Pernah hadir sesi consulting?
Jika anda seorang bisnes owner & berhasrat untuk tempah slot konsultasi daripada mana-mana copywriter atau konsultan …
Pastikan anda tahu apa pertanyaan yang biasa ditanya oleh mereka.
Supaya anda boleh siap sedia dengan jawapan & melancarkan sesi konsultasi.
Berikut merupakan soalan-soalan asas yang biasa diajukan:
Disclaimer: Setiap copywriter ada gaya mereka bertanya. Namun, ikut pengalaman saya. Ia tidak akan lari banyak daripada 7 soalan ini.
1. Apa yang anda jual?
Pada saat soalan ini muncul.
Apa yang perlu anda beritahu adalah nama produk/servis anda.
Jika produk anda terlalu pelik, kena ceritakan serba sedikit ciri-ciri umum kepada mereka.
2. Masalah yang anda selesaikan?
Apa manfaat utama produk anda.
Jika produk anda berkaitan dengan penyelesaian masalah. Ceritakan masalah yang bagaimana anda boleh selesaikan.
Lebih spesifik, lebih jitu jawapan anda.
3. Nak jual kepada siapa?
Daripada manfaat produk anda.
Mungkin saja ramai yang patut membelinya. Namun sebaiknya, anda kena beritahu secara terperinci.
Siapakah target market anda yang sebenar.
Kemampuan anda jawab dengan baik pada bahagian ini, ia akan menentukan tahap kualiti sebuah sesi konsultasi.
4. Dah ada pelanggan?
Maksudnya dah ada pelanggan yang guna produk ini.
Jika ada, katakan ada. Jika tiada pun beritahu. Supaya mudah konsultan menemui masalah sebenar anda.
Mereka yang dah ada pelanggan & belum ada. Berbeza cara penyelesaiannya.
5. Apa yang berlaku pada pelanggan tu?
Bagaimana keadaan orang yang dah guna produk anda.
Adakah berpuas hati. Adakah ada perubahan positif pada diri mereka.
Ceritakan tentang feedback pelanggan kepada konsultan.
6. Ada rekod testimoni?
Ada tak screenshot testimoni.
Sama ada video atau bertulis. Jika ada, pastikan ia tersusun.
Supaya bila konsultan tanya, dimana mahu tengok testimoni.
Kita boleh terus tunjukkan satu per satu.
7. Apa tawaran yang anda sanggup bagi?
Ini yang pemilik bisnes agak bingung.
Sejujurnya bab tawaran ini memang kena kreatif sikit. Tawaran yang bagus bagi pelanggan ada 2:
- Tawaran yang buatkan pelanggan puas hati.
- Tawaran yang buatkan pelanggan hilang risiko.
Semoga soalan-soalan ringkas ini membantu anda bersedia.
Selamat berfikir. 🙂
Baca Juga: Bagaimana nak faham mindset menjual yang sebenar?