LAFAZ JUALAN TAK PATUT SYARIAH – Hilang berkat berniaga! Dalam membina ayat copywriting, ada lafaz-lafaz tertentu kita kena tapis.

Artikel kali ini menyentuh beberapa bab yang saya rasakan penting untuk usahawan muslim tahu. Dalam semua perkara, walaupun syok tapi ada batasnya.

Ini antara lafaz-lafaz yang tak patuh syariah di sisi agama. Antaranya:

1. Gerenti.
2. Confirm.
3. Pasti.

Dalam islam, melarang penggunaan lafaz-lafaz ini untuk menunjukkan hasil. Sebab, kita seolah-olah mendepani takdir dan melangkaui kudrat Allah SWT.

Semua perkara terjadi dengan izin Allah SWT.

Jadi sehebat mana pun produk atau servis kita. Ia tetap bergantung kepada keizinan-Nya. Bila kita menggunakan lafaz seperti Gerenti sembuh, Confirm dapat RM10000 dalam 3 bulan, Pasti hilangkan jerawat anda, dll.

Akan menyebabkan manusia fikir, produk yang menyembuhkan bukan Allah SWT.

Contoh: Produk Kecantikan.

“Anda pakai hari ini, esok gerenti putih”

Siapa kita yang boleh gerenti orang itu putih.

Seolah kita yakin, produk itu yang memutihkan
secara mutlak, bukan dari keizinan Allah SWT.

Sepatutnya kita beritahu seperti ini:

“Berdasarkan kajian xxx, anda boleh nampak kesan kulit semakin putih & cerah kurang 7 hari”

Contoh lain: Produk info (ebook, dvd, dll)

“Confirm kaya setelah guna teknik xyz”

No! Kita tak boleh confirmkan hasil yang sebegitu
rupa, walaupun produk kita tu power gila.

Jadi, bagaimana nak jadikan nya patut syariah,
Ini antara cara yang boleh dilakukan.


Jika tersalah, harap boleh tegur saya di ruangan komen, kita boleh bincang:

 

1. Jaminan pulangan wang.

Jangan sesekali jamin hasil yang bakal mereka terima,
Tetapi jamin wang akan dipulangkan.

Sekiranya, hasil tak seperti dalam ayat iklan.
Mereka boleh dapatkan wang mereka kembali.


2. Guna perkataan ‘hasil kajian’

Jangan guna perkataan ‘confirm’,
Kita bukan tuhan nak confirm sesuatu hasil.

Tapi sebaiknya, gunakan hasil kajian tertentu
Yang menyokong keberkesanan servis/produk kita.


3. Lafaz insyaallah.

Tukar perkataan ‘pasti’ kepada insyaallah,
Beserta testimoni yang menyokong.

Insyaallah, lebih diberkati.

 

Semoga artikel kali ini bermanfaat untuk para pembaca sekalian 🙂