Ini kisah saya.
Saya percaya ramai dikalangan anda ada masalah ini. Anda ada masalah, tapi tak tahu cara nak selesaikan.
Bunyi macam berbelitkan? Mungkin kalau saya bagi contoh, anda boleh faham.
- Anda ada hutang, tapi tak tahu nak langsaikan.
- Bisnes anda merundum, tapi tak tahu nak selesaikan.
- Anda rasa tak sedap badan, tapi tak tahu sakitnya.
“Saya ada masalah tapi tak tahu nak selesaikan”
Anda pernah alami situasi ini?
Jangan risau, anda tidak keseorangan. Saya pun pernah alami situasi begitu.
Kisahnya, selepas saya tamat zaman universiti. Saya ada banyak gila masalah. Duduk dekat bandar, tapi takde kerja.
Harapkan belas ihsan duit MARA RM800 sebulan. Rasa loser gila. Tengok member lain dah bekerjaya. Kita masih tak tentu hala tuju.
Umur dah 20 lebih, tapi tak mampu bagi duit dekat mak ayah.
Inilah bilik saya dulu.
Hanya bertemankan kipas lama yang sudah uzur. Saya toleh kiri, toleh kanan.
Hampa.
Kehidupan saya masih sama. Hanya berdoa supaya diberikan jalan keluar. Tapi saya juga sedar. Kalau berdoa jer tanpa usaha, tak jadi jugak.
Sampai saya rasa, susahnya lah nak hadap satu per satu masalah ni.
Disebabkan terlampau banyak masalah, ini apa yang saya buat:
- Saya buat-buat macam tak ada masalah.
- Saya buat-buat macam masalah tu dah selesai.
- Saya tidur, baring, main laptop & buat-buat lupa dengan masalah.
Adakah anda pernah buat perkara yang sama?
Jika YA, anda sama macam saya. Cuba sembunyikan masalah. Tapi sebenarnya masalah itu masih ada.
“Kita boleh buat-buat senyum, tapi hati kita penuh dengan kerisauan.”
Alhamdulillah, setelah baca buku “How to deal with stress” yang ditulis oleh Stephen Palmer. Saya sudah menemui caranya dan hari ini saya ingin berkongsi secara percuma.
Mahu tahu caranya? Jom kita bermula dengan puncanya dahulu.
1# – Kenapa kita buntu bila ada masalah?
Sebenarnya ada 3 kemungkinan perkara ini berlaku dalam diri kita;
- Kita tak tahu CARA nak selesaikan.
- Kita tahu cara tapi TAK MAMPU nak buat.
- Kita terlalu memikirkan kesempurnaan.
Ya, ini 3 perkara yang saya dapat simpulkan.
Ada banyak cara untuk selesaikan. Cuma saya lebih selesa menggunakan Teknik CP.
2# – Apa itu Teknik CP?
Benda ni saya nak kongsi lama dah.
Cuma baru hari ini saya terbuka untuk berkongsi dengan anda.
Teknik CP ini bermaksud:
C – Cari.
P – Penyelesaian.Ini sahaja cara untuk selesaikan semua masalah – “Cari Penyelesaian”
Bila kita ditimpa masalah. Cuba duduk & fikirkan;
- Apakah perkara paling buruk akan berlaku jika masalah tak selesai?
- Adakah aku akan mati? Adakah aku akan menerima hukuman?
- Jika kita rasa masih boleh kawal, jadi chill dulu.
Semua orang ada masalah.
Dan yang bestnya, masalah yang kita hadapi sekarang. Sebenarnya telah diselesaikan oleh orang-orang terdahulu daripada kita.
Ya, dunia ini dah berumur beribu tahun.
Takkanlah takde seorang yang ada masalah sama macam kita.
3# – Apa yang kita boleh buat?
Cari orang yang pandai untuk bantu kita selesaikan masalah.
Contoh: Anda pening tak dapat jualan.
Carilah orang yang boleh bantu anda dapatkan jualan.
Masalah tiada jualan ini, bukan anda sorang jer ada. Mesti orang sebelum anda dah pernah alami masalah yang sama. Jadi, anda hanya perlu cari mereka dan tanya.
Minta pendapat mereka tentang apa yang perlu anda buat.
Contoh: Anda pening nak urus stok yg berlambak-lambak.
Carilah orang yang boleh ajar atau bantu anda urus stok.
Sebenarnya, kalau kita sanggup buka mulut untuk tanya. Ramai jer orang yang sedia untuk membantu. Cuba tanya kawan-kawan siapa yang pakai dalam bidang itu.
Kemudian anda carilah mereka.
Masalah tak akan hilang kalau anda tak selesaikan.
Contoh: Kita sakit perut.
Sakit yang betul-betul sakit.
Adakah kita akan duduk diam, buat-buat tidur? Sudah tentu tidak bukan? Apa yang kita buat?
Kita pergi klinik. Tanya doktor.
Jika sakit, kita pandai cari ubat. Kenapa bila ada masalah anda sanggup pendam sorang-sorang. Masalah ini penyakit, jika dipendam boleh melarat.
Nasihat saya, carilah mentor atau mereka yang pakar tentang masalah anda itu.
4# – Ironinya, ramai orang gila di dunia.
Bak kata Albert Enstein.
“Orang gila jer yang mengharapkan perubahan itu berlaku dengan membuat perkara yang sama”
Anda ada masalah. Anda buntu & celaru dalam hidup.
Anda dah buat perkara A tak menjadi. Dah 3-4 kali buat perkara A tak menjadi. Masalah masih tak selesai. Anda adalah ‘orang gila’ kalau buat perkara A tu berulang-kali.
Sebaiknya carilah penyelesaian lain. Baru anda dapat hasil yang berbeza.
5# – Be proactive.
Proaktif ni maksudnya anda kena mula lakukan sesuatu. Bukan tunggu sesuatu keajaiban berlaku.
Anda banyak hutang & tak tahu nak langsaikan.
Anda kena lakukan sesuatu. Anda tak boleh terus berdiam & mengharapkan keajaiban hutang itu selesai dengan sendiri.
Anda kena rancang untuk selesaikan hutang. Jika anda rasa dengan berjimat, anda boleh selesaikan hutang.
Silakan berjimat.
Jika anda rasa kena buat side-income, baru hutang selesai. Sila cari guru untuk anda buat side-income.
Jika anda berdiam & tak buat apa-apa. Hidup anda sama sahaja hari ini sampailah 10 tahun yang akan datang. Tiada perubahan.
6# – Cari penyelesaian yang mudah nak buat.
Situasi masalah setiap orang berbeza.
- Bisnesman mungkin ada masalah dapatkan pelanggan.
- Lawyer mungkin ada masalah dengan klien.
- Cikgu mungkin ada masalah dengan anak murid.
- Surirumah ada masalah dengan tugasan rumah.
Pokoknya, semua orang ada masalah.
Gunakan Teknik CP & pilih perkara yang mudah anda boleh buat;
- Kenalpasti siapa yang boleh bantu anda.
- Pergi kepada mereka.
- Ceritakan situasi anda.
- Minta pendapat mereka.
- Cuba praktikkan.
Setakat ini, jika saya bertanya dengan orang yang betul. Kebanyakkan masalah saya selesai.
Ingat: Jika kita ada masalah, mesti ada orang lain yang pernah alami masalah yang sama. Tugas kita adalah dapatkan akses untuk jumpa mereka dan tanya cara penyelesaiannya.
Macam saya tak kisah dengan harga.
Jika saya rasa konsultan boleh selesaikan masalah saya. Saya sanggup bayar pengalaman mereka daripada saya langgar dinding dan menemui jalan mati.
- Duit – Kita boleh cari.
- Tenaga – Kita boleh outsource
- Tapi masa yang kita bazirkan untuk cari punca masalah, kita tak akan dapat kembali.
Saya harap artikel ini membantu anda berfikir pentingnya ada ‘guru’ yang tolong guide kita dari mula sampai masalah selesai.
Cuba kongsikan diruang komen apa yang anda belajar hari ini 🙂