Nak belajar XYZ, tapi takut kena tipu?

Dalam artikel ini saya kongsikan pengalaman saya ‘bermentor’. Belajar berfikir, sebelum berguru. Itu benda penting yang patut ada dalam diri setiap manusia.

Bagaimana nak jumpa cikgu atau mentor yang betul-betul nak ajar kita?

Tak mudah.

Tak mudah, jika anda tiada ilmu. Percayalah! Anda akan ada nafsu nak belajar dengan semua orang. Anda akan jadi ‘buah catur’ yang mudah digerak-gerakkan. Kesian sungguh orang macam ni.

Jadi apa patut anda buat? Luangkan sedikit masa tu. Baca artikel ni. Saya tulis ni demi kepentingan anda.

Tak semua guru kita patut follow. Follow guru mengikut tip yang saya kongsikan ini.

Insyaallah, anda akan selamat. Boleh-boleh?

magnifying-glass-189254_640

1. Kenalpasti Masalah.

Sebelum nak cari guru.

Kenalpasti dulu apa masalah anda sekarang. Dah tahu masalah, baru cari guru untuk selesaikan masalah anda.

Apa yang menyedihkan ‘orang kita’ ni?

Cara kita berfikir selama ini terbalik.

YA, kita terbalik!

Kita sibuk belajar sana-sini, sebelum kita sendiri tahu apa masalah kita.

Setuju?

Jadi selepas ini, sebelum cari mentor. Kena tahu, apa masalah yang nak kita selesaikan. Baru baca poin nombor 2.

 

2. Siapa yang boleh bantu.

Dah tahu masalah.

Baru cari siapa yang boleh bantu kita. Cuba baca dulu perkongsian-perkongsian percuma dari mereka.

Contoh: kita tak tahu nak tulis iklan.

Search dulu dekat Google. “Cara tulis ayat iklan”. Baca blog-blog yang percuma dulu. Lihat konten-konten yang mereka tulis.

Kalau konten tu dah boleh bantu selesaikan sebahagian masalah anda. Itu tanda mentor tu serasi dengan anda.

Ada mentor yang bagus. Tapi tak serasi dengan cara kita. Tak sesuai jugak.

Pernah saya tengok, sambil belajar. Sambil mengumpat ‘guru’ tu.

Macamana lah nak berkat? Jadi cari yang serasi. Mudah ilmu nak masuk.

 

3. Kita mudah faham.

Ini antara yang penting.

Ada guru, dia ada ilmu. Tapi bahasa yang mereka gunakan, terlampau tinggi.

Kita susah nak faham.

Istilah yang digunakan pula, membuatkan kita bertambah pening.

Seeloknya, cari guru yang kita mudah nak faham. Sesuai dengan lenggok bahasa kita.

Barulah masa kita nak amalkan tu, nampak senang jer. Tak serabut.

Boleh ikut setakat ni? Ok, poin nombor 4.

 

4. Cari guru yang ada Result.

Cari guru yang dah ada result.

Guru yang memang dah biasa, buat benda yang kita kurang mahir.

Contoh: Anda nak jadi tukang masak Western

Cari guru yang dah biasa masak Western. Elakkan berguru dengan yang masak biasa-biasa ni. Nanti anda akan rugi masa jer.

Cari guru yang dah ada hasil (bukti). Iaitu hasil yang kita inginkan.

Contoh lain: Nak belajar buat iklan Facebook guna power editor?

Cari guru yang dah biasa buat. Jadi, dia nak ajar anda pun mudah.

Anda elakkan berguru dengan mereka yang buat setahun tak sekali. Teori je memanjang. Memang lambat la anda nak berjaya.

Result/hasil ini datang mungkin dari pengalaman guru tu.

Atau daripada kejayaan beliau mendidik anak buahnya untuk dapatkan hasil yang kita inginkan.

Dah faham? Tengok nombor 5.

 

5. Ada formula nak bantu kita.

Dia tahu bagaimana cara yang mudah nak bantu kita.

Dia ada formula lah senang kata.

Ada guru, memang ada result yang gempak meletop. Mereka orang ternama. Tapi mereka tiada cara untuk bantu kita secara spesifik.

Mereka hanya tahu teori. Tapi tak tahu nak ajar macamana secara praktikal.

Selalukan tanya diri kita:

  • Betul ke mamat ni boleh bantu?
  • Adakah formula yang dia ada ni sesuai untuk aku?

Lain guru, lain kelebihannya.

Mana ada cikgu pakar sains yang boleh ajar secara mendalam ilmu sejarah?

Fikir-fikirkan.

 

6. Guru yang mahu bantu kita.

Kalau dia ada ilmu, tapi tak nak bantu kita.

Tak boleh juga.

Contoh: Jutawan Mee Bandung.

Kita tahu dia jutawan. Kita nak belajar dari dia buat Mee Bandung. Tapi dia takde masa.

Agak-agak adakah kita perlu paksa dia?

“Tuan, ajarlah saya jadi jutawan. Saya nak niaga Mee Bandung”

Jangan harap.

Sebab itu kita kena sentiasa bersyukur. Kalau ada orang nak ajar kita.

Kadang-kadang sikap kita yang suka mencari benda percuma.

‘Memakan’ diri, masa & tenaga kita.

Tak salah bayar masa guru tu untuk ajar kita. Kita mungkin rasa rugi duit. Tapi fikir tentang pengalaman dia yang kita dapat. Duit boleh dicari, tapi pengalaman sebenar bertahun-tahun susah kita nak miliki.

Tak semua orang ada masa ajar kita. Jadi bersyukurlah kalau ada yang nak bantu.

Sekurangnya, dia dah boleh bantu sedikit kesakitan kita, daripada terlanggar ‘dinding’ berkali-kali.

 

7. Boleh ‘keep in touch’ dengan kita.

Ini tip tambahan sebenarnya.

Guru yang boleh tegur kalau kita tersilap. Yang ini kalau anda dapat, memang beruntung bebenor.

Kita sedia maklum. Nilai masa seorang guru itu sangat berharga.

Setiap hari mereka penuh dengan komitmen lain.

Sekiranya anda dapat jumpa guru yang betul & sanggup luangkan masa dia untuk selesaikan masalah anda.

Hargailah mereka. Itulah namanya ‘Keep in Touch’.

Kata-kata orang alim; “Orang yg menghargai sahaja akan dihargai kelak”

Habis 7 tip pilih mentor yang betul.

Disclaimer: Rambut sama hitam, niat dihati siapa yang tahu. Jadi, teruskan berguru. Dalam masa sama, berhati-hati memilih guru. Semoga kita terus berjaya dimasa hadapan. Amin.

 

Anda Dapat Sesuatu Dalam Artikel Ini?

Semoga anda jumpa guru yang anda cari-cari selama ini. Macam saya sendiri, saya ada ramai guru. Ini antara kawan-kawan & guru-guru saya. Hidup ada guru sungguh best, banyak masa boleh dijimatkan.

Jangan pilih guru sebab dia lebih tua, tapi pilih berdasarkan 7 tip yang saya kongsikan sebelum ini. Guru tua, belum tentu boleh bagi apa yang kita perlukan.

Gambar

 

Sekian daripada saya.

Faris Osman.
Copywriter & Founder Mazhab Copywriting.
Nak jumpa? Klik Sini.