Anda selalu guna Facebook Ads?

Iklan asyik kena reject? Risau lama-lama akaun kena flagged?

Jangan cemas, saya ada caranya!

Jika anda menjual produk yang sensitif di Facebook, kebarangkalian iklan anda direject adalah tinggi. Lagi sedih akaun iklan itu akan diflagged tanpa belas kasihan.

Antara petanda awal akaun akan diflagged adalah iklan kerap ‘not approved’ (walaupun anda jual produk yang Facebook benarkan fesyen, travel, dsb).

Contoh produk sensitif menurut Facebook:

  • Penyakit kronik
  • Rawat Kulit (jerawat, jeragat, dll)
  • Ubat kuat, dll.

Berdasarkan pemerhatian saya dalam agensi pengiklanan, punca sesuatu akaun itu diflagged bukanlah disebabkan ‘setting’ teknikal. Tetapi disebabkan melanggar Facebook Ads Policy.

Boleh rujuk sini: Facebook Ads Policy

Salah satu yang peniaga kerap langgar –> Copywriting!

Baca juga: Bagaimana nak buat copywriting yang selamat dari kena disapproved?

Berita baiknya, sebenarnya anda boleh elak perkara ini berlaku.

Hari ini saya kongsikan caranya. Ini adalah pengalaman rakan saya yang dah hampir 2 tahun bermain dalam niche sensitif dan akaun iklan beliau dah lebih setahun lebih baru kena flagged.

Sedangkan kalau orang lain beriklan dalam niche tersebut, tak sampai seminggu dah kena flagged. ðŸ˜‚

Sempat la jugak dia buat untung ratus ribu. hihihi

Saya namakan beliau ‘brader H’. Jom kita baca satu per satu nasihat brader ini.

1. Elak Buat Iklan Lebih 1 kempen/adset Serentak.

Situasinya, jika anda baru siap menulis copywriting.

Dalam masa yang sama, anda pun tak pasti copywriting itu mematuhi peraturan Facebook atau tidak. Ini perkara yang anda patut elakkan.

Kredit Gambar: Adespresso

Saya percaya ada ramai yang suka run 5-10 adset serentak. Ia memang menjimatkan masa. Tapi dalam masa yang sama, ia membahayakan ‘nyawa’ akaun iklan anda.

Berdasarkan pengalaman. Jika kempen iklan ada ‘Disapproved’ sebanyak 3 kali berturut-turut. Akaun Iklan anda sedang dalam bahaya. Bila-bila masa mereka (Staf Facebook) akan flag akaun iklan anda tanpa beri sebarang amaran & notis.

Apa patut anda buat?

Run dulu 1 iklan untuk copywriting yang anda baru siap tu. Lihat adakah ia diterima & lulus. Jika lulus, baru fikirkan untuk tambah iklan lain dengan copywriting tersebut.

2. Jika Iklan Anda ‘Not Approve’ Kurang 15 Minit.

Itu satu petanda buruk.

Untuk pengetahuan anda, kebanyakkan iklan yang anda run akan di’review’ oleh robot. Namun begitu, jika robot tak boleh ‘buat keputusan’.

Iklan anda akan direview oleh manusia yang akan ganti robot. Sudah tentu syaratnya lebih ketat. Anda mungkin rasa, staf Facebook tak faham bahasa melayu.

Berita kurang baiknya. Facebook dah buka cawangan di Malaysia bermula tahun 2016. (ada staf yang berbangsa cina, india & juga melayu).

Apa patut anda buat?

Jika iklan masih tak ‘Approve’ lebih 15 minit.

Kalau anda berani tanggung risiko, tunggu sampai 45 minit. Kalau nak selamat, delete iklan tu dan buat iklan baru. Lagi satu, pastikan akaun yang telah ‘Not Approve’ di hapuskan (delete).

Ia bagi mengelakkan ‘maruah’ akaun iklan anda dinilai sebagai ‘berpotensi untuk diflag’.

3. Elak Salah Guna Perkataan Sensitif Secara Berturut-turut.

Berita baik kepada peniaga online.

Perkataan seperti jerawat, gemuk, boroi, buncit, ketat & sebagainya. Walaupun dalam rule Facebook ia antara perkataan panas. Ikut pengalaman saya sendiri. Sebenarnya ia boleh digunakan.

Cuma jangan diletak pada bahagian headline atau tajuk secara terang-terang dan direct kepada target market. Namun ia boleh diguna di dalam copywriting & syaratnya tidak terlalu kerap.

Contoh yang dilarang: “Jerawat anda tak hilang lagi? Mesti sakitkan bila tengok jerawat tu. Rasa macam nak picit jer. Tapi takut berbekas pulak jerawat ni.”

Perhatikan!

Perkataan jerawat diulang banyak kali dalam satu perenggan. Ia memang betul-betul mengundang bahaya untuk akaun ads anda. Berhati-hati lah ya.

Lagi bagus anda guna perkataan lain selain ‘jerawat’. Tapi membawa maksud yang sama. Kena banyak buat survey untuk dapat perkataan ini.

Disclaimer: Setiap situasi mungkin berlainan. Apa yang saya tulis ini berdasarkan pengalaman saya & nasihat daripada brader H. Tiada sebarang jaminan ia 100% berkesan untuk anda.

“Hidup bahagia bila sihat”

4. Fokus Headline Berbentuk ‘Hasil Selepas’ berbanding ‘Kisah Silam’.

Elakkan sebut tentang ‘kisah silam’ sebagai umpan dalam headline anda.

Facebook sebenarnya suka kita tekankan ‘hasil selepas’. Iaitu hasil yang orang nak selepas guna produk kita. Apa perubahan yang mereka akan rasai selepas habis guna produk kita.

Apa yang orang nak ini banyak.

Ia bergantung pada produk. Ada orang nak hensem, nak cantik, nak kaya, nak bahagia & sebagainya. Jadi cuba fokus pada perkara yang memberi harapan berbanding mengimbau kisah silam mereka.

Saya kongsikan contoh headline:

  • “Nak miliki tubuh yang tegap?” (Fokus pada hasil selepas)
  • “Ada masalah perut buncit?” (Fokus pada kisah silam)

Dua-dua copywriting ini masih berkesan. Cuma bagi Facebook sendiri, mereka lebih suka jika kita cerita tentang keinginan prospek berbanding fokus pada masalah semasa.

Anda belajar sesuatu hari ini?

Jika anda nak belajar lebih lanjut tentang cara tulis iklan yang selamat, kurang risiko kena flagged dan mampu tarik perhatian pelanggan untuk beli.

Saya ada terangkan step by step untuk hasilkan iklan yang buat jualan 5-6 angka sebulan di link ini.

  • Ada 22 video tutorial step-by-step
  • Ada disediakan group support
  • PERCUMA: Review Copywriting!

Ini antara hasil iklan yang gunakan teknik Copywriting Junior.

“Kos iklan rendah pun lead meriah”

Cepat dapatkan video ini, sebelum harga naik lagi bulan depan! 22 video hanya RM70 sahaja.