Kalau kita jelas dengan apa yang kita nak, banyak benda kita boleh siap & sempurnakan.
Pernah dengar ayat ni?
Berita baik untuk anda. Benda ni memang powerful. Jika anda baca artikel ini elok-elok, anda akan nampak rasionalnya tip ini dalam kehidupan.
Untuk memudahkan faham, saya kongsikan dalam bentuk penceritaan.
Apa maksud …
1. Bila kita jelas dengan apa yang kita nak. Banyak masa kita boleh jimat.
Situasi 1: Pusing 2 jam di Tesco.
Anda pernah tak ambik kunci kereta & jalan-jalan tanpa matlamat?
Macam saya …
Saya pernah pergi Tesco tanpa matlamat. Hanya jalan-jalan, tak tahu nak beli apa.
Kesudahannya, saya membazir masa hampir 2 jam.
Hanya pusing-pusing. Akhirnya, beli roti.
Bila saya balik. Saya terfikir.
Apa masalah saya?
- Saya tak tahu nak beli apa.
- Saya tak tentukan dulu apa saya nak beli.
Lebih teruk, saya cuba membuat andaian. Bila dah sampai Tesco, baru saya tahu apa nak beli. Ia silap!
Ia menyebabkan saya rugi banyak masa berharga saya.
Sekiranya anda pernah alami situasi yang sama. Ini saranan saya kepada anda:
- Duduk 5 minit, fikir apa nak beli.
- Buat senarai pendek di kertas atau phone.
- Pergi Tesco, beli & balik.
Saya jimat masa 2 jam dengan luangkan 5 minit sahaja untuk berfikir. 🙂
Bukankah ia lebih produktif?
2. Bila kita jelas dengan apa yang kita nak. Lebih cepat kita sempurnakan sesuatu tugasan.
Situasi 2: Basuh baju, masak & kemas bilik.
Siapa pernah terfikir nak baut 3 pekerjaan serentak?
- Basuh baju.
- Memasak.
- Kemas bilik.
Jika anda seorang perempuan, saya percaya benda ni amat mudah untuk anda lakukan. Tapi jika anda seorang lelaki yang jenis tak boleh terima 10 tugasan dalam satu masa.
Anda akan terfikir-fikir: “Mana satu aku nak buat dulu ni?” hehe 🙂
Setuju?
Saya jenis orang yang tidak boleh menerima 10 arahan dalam satu masa. Saya bingung & blur.
Jika saya diberi 10 tugasan oleh ibu, saya hanya akan ingat 3 sahaja. Selebihnya, saya akan delegate dekat adik-adik saya.
Biarlah 3 tugasan tu berat. Saya boleh buat. Insyaallah.
Saya boleh tumpu & selesaikan secepat mungkin. Jangan beri saya 10 tugasan, biasanya tak siap. 😉
Sekiranya anda macam saya. Apa yang anda boleh lakukan adalah:
- Pilih tiga tugasan yang anda nak selesaikan.
- Pilih yang paling cepat anda mampu selesaikan.
- Kemudian selesaikan tugasan tu dulu & tugasan seterusnya akan menyusul.
Insyaallah, anda akan gembira pada hari itu. Melihat tugasan anda semua sudah selesai dengan jayanya.
Boleh ikut setakat ni? Ok, poin ketiga pula.
3. Bila kita jelas dengan apa yang kita nak. Kita sanggup buat apa sahaja demi capai matlamat kita.
Situasi: Tanam pokok vs Tuai hasil.
Bila anda kata, anda nak tanam pokok.
Sebenarnya, anda bukan nak tanam sangat pokok tu.
Apa yang anda inginkan adalah apa yang pokok tu boleh bagi.
Contoh: Pokok Durian.
Bila anda kata nak semai benih durian.
Sebenarnya anda bukan nak semai sangat pun biji benih tu.
Ataupun anda nak cerita dekat anak-cucu anda yang pokok durian ni. Anda yang tanam.
Rasional tak?
Ok sekarang, cuba anda berfikir sekejap. Kenapa anda baca artikel ini?
Terus terang cakap…
Anda bukan nak sangat pun baca artikel ni. Tapi, anda nak tahu apa ‘VALUE’ yang artikel ni boleh bagi pada anda.
Setuju dengan statement saya? 🙂
Oleh sebab itu, dalam setiap ruang dan peluang yang menjelma di depan anda:
- Anda kena sentiasa berfikir.
- Fikirkan: ‘kenapa aku buat benda ni?”.
- Apa yang aku nak sebenarnya?
- Betul ke aku perlukan benda ni?
- Biar ia jelas.
Supaya anda mudah nak buat keputusan nanti.
Adakah Artikel Ini Membantu Anda Berfikir Dengan Lebih Baik?
Jika anda ada apa-apa nasihat atau cadangan. Jangan segan untuk komen ya. Komen anda diperlukan supaya saya boleh hasilkan artikel yang lebih berkualiti dimasa akan datang.
Terima kasih saya ucapkan. 😉
Sekian daripada saya,
Faris Osman
Copywriter & Founder Mazhab Copywriting.
Nak saya bantu naikkan jualan anda? Klik Sini