingkan geng ‘freebies seeker’ dan ‘premium member’.

Saya akan hurai maksud poin di atas berdasarkan pengetahuan & pengalaman saya. Tapi sebelum itu ada beberapa peringatan.

Nota: Mungkin ketika anda baca artikel ini, ada beberapa perubahan yang Facebook telah ubah.

Saya menulis artikel ini pada 17 Jun 2015. (semakan 14 Oktober 2018)

2

1# – Maksimumkan fungsi algorithm Facebook.

Tahukah anda!

Facebook ada sebuah robot yang bijak untuk ‘mengurus & menyusun’ status kita setiap hari. Dan robot itu-lah dipanggil ‘algorithm’ Facebook.

Siapa yang mahir tentang cara robot ini bekerja, mereka akan dapat banyak manfaat.

Apa manfaatnya:

  • Post kita banyak like, komen & share.
  • Follower bertambah dengan cepat.
  • Ramai prospek nak tahu produk kita.

Saya akan ceritakan lebih lanjut tentang algorithm Facebook di penghujung artikel ini.

3

2# –Kongsi ilmu sebanyak mungkin kepada pembaca.

Berkongsi akan membina kredebiliti.

Bila kita dah ada kredebiliti. Orang lebih mudah nak berurusan dengan kita. Makin mudah kita nak menjual produk kepada mereka.

Sepanjang pemerhatian saya, ada beberapa punca seseorang itu mempunyai ramai pengikut. Antaranya:

i. Kekayaan.

Siapa ada duit, dia boleh pengaruhi orang lain.

Lihat sahaja di Facebook, berapa ramai yang terpedaya dengan duit & kemewahan. Tunjuk sahaja kereta mahal, ramai yang akan terpengaruh.

Namun, saya tak sarankan anda guna poin pertama ini.

ii. Jawatan.

Jawatan atau kedudukan.

Manusia kebanyakkannya berkepentingan. Lihat saja orang yang kerja berjawatan tinggi @ berkedudukan. Statusnya akan menjadi tinggi di mata masyarakat.

Pengaruh kedudukan ini kuat, tapi tak semua orang boleh ada di posisi ini. Jika anda ada poin ini, ia satu bonus.

iii. Keilmuan.

Golongan berilmu & ulama’.

Golongan ini juga mempunyai pengaruh yang luar biasa.

Manusia takut akan kejahilan. Sebab itu orang yang berilmu sentiasa ada pengikut. Tak kira apa sahaja bidang ilmu. Bila orang itu berilmu, pasti akan ada pengikut.

Ini antara pilihan yang setiap orang berpeluang untuk kecapi.

4

3# – Asingkan geng ‘freebies seeker’ dan ‘premium member’.

Apa itu freebies & premium?

Ia adalah dua kelompok manusia yang berbeza mindset.

Freebies Seeker adalah golongan yang inginkan sesuatu yang percuma sampai bila-bila.

Mereka takut melabur untuk ilmu. Menurut mereka;

“Buat apa aku beli sedangkan aku boleh dapat percuma”

Jika anda ada pembaca yang jenis ‘Freebie Seeker’, asingkan mereka siap-siap. Mereka ini penting untuk sebarkan perkongsian anda supaya golongan ‘premium member’ nampak iklan anda.

Premium member adalah golongan yang sanggup & mampu laburkan wang untuk beli produk @ servis kita.

Mereka lebih berfikiran ‘result-oriented’. Mereka biasanya sanggup beli sesuatu untuk dapatkan hasil yang cepat. Mereka baca bacaan percuma untuk dapatkan kepastian kita berkredebiliti atau tidak sahaja.

Selepas itu, mereka akan tanya kita untuk dapatkan produk @ servis yang kita tawarkan.

Macamana saya asingkan dua geng ini?

Biasanya saya akan asingkan mereka dalam senarai list prospek dan pelanggan saya.

Saya ada artikel percuma tentang copywriting. Saya juga ada panduan copywriting berbayar yang saya susun step by step supaya lebih mudah faham.

Ada yang suka belajar depan-depan. Mereka ambil personal couching, terpulang kepada kemampuan mereka. Saya asingkan mereka berdasarkan komitmen.


Okay, sekarang saya nak cerita tentang Algorithm Facebook.

Bagaimana saya ‘manipulasi’ Algorithm Facebook supaya lebih ramai yang kenal, suka & percaya saya dengan lebih cepat?

Ini tiga langkah yang saya buat dengan kerap:

  1. Sebelum saya post apa-apa status,
  2. Saya akan like, komen atau share status follower saya.
  3. Lepas tu baru saya post status (tip, petua @ menjual)

“Simple macam itu jer ke Faris?”

Ya, nampak simplekan. Cuba anda amalkan. Biasanya selepas anda buat apa yang saya buat tu. Post anda mesti lebih meriah berbanding sebelum ini.

Saya asalnya nak ceritakan bagaimana sistem robot Facebook ini berfungsi. Tapi bila difikirkan, takut anda makin pening pulak nanti. Jadi, saya mudahkan kepada 3 langkah itu sahaja.

Jangan percaya cakap saya. Buat jer dulu dan lihat hasilnya.

Alhamdulillah, inilah cara yang saya amalkan sehingga hari ini. Daripada saya zero sehinggalah saya dipanggil oleh agensi kerajaan untuk program Enterwip, MDEC, E-usahawan dan lain-lain untuk buat talk dan kelas.


Anda belajar sesuatu daripada artikel ini?

Jika anda nak belajar lebih lanjut tentang cara tulis iklan yang berpengaruh yang boleh tarik perhatian pelanggan, saya ingin pelawa anda dapatkan pakej video Mazhab Copywriting Junior 3.0

Dalam 22 video ini, saya terangkan lebih lanjut tentang:

  • Cara untuk cari pelanggan kelaparan
  • Cara untuk tarik perhatian pelanggan
  • Cara buatkan orang nak dengan produk kita
  • Cara buatkan orang percaya
  • Cara buatkan orang rasa rugi tak cuba produk kita
  • Dan banyak lagi…

Lengkap dari zero sehingga anda boleh tulis ayat iklan sendiri.

Klik butang di bawah untuk dapatkan.

Apa-apa pun, saya doakan anda berjaya dapat hasil melalui perkongsi percuma saya ini. Kita jumpa dalam artikel yang berikutnya ya. Gud luck korang!