Cara Saya Pastikan Pelaburan Ilmu Itu Berbaloi-baloi Untuk Bisnes | Anda pernah beli produk digital di internet?
Apa itu produk digital?
Produk Digital: Ebook, DVD, Membership, Plugin, Software, Design & sabagainya.
Jika pernah, saya ada beberapa soalan nak tanya:
“Anda beli ebook, anda ikut ke apa yang penulis tu bagitahu?”
“Anda beli software, anda guna ke software tu?”
“Anda beli DVD Video panduan XXX, anda buat ke?”
Atau anda jenis yang:
“Lepas baca ebook, anda simpan dalam untuk dijadikan koleksi..”
“Lepas tonton video, anda simpan buat penuhkan hard-disk laptop”
“Lepas beli software, anda selalu tangguh untuk terus install…”
Jika anda ada masalah ini, situasi anda sama macam saya.
Dan ada berita baiknya,
Saya dah jumpa bagaimana saya boleh perah sehabis baik ilmu & manfaat daripada produk digital yang saya laburkan…
Nak tahu, jom saya kongsikan.
Dalam artikel ini saya akan kongsikan tentang sebelum, semasa & selepas saya beli apa sahaja produk digital.
1. Sebelum saya beli produk digital saya akan fikir tentang..
“Apa yang aku perlukan sekarang?”
“Apa masalah yang aku sedang hadapi sekarang?”
“Apa ilmu yang boleh selesaikan masalah aku ni?”
Jika saya dah jumpa soalan nombor satu & dua. Baru saya tanya guru-guru saya atau kawan-kawan saya tentang soalan nombor tiga.
Mereka ini akan beritahu saya…
“Apa ilmu yang boleh selesaikan masalah aku ni?”
Tak dinafikan ada yang percuma, ada yang berbayar.
Saya tak ada masalah dengan ilmu percuma atau berbayar. Bahkan, saya hargai orang yang sanggup korbankan masa mereka untuk ajar saya.
Nak tahu satu rahsia?
Kebanyakkan kita lambat berjaya bukan disebabkan cikgu kita tak pandai atau panduan digital tu tak bagus.
Tapi disebabkan kita tak kenal pasti dahulu,
“Apa yang kita perlukan sekarang?”
Itulah punca utamanya,
Kita cari ubat sebelum kenal pasti apa penyakit kita.
Ok, selepas saya buat perkara ni…
2. Saya cari penyelesaian & akan buat pertimbangan…
Andaikata saya jumpa satu produk digital. Ini soalan yang saya akan tanya:
“Produk ini ke yang aku cari selama ni?”
“Apa yang produk ni boleh selesaikan?”
“Jika, saya dah puas hati. Baru saya akan beli…”
Nampak tak flownya?
Saya tak pandang dulu siapa yang jual.
Saya pandang apa yang penjual tu boleh tolong saya.
Jika produk tersebut menepati keperluan saya,
Baru saya lihat siapa yang jual & beli produk tersebut.
Kenapa saya buat macam ni?
Saya nak pastikan betul-betul sesuatu produk digital tu bermanfaat sepenuhnya dalam bisnes & hidup saya.
Saya bukanlah orang yang beli sesuatu produk disebabkan penjualnya popular di internet semata-mata.
Ada jer, produk yang penjualnya tak popular.
Tapi, sangat bermanfaat dalam bisnes saya.
Ok, selepas saya dah beli sesuatu produk digital.
3. Saya akan buat macam ini…
Jika saya beli ebook,
Saya akan baca dan sambil buat.
Sekali lagi,
“Saya akan baca & sambil buat”
Contoh: Ebook Cara Tulis Ayat Iklan Di Facebook.
Jika anda ada masalah nak tulis ayat iklan & dah download ebook percuma saya ni.
Kalau saya jadi anda,
semasa saya baca ebook tersebut.
Saya akan buka perisian yang dinamakan ‘notepad’ & sambil ikut apa yang penulis tu kongsikan.
Kenapa saya buat macam ni?
Sebab saya tahu, bila saya dah habis baca ebook tu. Saya tak akan ada masa lagi untuk praktikkan ilmu tersebut.
Jadi, saya baca & sambil buat apa yang saya faham.
Contoh lain: DVD Cara Buat Duit Dari Apa Yang Ada
DVD ni kongsikan ilmu cara nak mula bisnes dengan apa yang ada dalam bentuk rakaman video webinar (Seminar Online).
Setiap sesi 2 jam, ada 4 sesi.
Kalau saya nak tunggu seminar ni habis baru nak buat. Memang tak terbuat. Percaya cakap saya. 🙂
Jadi apa yang saya buat adalah…
“Sambil tonton, sambil tulis & praktikkan”.
Ya, itulah rahsianya.
Mudahkan?
Akhir kata…
Saya nak tanya.
Anda dapat sesuatu daripada artikel ini?
Atau anda ada cerita menarik nak diceritakan?
Boleh je kongsikan diruangan komen.
Insyaallah, ramai yang akan terinspirasi dengan cerita anda.
Sekian dahulu dari saya.
Pesanan akhir…
“Jangan takut labur untuk ilmu. Dengan ilmu, kita akan menjadi lebih bijak dalam membuat sesuatu keputusan” 🙂