Faris Osman mula terlibat dalam dunia bisnes online sejak tahun 2009 & aktif berkongsi kepakaran beliau dalam copywriting sejak tahun 2013.
Disebabkan beliau suka berkongsi ilmu tentang teknik & strategi penulisan iklan, beliau telah dijemput sebagai Trainer & Speaker untuk beberapa syarikat dan badan kerajaan seperti:
- Program Enterwip 2016 anjuran Kementerian Wilayah Persekutuan.
- Program E-Usahawan di bawah Malaysia Digital Economy Corporation. (MDEC)
- Perbadanan Usahawan Nasional Berhad. (PUNB)
- Group Mentoring Copywriting anjuran Persatuan Usahawan Internet Malaysia. (PUIM)
- Bengkel Facebook Marketing, Firdaus Azizi Training & Consultancy.
- Syarikat Kosmetik Ternama Mary Jardin.
- Penapis Air Bio Ultra. (HQ)
- Syarikat Sejagat Global Sdn. Bhd.
Bermula tahun 2017, beliau telah dilantik menjadi Ketua Copywriter sepenuh masa di agensi pengiklanan Facebook Ads Malaysia (FA Marketing Sdn Bhd | 1192365-A) untuk membantu lebih ramai usahawan jalankan servis pengiklanan & pemasaran online.
Antara produk/syarikat yang beliau pernah uruskan:
- Syarikat Buku Online.
- Produk kesihatan.
- Produk minuman koko.
- Produk fesyen.
- Produk kulit bayi.
- Produk ibu menyusu.
- Penapis air.
- Servis Baiki Laptop.
- Program cuti sekolah (mengaji, memanah, dll)
Setakat hari ini, jumlah klien premium yang pernah beliau uruskan adalah 17 buah syarikat dengan produk & servis yang berbeza-beza.
Dengan pengalaman sebagai trainer, konsultan pengiklanan & penyedia servis, beliau ada kemahiran untuk ‘baca’ apa yang berkesan & tidak berkesan digunakan untuk pemasaran online.
Jika anda nak belajar dengan beliau, boleh mulakan langkah di sini. Beliau ada kongsikan ilmu percuma tentang copywriting dan ilmu menjual di online.