Nak Naikkan Harga, Tapi Pelanggan Taknak Beli Sebab Mahal? Buat 3 Benda Ini!

Produk Mahal

Jika anda ada hasrat nak naikkan harga, artikel ini untuk anda.

Naikkan harga ini nampak untung pada kira-kira. Tapi berisiko jika anda tak tahu apa yang pelanggan inginkan.

Last-last kena turunkan balik harga.

Dalam artikel kali ini, saya akan kongsikan punca kenapa prospek rasa produk anda mahal dan apa yang perlu anda buat.

Kita pergi kepada punca dahulu.

Kenapa masalah komplen harga mahal ini boleh terjadi?

1) Terlalu Banyak Pilihan Penyelesaian

Ini hakikat yang anda perlu terima.

Selain anda, ada ramai lain peniaga online jual produk yang lebih kurang sama.

Sebenarnya, ia bagus. “Aik, yeke! kenapa pulak Faris?”

Yup, secara teoriya. Bila ada persaingan, itu menunjukkan produk yang anda jual ada permintaan. So, bagus la kan?

Cuma cabarannya, prospek ada lebih banyak pilihan.

Sama ada nak beli dengan anda atau orang lain.

2) Tak nampak beza

Daripada segi luaran, semua nampak sama.

Jika produk anda ‘kelihatan’ sama seperti produk orang lain, maka mereka akan pilih yang murah.

Itu adalah lumrah sebagai manusia.

Contoh:

Beli dengan peniaga A – Dapat ABCD
Beli dengan peniaga B – Dapat ABDC

Tiada beza.

Automatik otak kita akan terus buat perbandingan dari segi harga.

Mana yang lebih murah, biasanya akan menang.

Jadi, macamana nak selesaikan?

Ini 3 benda yang anda boleh buat…

1) Bagi tawaran yang ‘nampak’ berbeza di mata pelanggan

Cadangan saya. Kalau dulu anda jual produk satu-satu.

Cuba pakejkan dan jadikan dalam bentuk combo dengan harga yang premium.

Contohnya: Jual Serum Rambut (RM49/unit)

Pakejkan dalam bentuk combo 3, 5 & 7 unit dan bagi free gift yang mengiurkan seperti:

  • Combo Trio RM100 = 3x Unit Serum + FREE Kupon Medispa bernilai RM199
  • Combo Five RM197 = 5x Unit Serum + FREE 1 Hour Soul Session Talk with Prof Muhaya
  • Combo XXX RM297 = 7x Unit Serum + FREE 3x Ticket Parenting Session with Dr Taufik razif

Walaupun niatnya nak jual serum yang sama.

Tapi bila dipakejkan, prospek dah tak terfikir nak banding dengan pesaing lain.

2) Ubah sasaran pelanggan yang lebih berduit & kelaparan

Bila anda jual pakej dengan harga premium, sasaran pelanggan pun haruslah premium.

Jangan target yang nak beli satu-satu lagi.

Cuba target yang BERDUIT dan betul-betul LAPAR dengan offer yang kita nak bagi.

Contoh Offer: FREE Gift Session Parenting bersama Dr Taufiq Razif

Cuba target ibu-ibu yang HIGH-PROFILE dan ada anak-anak kecil yang bermasalah.

Nak target segmen berduit ini macamana?

Mudah jer bila anda guna Facebook Ads.

Anda boleh tapis dekat UMUR, LOKASI bandar elite dan STATUS kerja.

Baca juga: Kenali Bagaimana Otak Pelanggan Hadam Ayat Iklan Yang Baru Mereka Lihat. Ini Cara Setting Facebook Ads

3) Perbaiki skil menerangkan produk & tawaran

Bila offer dah power, tapi skil anda terangkan lemah gemalai, tak jadi juga.

Anda kena belajar cara susun ayat iklan yang terang, ringkas dan mudah difahami oleh golongan HIGH-PROFILE.

Ilmu ini saya ada kongsikan dalam panduan Mazhab Copywriting Junior v3.0

Antaranya, selitkan perkataan yang pelanggan mudah nak hadam:

  • Boleh tahan 3 bulan
  • Tak perlu bayar tiap tahun
  • Yuran sekali seumur hidup, dll

Saya harap artikel ini membantu anda…

Jika anda ada soalan, boleh tanya di ruang komen. Saya biasanya akan jawab dalam masa 24 jam setiap hari. 👇

Mana tahu, cadangan percuma saya ni dapat naikkan sales anda.

5 1 vote
Rating This Post
Subscribe
Notify of
guest
Rating This Post
4 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
Scroll to Top