Baru-baru ini, berita tentang akaun iklan kena flagged kembali lagi.
Bukan big player jer kena. Ramai juga peniaga online kecilan yang terkena tempiasnya. Lebih menyeramkan, akaun iklan mereka di flagged (banned, blocked) tanpa notis.
Dah la sales 90% dari Facebook Ads.
Berdasarkan pemerhatian kami di Team Fames, majoritinya disebabkan copywriting yang langgar polisi Facebook.
Disebabkan itu, Team Fames mengambil inisiatif & tanggungjawab, memberikan beberapa penyelesaian, untuk meredakan kegelisahan peniaga online di Facebook.
Rujuk: Facebook Ads Policy
Maka pada hari ini, saya akan kongsikan 3 jenis ayat iklan yang anda boleh gunakan, ketika Facebook buat ‘Spot Check Ads Policy’.
1) Jenis Softsell.
Cadangan saya yang pertama, jangan buat hardsell.
Sebaliknya kena biasakan – Softsell. Dalam bahasa mudahnya. ‘Ayat menjual yang tak nampak seperti menjual’. Copywriting jenis ini sesuai digunakan, ketika Facebook menggila.
Bahkan sekarang, kami pun sering gunakan copywriting style ini untuk beberapa iklan klien. Sebab ia nampak lebih friendly & sosial.
Yela, kita kan beriklan di media sosial. Jadi iklan-iklan macam ini yang Facebook suka.
Saya berikan satu contoh supaya anda mudah faham.
Contoh: Peniaga Produk Kesihatan Sakit Lutut.
Susunan ayat seperti: “Sakit lutut sembuh kurang 7 hari” <— Tidak digalakkan.
Ia kelihatan seperti menjual secara hardsell. Antara cara mudah untuk softsell-kan ayat ini, anda boleh mulakan dengan lafaz seperti;
“Alhamdulillah, hari ini saya dapat berita… bahawa Encik Ismail dah boleh berjalan … Saya jumpa dia dekat masjid tadi… kerusi lipat yg biasa dia guna tu, disandarkan di dinding … bla…bla..bla”
Ini contoh ayat santai yang saya gunakan:
2) Jenis FAQ Produk.
Cadangan saya yang kedua, gunakan FAQ produk sebagai copywriting.
Untuk pengetahuan anda, kami di team fames sekarang ini, sedang giat perbanyakkan kempen iklan sebegini. Selain daripada terselamat dari risiko diflagged. Ia juga dilihat lebih responsif & disukai oleh pembaca.
Dalam bank idea saya, terdapat banyak copywriting jenis ini untuk dilancarkan. Mari saya berikan satu contoh.
Contoh: Produk Kecantikan Kulit Muka.
Pada musim flagged, elakkan guna ayat seperti:
“Muka anda kusam? Muka macam baru bangun tido!” <– Tak digalakkan.
Sebaliknya, gunakan soalan pelanggan sebagai bahan untuk kita berkongsi. Contohnya seperti;
“Apa cara selamat supaya muka tak kusam lepas bangun tido?” <— contoh soalan prospek.
Kemudian, anda jawablah persoalan tersebut. Dah siap satu copywriting softsell. Bagi petua ke. Bagi tip ke. Mudah kan?
3) Jenis Konten.
“More you tell, more you sell” – David Ogilvy, Lagenda Copywriter Antarabangsa.
Ini antara jenis iklan yang saya suka guna & ia selamat.
Iklan jenis konten didapati begitu berpengaruh membangkitkan kesedaran manusia terhadap sesuatu perkara.
Antara benda yang anda boleh kongsikan adalah info yang prospek belum tahu tapi mereka patut tahu. Antaranya, konten yang dapat hapuskan kerisauan & kebingungan prospek dalam sesuatu perkara.
Contoh: Produk Pendidikan Kanak-kanak. (Khususnya Panduan Mengaji)
Bidang pendidikan ini luas.
Walaupun kita ajar mengaji, tak salah kita kongsikan tip yang berkaitan kanak-kanak kepada ibu bapa mereka. Ia sekali gus merapatkan hubungan kita dengan prospek.
Contoh tajuk konten yang anda boleh kongsikan;
“3 Cara Kuatkan Ingatan Anak Hanya Dari Rumah”.
Bila anda tulis konten seperti ini, ia akan menjemput ibu bapa untuk klik butang share. Secara tak langsung, iklan anda tersebar secara percuma.
Kongsikan 1-3 tip sahaja pun sudah cukup.
Bila ibu bapa suka dekat anda, jual apa pun akan menjadi mudah. Nak jual panduan mengaji boleh. Mainan kanak-kanak boleh. Al-quran digital boleh. Yang penting, buat orang suka dekat kita dulu.
Ini contoh konten yang saya guna:
Masih Takde Idea Nak Tulis Ayat Iklan Untuk Tarik Perhatian Pelanggan?
Saya baru lancarkan Panduan Video Mazhab Copywriting Junior 3.0 (klik sini)
Panduan ini khas untuk anda yang nak belajar tulis ayat iklan tapi tak tahu nak mula dari mana:
- Tak tahu cara nak tarik minat pelanggan
- Selalu ambil masa lama untuk tulis iklan
- Dah banyak baca tapi still blur
- Tak pasti nak bagi offer yang mengiurkan
- Iklan dah spent banyak, sales sikit!
Insyaallah, panduan ini akan bantu anda langkah demi langkah bermula daripada zero sampai siap ayat iklan dengan cara yang mudah diamalkan.