6 Soalan Wajib Sebelum Tulis Ayat Iklan

Artikel ini khas untuk mereka yang berniaga di online dan ada masalah seperti:

  • Takde idea nak tulis iklan.
  • Rasa ilham tak sampai-sampai.
  • Tak tahu nak target siapa, stuck!
  • Tak tahu nak mula dari mana.
  • Mahu tahu punca & penyelesaian.

Berdasarkan pengalaman 6 tahun dalam copywriting dan mengurus lebih 17 buah industri menggunakan platform Facebook Ads.

Sekurang-kurangnya ini 2 punca utama kenapa ramai peniaga tiba-tiba ada masalah seperti di atas.

1) Tak kenal pelanggan.

Pelanggan adalah perkara paling utama dalam iklan.

bon

Kalau kita tak kenal pelanggan. Kita tak akan mampu mempengaruhi mereka.

Kesannya, kita akan jadi blur tak tahu nak tulis apa. Kalau tulis pun meleret-leret. Kalau kita post pun, akan dapat banyak LIKE jer. Yang betul-betul call @ Whatsapp sangat sikit.

Sebenarnya, tulis iklan ini macam tulis surat. Bila pelanggan rasa ‘surat’ itu untuk dia, mudah dia suka dengan ayat-ayat kita.

Bak kata Father of Advertising, David Ogilvy:

Do not address your readers as though they were gathered together in a stadium. When people read your copy, they are alone. Pretend you are writing to each of them a letter on behalf of your client.”

Tak kenal pelanggan menyebabkan iklan kita tak banyak respon.

Nanti saya berikan caranya.

2) Tak kenal produk.

Produk adalah apa yang kita jual.

Kalau kita tak kenal produk, bagaimana nak terangkan manfaatnya kepada pelanggan? bagaimana kita nak cerita beza produk kita dengan orang lain?

Kesannya, kita tak akan tahu nak cerita apa dalam ayat iklan.

Antara petanda kita belum kenal produk. Selepas tulis tajuk, kita terkial-kial nak tulis ayat seterusnya.

Anda rasa anda ada masalah di atas?


Berita baiknya!

Hari ini saya akan kongsikan 6 soalan wajib yang perlu dijawab sebelum menulis iklan.

Apa yang anda akan dapat setelah baca artikel ini:

  • Tahu cara asas untuk kenal pelanggan.
  • Tahu apa yang perlu ditulis dalam iklan.
  • Lebih jelas nak mula dari mana.
  • Tak blur lagi dah. Insya-Allah!

Jom sediakan pen dan kertas untuk catat. Ini soalan-soalan yang anda patut tanya dekat diri sendiri, sebelum mula menulis apa-apa perkataan.

Soalan 1# – Siapa Pelanggan Ideal Anda?

Anda nak target siapa?

Cuba lukis satu orang lidi atau lakarkan dalam satu kertas.

Soalan-soalan kecil ini akan bantu anda senaraikan kriteria pelanggan:

  • Aku sekarang ni jual apa?
  • Apa 1 manfaat produk yang aku boleh tawarkan?
  • 1 manfaat ini untuk siapa?
  • Siapa yang betul-betul perlukan manfaat ni?
  • Kenapa dia perlukan manfaat ini?

Jika produk anda dah pernah terjual. Anda ambil satu profail pelanggan yang pernah membeli. Kemudian, cuba jawab soalan di atas tu.

“Mak ai, banyakkan Faris. Penting ke nak tahu semua benda ni? Apa relevannya untuk saya tahu?”

Ya, memang penting pun.

Semua soalan ini bertujuan untuk ketahui keinginan sebenar pelanggan kita. Bila kita tahu apa yang mereka inginkan, mudah kita nak buat apa sahaja ayat iklan.

Keinginan itu terletak di dalam minda mereka. Cara paling cepat untuk tahu adalah dengan bertanya.

Dah jawab semua poin di soalan pertama.

Pergi ke soalan kedua …

Soalan 2# – Apa Matlamat Utama Anda Buat iklan?

Setiap iklan mempunyai matlamat yang berbeza-beza;

  • Ada yang nak bawa ke website.
  • Ada yang nak jual terus.
  • Ada yang nak dapatkan nombor Whatsapp.
  • Ada yang nak dapat respon melalui SMS.
  • Ada yang nak kumpul subcriber, dsb.

Matlamat ini yang menentukan anda nak bawa iklan ini kemana.

Matlamat ini lebih kurang macam destinasi la.

Anda nak bawa prospek anda ini ke mana. Bila anda jelas nak bawa prospek kemana, baru anda tak blur.

Matlamat ini juga penting untuk mudahkan anda ukur prestasi (KPI) sesuatu iklan.

Jika takde matlamat, anda pun tak tahu, iklan anda tu berjaya ataupun tidak. Untung ke rugi. Patut diteruskan atau dihentikan. Patut dinaikkan bajet atau dikurangkan.

Dah faham bahagian ini?

Jom kita teruskan kepada soalan berikutnya.

Soalan 3# – Apa Mesej Yang Anda Nak Sampaikan?

Ringkasnya, apa yang anda nak beritahu prospek:

  • Nak tolong prospek selesaikan masalah X.
  • Nak bagitahu kita ada lancarkan produk baru.
  • Nak bagitahu manfaat jadi ejen.
  • Nak bagitahu offer tinggal 10 unit lagi.
  • Nak umumkan diskaun 30% sempena oktober.

Bila anda jelas dengan mesej yang ingin disampaikan. Barulah anda tak blur ketika menulis. Tanpa mesej yang jelas, orang tak akan faham apa hasrat hati anda.gps

Mesej ini macam peta!

Ia berfungsi untuk beritahu dengan jelas kemana prospek akan dibawa dan kenapa mereka kena sampai ke ‘destinasi’ anda.

  • Jika destinasi anda, mahu prospek pergi ke kedai. Jelaskan ‘kenapa’ mereka kena pergi ke kedai dengan segera.
  • Jika destinasi anda, mahu prospek isi borang untuk set temujanji. Jelaskan ‘kenapa’ mereka kena isi borang itu dengan segera.

Apa yang pasti, mesej yang kita nak sampaikan itu mestilah kena dengan ‘selera’ mereka.

Masih boleh ikut setakat ini?

Jom kita pergi ke soalan yang keempat…

Soalan 4# – Dekat Mana Prospek Anda Berada?

Mesej jer power, tapi kalau orang tak dapat baca pun tak guna.

Untuk menjawab persoalan ini, ia berbalik semula kepada siapa pelanggan anda;

  • Dimana mereka berada?
  • Dimana mereka cari penyelesaian?
  • Dimana mereka meluahkan perasaan?

Ada peniaga yang gunakan;

  • Surat khabar untuk sampai mesej mereka.
  • Ada yang guna radio.
  • Ada guna flyer.
  • Ada yang gantung banting dekat tiang lampu.
  • Ada guna blog/website.
  • Ada yang guna Facebook Ads sebagai alat untuk sampaikan mesej mereka.

Setiap pelanggan berbeza tempat lepaknya.

Asasnya: “Dimana ada prospek anda, disitu anda patut pacak iklan”

Jika pelanggan anda di Facebook, buatlah iklan di Facebook. Jika pelanggan anda banyak di Radio Klasik Nasional, buatlah iklan disitu.

Jelas setakat ini? Jadi, jangan terikut-ikut sangat dengan produk orang lain.

Setiap produk berbeza segmen pelanggannya.

Dah siap semua ni, baru lihat soalan 5…

Soalan 5# – Berapa Target Anda Untuk Kempen Ini?

Ia bergantung pada pengalaman dan prestasi iklan anda sebelum ini.

Kenapa soalan kelima ini juga penting?

  1. Supaya kita jelas dengan apa yang kita nak.
  2. Supaya mudah kita nak anggarkan bajet iklan dengan stok yang tinggal.
  3. Supaya kita tak lari fokus kejar data yang tak penting.

Saya pernah ada student. Matlamat nak sale. Tapi kejar LIKE, KOMEN & SHARE. Selepas diterangkan, baru dia sedar fokus beliau dah tersasar dari landasan.

Bak kata omputeh: “Begin with the end of mind”

Tony Robbin pun pernah pesan;

“Dream without plan is a wish”

Sebenarnya ada cara untuk anda letakkan target semua tu. Boleh google ‘Smart GOAL Formula’.  Tapi untuk elakkan artikel ini terlalu panjang. Saya kongsikan dalam bentuk situasi;

Contoh: Target jualan anda 1000 unit produk.

Salah satunya, anda kena tentukan, berapa lama masa anda nak jual 1000 produk ni.

  • 1 minggu?
  • 1 bulan?
  • 1 tahun?

Cuba pecahkan. Sampailah kita boleh ukur berapa unit sehari kita kena jual. Untung ke rugi berbanding dengan kos iklan yang dilaburkan.

Selebihnya anda baca la ‘Smart GOAL Formula’ ya…

Soalan 6# – Bila Anda Nak Lancarkan Iklan?

Plan siap-siap bila iklan ini nak dilancarkan;

  • Bila kita nak run iklan ini?
  • Hari apa? Masanya?
  • Bila kita nak gantung iklan ni?
  • Jam berapa?
  • Pagi ke petang?
  • Waktu cuti ke bekerja?

Lepas jawab salah satu soalan di atas, tanya pula ‘kenapa’.

“Kenapa aku pilih waktu itu? Kenapa aku tak pilih waktu lain? Apa prospek atau pelanggan aku memang aktif masa ni?”

Tujuan saya suruh tanya ‘kenapa’ ini adalah untuk kita jelas dengan keputusan yang kita ambil.

Contohnya: Anda bercadang nak run iklan pada pukul 2 petang.

Kenapa pukul 2 petang?

Contoh jawapan;

“Sebab jam 2 petang orang baru naik ofis. Sebab waktu tu ramai orang online dalam pejabat.”

Ini contoh sahaja.

Yang penting anda tahu, sebab apa anda pilih waktu itu.

Sama juga kalau kita nak edar flyer, banner, radio, iklan TV, apa sahaja saluran atau media.

Tentukan siap-siap bila anda nak terbitkan iklan.

Baiklah, dah selesai 6 soalan penting ni ..


Anda Belajar Sesuatu Daripada Artikel Ini?

Mahu belajar lebih mendalam?

Dalam Panduan Mazhab Copywriting Junior v3.0, saya terangkan step by step cara menulis iklan yang berkesan.

Antara topik yang anda akan belajar:

  • Cara kenalpasti pelanggan kelaparan
  • Cara tanya soalan untuk kenal pelanggan.
  • Cara korek apa yang pelanggan mahukan
  • Cara simple untuk kenal produk
  • Cara untuk tarik perhatian pelanggan
  • Cara buatkan prospek percaya
  • Cara buatkan prospek rasa rugi tak cuba produk anda
  • Dan banyak lagi…

Lengkap dari zero sampai anda boleh tulis ayat iklan sendiri.

Ini antara hasil daripada amalkan ilmu ini;

Apa-apa pun, saya doakan semoga artikel ini dapat membantu anda menulis iklan dengan lebih tersusun. Kita jumpa dalam artikel lain ya. Gud luck gais!

  • brofami says:

    wah perkongsian yang terbaik dari FO tentang teknik sebelum menghasilkan ayat jualan.. Terima kasih tuan..

    • Faris Osman says:

      Hehe.. rahsia yang bukan rahsia sebenarnya 🙂

      • Kdo says:

        Hi Tuan faris…artikel yg baik untuk saya…sy berminat utk mendalami ilmu copywriting…masih mencari ilmu2 seni dlm penulisan ayat iklan…jika tuan x keberatan…ada sedikit tip n ilmu..mohon kongsi kpd sy ya….blh whsapp di 0182838810…sngt bermint dlm ilmu copywriting nie….thks ya…

        • Faris Osman says:

          Terima kasih tn Kdo berkunjung ke laman ini.
          Insyaallah, jika ada perkongsian lagi saya akan update dalam blog ini. 🙂

  • Hakimi says:

    Faris osman. Boleh saya PM personal dengan Tuan?

  • Azwan says:

    Ini memang tak lokek. Penerangan yang biasanya orang dapat dalam kursus berbayar tuan tanah bagi FREE je. Rasa nak print je artikel ni buat rujukan. 🙂

    • Faris Osman says:

      Terima kasih tn Azwan, terharu saya.
      Saya doakan setiap artikel memberi manfaat kepada pembacanya.

  • Yana Ahmad says:

    terima kasih atas perkongsian ilmu yanga sangat berguna saya kira. insyaAllah akan cuba praktikan secepat mungkin. moga Allag limpahkan rezeki berlipat kali ganda untuk tuan. Amin

  • Cikya says:

    Alhamdulillah,terima kasih byk2 tuan faris saya newbie dlm bisnes online,baru 2 bulan jd dropship. Saya kena byk belajar pasal bisnes,sekarang down sgt2 sale saya tak berjalan,contoh yang tuan bgthu,like,komen byk tp sale takde. Mana silapnya ye tuan

    • Faris Osman says:

      Terima kasih Cikya sebab berkunjung ke blog saya.

      Puncanya ada banyak:

      1) Mungkin produk takde permintaan
      2) Tapi kalau orang lain jual laku
      3) Biasanya masalahnya dekat tawaran

      Tawaran ini elemen penting yang menjadi SEBAB utama orang beli dengan kita.

      Harapnya membantu 🙂

  • Zafrule says:

    Memang F5, some time walaupun mcm dah rutin, info ni menyegarkan. Terima kasih. Semoga gugur dosa2 kecil tuan dengan perkongsian ini. Halalkan!

  • Terima kasih tuan Faris Osman..Saya take noted sebagai salah satu panduan until saya rangka iklan

  • Dilla Muhamad says:

    terbaikkk.. Hadam👍👍👍

  • Kamaruzaman says:

    Osem…
    Perkongsian yg sangat mantap..
    Alhamdullilah

  • Asiah says:

    Ilmu yg amat berguna semoga tuan dimurahkan rezeki berlipat kali ganda.

  • norma says:

    T.kasih tuan, ilmu yang berguna.Semoga tuan diberkati

  • >
    Scroll to Top