Mahu Naikkan Semula Jualan Anda? Ini Perkara Asasnya!

Soalan 1# – “Tuan nak jual kain pasang ni dekat siapa?” 

TZ: Saya nak jual dekat semua orang la tuan. Sebab stok ada 1000 pasang ni… boleh ke tuan?

FO: 1000 pasang tu boleh terjual kalau tuan follow rule saya. Boleh ke?

TZ: Ya, boleh. Silakan…

FO: Rule yang pertama. Jangan jual dekat semua orang. Sebab tak semua orang suka beli kain pasang. Jual kepada orang yang nak & mampu jer. Boleh?

TZ: Ok tuan, boleh.

FO: Rule nombor dua… Tuan kena kenal dan faham kenapa mereka beli apa yang mereka beli. Apa sebab utama mereka beli kain pasang ni.

Bila kita faham ‘BIG WHY’ mereka, mudah kita nak tarik perhatian mereka. Jelas ke?

TZ: Baik, jelas… Seterusnya

FO: Rule nombor tiga… Tuan kena berada di tempat prospek dan tanya soalan ini;

“Kenapa aku kena beli daripada kau bukan dari pengedar kain pasang yang lain?”

Bayangkan diri kita prospek. Prospek tak kenal kita. Prospek tak pernah jumpa kita.

Dan mereka ada BANYAK pilihan diluar sana. Ada banyak pesaing yang jual kain pasang yang lebih kurang sama…

So, kenapa mereka kena beli dari kita? Ini soalan yang kita kena jawab dulu. Bila kita berjaya jawab soalan ni, mudah kita nak tulis iklan. Jelas ke tuan?

TZ: Baik, jelas…

FO: Okay, untuk jawab soalan-soalan ini. Boleh saya interview tuan dan tanya beberapa soalan?

TZ: Boleh, silakan tuan faris…


Soalan 2# – “Biasanya ikut pengalaman tuan, siapa yang biasa beli kain pasang ni?” 

TZ: Orang government tuan. Macam cikgu… Atau orang-orang yang kerja dekat jabatan-jabatan.

FO: Kenapa mereka beli kain pasang? Kan ada baju yang dah siap?

TZ: Oh, biasanya baju yang dah siap tu takde saiz yang betul-betul fit dan ikut citarasa diorang tuan.

Ada yang besar sangat. Ada yang sendat. Jadi, diorang beli kain pasang supaya boleh buat baju sendiri yang selesa..

FO: Nice! Maksud tuan mereka beli kain pasang sebab susah nak cari saiz baju yang betul-betul ngam dengan badan dia. Betul?

TZ: Ya, betul. Exactly!


Soalan 3# – “Tuan pernah tanya… Kenapa mereka beli kain pasang tuan?”

TZ: Pernah. Biasanya diorang pilih kain kitaorang sebab corak batik ini handmade version. Memang takde dekat tempat lain. Saya memang ukir sendiri…

FO: Oh, nice! Selain tu?

TZ: Selain tu, kami guna material yang berkualiti sahaja tuan. Biasanya kain pasang printed dekat luar, senang carik dan warna akan luntur lepas dibasuh.

Tapi kain kami ni ada waranti tak akan luntur kurang setahun.

FO: Menarik, apa 3 keutamaan yang pelanggan selalu tanya tentang produk tuan?

TZ: (1) Jenis Material (2) Boleh open meter atau tak (3) Kalau ada defect apa-apa boleh ganti tak

FO: Noted! Tuan boleh jawab semua pertanyaan tersebut? Boleh saya teruskan?

TZ: Ya, semua yang prospek mahukan kita boleh sediakan. Boleh tuan, sila teruskan…


Soalan #4 – “Bagaimana cara prospek nak tempah kain pasang ni?”

TZ: Biasanya saya akan minta mereka Whatsapp. Sebab saya belum ada website. Caranya mudah jer, pilih corak yang berkenan. Nak berapa meter. Dan saya akan bagi harga dan offer..

FO: Ok tuan, kita dah boleh start tulis iklan…

TZ: Beres tuan…

Perbualan tamat ~

Disclaimer: Ayat perbualan di atas saya dah adjust supaya memudahkan anda semua faham dan nampak poin yang saya mahu fokuskan.


Nak tahu apa yang berlaku selepas itu?

Klik ‘Next’ untuk teruskan membaca…

  • […] juga artikel: “Dulu sales menderu, sekarang suam-suam kuku“. Saya ada kongsikan cara sempoi saya interview klien untuk korek ‘rahsia’ apa […]

  • >