Khas untuk usahawan online yang nak belajar cara tulis iklan menjual yang terbukti berkesan.

“Dah Penat Tulis Iklan Tapi Prospek Yang Masuk Sikit? Takde Guru Yang Boleh Tolong Review? Panduan Video Online Ini Mungkin Yang Anda Cari…”​

Saya nak bocorkan ‘The Secret Proven Copywriting’  yang saya sendiri guna berkali-kali untuk bantu klien jana jualan 5 -6 angka sebulan di online sejak 2016 – 2021.

PUIM

Hai, nama saya Faris Osman

Saya merupakan Ketua Copywriter di Facebook Advertising Agency (Team FAMES) sejak 2016 sehingga sekarang.

Saya juga pernah dipanggil menjadi trainer & bekerjasama dengan badan kerajaan dan NGO seperti: Kementerian Wilayah, MDEC, PUIM, dll.

Sejak Januari hingga Jun 2019, kami dah uruskan lebih RM1 juta duit iklan klien. Dan alhamdulillah, hasil pulangan 8 angka setahun.

Jika anda ada masalah di bawah & tengah ‘buntu & serabut kepala’ sebab lead yang masuk sikit sangat!!

✅ Takde idea nak tulis iklan
✅ Iklan banyak like tapi takde sales
✅ Lead yang masuk majoriti kaki survey
✅ Stok banyak lagi tak terjual
✅ Takde cikgu untuk dirujuk

Maka, laman ini sangat sesuai untuk anda!

Sekarang, mari saya kongsikan formula rahsia… 

Bagaimana copywriter lejen seperti Eugene Schwartz, David Ogilvy & Claude Hopkins buat billion $USD dolar setahun sejak 1900-an?

Ya, billion dolar berjaya dijual hanya dengan tulisan.

Bukan sekali, tapi berkali-kali.

Apa rahsianya? Salah satunya adalah… mereka menggunakan ilmu yang digelar “Direct-Response Copywriting”.

Apa Itu Direct-Response Copywriting?

Ia adalah ilmu khas untuk dapatkan prospek yang berkualiti dengan cepat melalui surat khabar, majalah, dll.

Yang bestnya, ilmu ini evergreen & mudah diamalkan.

Tak perlu guna ayat bombastik, dsb.

Hanya guna ayat perbualan biasa pun menjadi. Mesra newbie! Sesuai untuk yang tak berapa reti menulis tapi nak buat jualan di online.

Ilmu ini dah digunakan sejak tahun 1900-an lagi.

Daripada iklan-iklan macam ini, mereka dah dapat buat jualan jutaan & billion dolar $USD setahun. Menarik kan?

Apa yang paling best?

Saya dah REVAMP ilmu ini supaya ia mesra media sosial (Facebook, IG, dll)

Ini sebahagian pengalaman peserta yang dah amalkan…

Case Study: Cikgu Ali Hanafiah

“Sebelum belajar, rasa nak pulas kepala buat copywriting. Tapi selepas tonton video. Dah makin faham proses! Iklan baru 53 klik, dapat jualan RM1800

(Penafian: Gambar di atas hanya untuk buktikan ilmu ini masih berkesan. Namun begitu, hasil setiap orang berbeza-beza)

Bagaimana Nak Belajar Dengan Cepat?

Saya dah ringkaskan dan susun ilmu ini dalam bentuk video tutorial.

“Daripada kertas kosong, sampai siap!”

Memperkenalkan; Mazhab Copywriting Junior 3.0

Panduan video tutorial step by step yang direka khas untuk bantu anda hasilkan copywriting yang berkesan (walaupun anda baru mula berniaga semalam)

  • Tak perlu pergi kelas
  • Hanya tonton daripada rumah
  • Follow video, tup tap siap iklan

Saya bahagikan kepada 4 bab utama…

Total semua ada 22 video tutorial step by step (Psstt..lebih 2 jam tau)!

Apa Anda Akan Belajar?

Dalam bab ini, anda akan lebih jelas bagaimana nak bermula. Apa gerak kerja yang perlu didahulukan & dikemudiankan.

Topik yang akan dikongsikan:

  • Bagaimana psikologi otak manusia buat keputusan membeli?
  • Punca-punca kenapa kita blur bila nak mula menulis?
  • Apa yang kita perlu buat sebelum menulis iklan?

Semuanya ada 7 video, saya terang satu per satu!

Selepas anda dah nampak punca sebenar kenapa takde idea.

Dalam bab ini, anda akan ketahui apakah perkara yang perlu dibuat sebelum tulis iklan. (supaya time nak menulis, idea mencurah-curah)

Antara topik-topik best dalam bab ini:

  • Cara paling simple buat avatar pelanggan
  • Cara korek keunikan produk yang prospek suka
  • Cara power memilih tawaran yang prospek nak
  • Cara memilih kriteria pelanggan kelaparan

Total semua, ada 4 video!

Sekarang, tibalah masanya untuk anda menulis iklan. 

Dalam bab ini, saya bongkarkan langkah demi langkah menyusun perkataan berpengaruh.

Antara topik killer dalam bab ini:

  • Apakah prinsip iklan berpengaruh?
  • Cara senang & mudah tarik perhatian pelanggan
  • Bagaimana nak buatkan prospek rasa berminat?
  • Elemen penting untuk buatkan prospek percaya
  • Cara cipta tawaran yang power zaman berzaman!

Bab ini sebab nak terang detail, ada 9 video!

 

Sebelum ini anda dah siap draf copywriting kan?

Dalam bab ini, saya kongsikan jugak cara untuk edit kasi kemas & mudah dibaca supaya prospek rasa tertarik.

Antara benda menarik sepanjang sesi ini:

  • Saya tunjuk praktikal cara saya buat editing
  • Apa perlu diedit? 
  • Apa perlu di-delete? Saya kongsikan!

Saya rakam 2 video untuk bab ini!

Berapa Pelaburan Ilmu Untuk Kuasai Ilmu Ini?

Serendah RM70 sahaja

  • Yuran SEKALI SEUMUR HIDUP!
  • Saya terang dalam bahasa mudah
  • Boleh ulang-kali tonton sampai faham

Jom baca feedback mereka yang dah dapatkan panduan ini…

Bukan itu saja…

Saya tambah lagi 4 Bonus Percuma – Fail Sulit Copywriter (Nilai: RM297) yang saya sendiri guna untuk rujukan sebagai checklist.

Semua fail ini anda dapat akses 100% percuma bulan ini.

Percuma 4 Fail Sulit Copywriter (Nilai: RM311)

Dalam fail sulit pertama ni, saya akan tunjukkan bagaimana nak target orang yang lapar, berduit & mudah nak close? Ada 6 kategori pelanggan yang anda boleh target mereka dalam ayat iklan.

Dalam fail sulit kedua ini, anda akan dapat template ‘Copy, Adjust & Siap’  untuk hasilkan headline yang padu. Semuanya ada 18 template! Bila ada template, mudah anda nak siapkan tajuk iklan nanti.

Template dalam fail sulit ini akan buatkan prospek rasa penting baca iklan anda.. Sejak 19 Ogos 2019, Facebook telah terhadkan 3 baris sahaja intro sebelum klik see more. Jika anda gagal part ini, iklan tak akan dibaca.

Ini paling mahal. Saya bocorkan sekali, siap dengan contoh! Rahsia bina ayat tawaran yang buatkan pelanggan rasa teruja & rugi tak beli daripada anda. Ada 5 kategori tawaran yang anda boleh gunakan bulan ini.

30 Hari Money Back Guarantee

Maksudnya, jika anda dah tonton, dah cuba buat, tapi masih tak nampak hasil. Jangan risau! Anda tidak rugi apa-apa…

Dalam masa 30 hari, anda boleh emelkan [Nombor invois & nombor bank anda] ke mazhabcopywriting@gmail.com

Saya akan bagi full-refund dalam masa 24-48 jam tanpa tanya 1 soalan pun.

Lifetime VVIP Facebook Group Support

Saya juga ada sediakan bonus bantuan sokongan dalam FB group. Anda boleh tanya soalan, review ayat iklan – bila-bila masa! (TnC Apply)

Nah, kini anda dah ada cikgu untuk ditanya (Pakej VIP sahaja)

Penafian: Lifetime bermaksud khidmat nasihat selagi saya hidup & berada dalam bidang advertising. Bukan saya yang buatkan copywriting anda tau.

Berminat Nak Dapatkan 22 Video Untuk Anda Kuasai Ilmu Copywriting Ini?

Cara nak order video ini sangat mudah…

  1. Pilih pakej di bawah
  2. Klik butang ‘Beli Sekarang’ 
  3. Buat pembayaran & dapat akses automatik.

p/s: Harga akan sentiasa naik. Dapatkan hari ni dengan 30 hari jaminan pulangan wang. Tiada risiko untuk anda tahu ilmu rahsia ini.

Pakej Silver

Promo: RM70
(n/p RM197)

Pakej VIP

Promo: RM197
(n/p RM397)