Berikut ada 6# Booster Utama Untuk Tarik & Tapis Kelompok Prospek Yang Lapar Produk atau Servis Kita!

  1. Pilih 1 segmen pelanggan.
  2. Masukkan elemen di bawah.
  3. Panggil mereka di headline.
DemografiGeografi
👥🏡
SosiografiBooster
🗣🔥

Siapa Pelanggan Kelaparan?

Mereka yang terdesak perlukan penyelesaian.

Jual kepada mereka yang terdesak, lebih mudah berbanding mereka yang sekadar nak survey.

Kata kuncinya: Terdesak!

Bagaimana Nak Pilih Pelanggan Kelaparan Untuk Produk @ Servis Kita?

Sebenarnya secara psikologi.

Seorang manusia itu akan jadi terdesak bila mereka mahu tapi kurang mampu + kesuntukan masa untuk selesaikan tugasan.

Anda boleh rujuk ‘booster’ untuk dapatkan idea siapakah pelanggan kelaparan untuk niche anda.

Booster Target 1# – Golongan First Timer!

Kriteria:

  • Mereka yang nak buat sesuatu yang baru tapi tak tahu cara yang betul.
  • Mereka yang nak buat sesuatu yang baru tapi takut dan risaukan kegagalan.

Contoh:

  • Mereka yang nak travel ke Jepun tapi tak tahu apa yang perlu disediakan.
  • Mereka yang baru nak bernikah tapi risaukan kehidupan selepas kahwin.
  • Mereka yang baru pertama kali jadi ibu & tak tahu cara nak uruskan bayi dengan betul.

Kata Kunci:

“Golongan ini perlukan seseorang untuk guide mereka. Sebab fitrahnya; Manusia itu tak tahu & risaukan kegagalan. Mereka terdesak mencari solusi!”

Booster Target 2# – Golongan Yang Tengah Struggle!

Kriteria:

  • Mereka yang dah cuba macam-macam (untuk selesaikan masalah) tapi masih tak berjaya.

Contoh:

  • Mereka yang dah cuba macam-macam cara untuk buat bisnes tapi masih tak nampak hasil.
  • Mereka yang dah cuba repair sendiri air cond yang tak sejuk tapi masih tak berfungsi.
  • Mereka yang dah hadir bermacam temuduga kerja tapi masih tak berjaya.

Kata Kunci:

“Sesiapa sahaja yang berada dalam fasa struggle adalah orang yang terdesak inginkan penyelesaian. Anda target orang ini, mudah anda nak close!”

Booster Target 3# – Golongan Yang Pernah Rasa/Dengar Pengalaman Pahit!

Kriteria:

  • Mereka yang pernah rasa pengalaman pahit dan tak mahu mengulanginya.
  • Mereka yang pernah rasa pengalaman pahit dan nak tahu dimana silap/puncanya.
  • Mereka yang pernah dengar pengalaman pahit & tak mahu mengalaminya.
  • Mereka yang nak berubah disebabkan ada pengalaman dimalukan, dibenci, dikutuk, dihina, tak boleh tidur, pening kepala, sakit hati, cemburu, dengki, dll.

Contoh:

  • Mereka yang dah pernah rasa duit beribu ringgit lesap melabur saham & nak tahu puncanya.
  • Mereka yang pernah kena caj bil hospital beribu ringgit dan tak mahu mengulanginya.
  • Mereka yang pernah dengar pengalaman kereta member kena curi dan perlukan cara untuk keretanya dicuri.
  • Mereka yang pernah dikutuk sebab menganggur hidup miskin mengharapkan duit mak ayah.

Kata Kunci:

“Jual ubat kepada mereka yang pernah rasai kesakitan lebih mudah berbanding jual vitamin kepada orang yang sihat. Golongan ni pun mudah nak close!”

Booster Target 4# – Golongan Yang Mencari Penyelesaian ‘Suitable For Me’

Kriteria:

  • Mereka yang ada banyak pilihan penyelesaian tapi tak tahu yang mana sesuai untuk dia.
  • Mereka yang mencari penyelesaian yang spesifik untuk masalah mereka yang spesifik.

Contoh:

  • Mereka yang tengah cari cara hilangkan jerawat dekat kepala bayi. (Spesifik)
  • Mereka yang nak cari plan takaful terbaik untuk dia dan keluarga tapi tak reti buat perbandingan.
  • Mereka yang memang nak beli penapis air AAA tapi tak tahu jenis mana yang sesuai untuk dia.

Kata Kunci:

“Golongan ini alami masalah ‘paradox of choice’ dan mencari yang spesifik untuk buat keputusan. Tugas anda bantu buat perbandingan & terangkan ia sesuai untuk mereka”

Booster Target 5# – Golongan Yang Berdepan Dengan ‘High-Risk Effect/Invest’

Kriteria:

  • Mereka yang berdepan dengan risiko/kegagalan yang lebih besar, jika masalah tak diselesaikan.

Contoh:

  • Mereka yang nak beli rumah dalam masa sama takut tak balik modal.
  • Mereka yang terpaksa buat pembedahan jika tidak dirawat dengan segera
  • Mereka yang bakal dipecat kalau tak capai sekian-sekian prestasi.

Kata Kunci:

“Golongan ini terdesak cari solusi disebabkan risiko masa depan yang mereka bakal hadapi. Gunakan & ingatkan elemen ‘takut’ untuk memudahkan close sales”

Booster Target 6# – Golongan Yang Kesuntukan Masa Untuk Buat/Dapatkan Sesuatu!

Kriteria:

  • Mereka yang tak tahu nak prepare apa sebelum masa/tarikh tertentu
  • Mereka yang ingin capai impian sebelum orang yang disayangi tiada
  • Mereka yang kena buat/dapatkan sesuatu sebelum masa/tarikh tertentu.

Contoh:

  • Mereka yang tak tahu nak sedia apa sebelum nak hadir temuduga PTD.
  • Mereka yang nak hantar mak ayah pergi haji sebelum mereka meninggal.
  • Mereka yang terpaksa lulus Band 3 untuk peperiksaan MUET @ tak boleh grade.

Kata Kuncinya:

“Golongan ini mestilah terpaksa buat sesuatu & terikat dengan masa. Masa menyebabkan mereka perlu selesaikan masalah dengan segera!”

Booster Bonus 6# – Selitkan Elemen Di Bawah Ini Pada Headline!

Elemen:

  • Demografi: Umur, Jantina, Kerja, Pendidikan.
  • Geografi: Tempat Tinggal, Tempat Belajar, Tempat Lahir, dll.
  • Sosiografi: Pernah jadi pelanggan, pernah datang butik, Pernah beli produk ABC, dll.

Contoh:

  • Tawaran ini khas untuk pembeli telekung umairah pada bulan Ogos 2018.
  • Mereka yang cari food delivery area KL
  • Mereka yang berkerja sebagai nurse & tengah mencari seluar kerja yang sejuk dan selesa

Kata Kunci:

“Semakin spesifik kriteria pelanggan ideal, semakin mereka rasa ‘special’ dan berminat mahu berurusan dengan kita. More specific, more credible!”